Bab 22

47.8K 1.1K 26
                                    

Syazira terus dimasukkan ke dalam labour room pada pukul 9 pagi. Haryati pula setia menjadi penunggu.

***

Tepat pukul 1: 43 minit tengahari Syazira berjaya melahirkan bayi lelaki.

Setelah dibersihkan , nurse yang menjaga Syazira terus membawa anaknya keluar dan mencari seorang jururawat lelaki.

***

( Adam Hariz P.O.V. )

Setelah mendapat berita tentang kelahiran anak Mirza semalam. Aku ingin melawatnya hari ini. Sekurang-kurangnya terubat rindu aku pada anak aku.

Mesti sayang dah lahirkan anak kita kan? Anak kita mesti comelkan? Abang nak sangat jumpa dia.

Saat keluar dari pintu lif , aku dengar seorang nurse perempuan sedang memanggil kawannya.

" Hana , tolong panggil Asy suruh dia azankan baby ni. Bapak dia takdek. " ucap nurse yang sedang mendukung seorang bayi. Bayi itu kelihatan masih merah dan sangat kecil.

Aku mendekati doktor itu.

" sorry nurse. Boleh saya tolong azankan baby ni? " ucap aku meminta izin.

" sure. Boleh. " ucap nurse itu. Aku tersenyum. Perlahan-lahan aku ambil bayi kecil itu. Sementara aku tunggu Mirza. Baik aku tolong azankan bayi ni. Aku lihat tanda nama nurse itu. JAJA. Nurse perempuan tu tunjukkan aku arah kiblat. Aku memasuki bilik solat yang kebetulan berada di situ. Aku berdiri menghadap kiblat. Aku dekatkan bibir ke telinga bayi itu. Aku tenung wajah comelnya.

Perlahan-lahan aku laungkan azan.

Entah mengapa aku menangis saat azankan anak itu. Aku rasa dekat dengan bayi itu. Manalah isteri dan anak aku sekarang? Aku tak temankan Syazira bersalin seperti mana yang aku janjikan.

Setelah mengazankan bayi itu , aku terus kucup dahinya lama. Sekurang-kurangnya aku dapat merasai perasaan seorang bapa mengazankan bayinya.

Aku keluar lalu kembali menyerahkan bayi itu pada nurse itu.

Aku terdetik untuk berjumpa dengan ibu bayi tersebut.

" nurse.. boleh saya jumpa dengan ibu bayi ni tak? " soal aku.

" ouh. Boleh. Sila ikut saya. " ucap nurse itu.

Aku mengekori jururawat itu.

Jururawat itu sudah menolak sebuah pintu. Saat aku mahu melangkah , tiba-tiba bahuku ditepuk seseorang. Aku menoleh.

" kau pergi mana Adam? " soal Mirza.

" aku cari kau lah. Tapi tak jumpa! "

" erm..nurse saya tak jadilah. " sambung aku sambil memandang nurse itu.

Nurse itu hanya mengangguk.

***

( Syazira Umaira P.O.V. )

Aku mendengar suara bising-bising dari luar. Suara lelaki itu persis suara Adam. Ya allah , betapa aku rindu dia.

Tanpa sedar setitis air mata aku jatuh.

Aku segera mengesat saat ada seorang jururawat masuk. Dia mendukung seorang bayi yang sangat kecil.

" ini bayi puan. " ucap jururawat itu sambil menghulurkan bayi itu kepada aku.

Aku sambut bayi itu dengan senyuman yang tidak lekang. Terasa segala keletihan aku saat bertarung nyawa melahirkannya hilang.

" anak saya dah diazankan? " soal aku apabila merenung wajah putih kemerahan itu.

" dah. Tadi ada seorang pelawat tolong azankan. " jawab nurse itu.

Aku sekadar mengangguk mengerti. Jururawat itu keluar memberi ruang kepada aku.

Tiba-tiba aku terasa sebak. Sebak sebab bukan Adam yang azankan anak kami.

Aku mencium dahi anak aku. Tiba-tiba anak aku membuka mata.

" assalammualaikum sayang.. " ucap aku teruja.

Anak aku mulai menangis meminta susu. Aku segera menyelak baju dan menyusukannya.

Sedang aku menyusukan bayiku , ada seseorang memberi salam.

Aku segera menjawab. Kedegaran suara Haryati yang begitu teruja.

" eh! Sorry. Salah timing. " ucap Haryati.

" takpe. Masuklah. " ajak aku.

Haryati masuk dan terus melabuhkan punggung di atas katil sebelah aku.

Setelah aku menyusukan anak aku , Haryati terus mendukungnya.

" ei! Comelnya! Geram aku tengok. " ucap Haryati lalu mencium pipi anak aku bertalu.

Aku sekadar tersenyum.

" apa nama anak kau ni? " ucap Haryati.

Aku diam seketika.

" Muhammad Arian Umar b. Adam Hariz. " ucap aku.

" ouh! Sedapnya nama. " puji Haryati. Aku sekadar mengangguk.

" nak panggil apa ni Sya? " soal Haryati lagi.

" Arian. Rian. "

" ouh! Hai Rian! Ni aunty Yat tau! " Haryati melambai-lambai tangannya didepan anak aku yang sudah tidur.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now