Bab 19

42.9K 1.1K 52
                                    

Setelah puas berbual dengan Haryati di dalam telefon. Syazira segera pulang. Apabila tiba di rumah , dia lihat kereta Adam yang sudah ada di garaj.

" awalnya balik. " monolog Syazira sendiri.

Setelah memberi salam , Syazira terus masuk ke dalam rumah. Dia lihat Adam yang masih berpakaian kemeja sambil duduk bersilang tangan di ruang tamu.

" awal abang balik? " soal Syazira sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Adam.

Adam menepis tangan Syazira lalu bangun dari duduknya dan terus memandang Syazira dengan pandangan tajam.

Pangg!!

Syazira memegang pipinya yang terasa pijar.

Tangannya terus memandang Adam dengan pandangan tidak percaya.

" apa Sya dah buat? " soal Syazira masih memegang pipinya yang terasa sakit.

" kau tanya aku apa kau buat?! Kau bagitahu aku sekarang. Anak siapa kau kandung ni? " tengking Adam.

" apa abang merepek ni? Ni anak abanglah. Anak abang dengan sayang! " marah Syazira.

" kau jangan nak menipulah! Habis ni apa?! " Adam memgambil beberapa keping gambar yang berada di atas meja lalu dilemparkan kepada Syazira.

Syazira memejamkan matanya rapat. Dia memegang perutnya lalu menunduk mengutip kertas itu. Syazira memaut sofa untuk membantunya dirinya bangun. Kandungannya yang sudah sarat 8 bulan menyukarkan pergerakannya.

Syazira meneliti gambar yang dilempar itu satu persatu. Sungguh-sungguh terkejut. Ini dirinya yang terbaring di bilik Lily tempoh hari.

Tapi..

Kenapa boleh ada Hairul sekali ni? Hairul siap mengusap-ngusap pipinya dan beberapa adegan mesra lagi.

" no! Abang kena dengar apa Sya nak explain dulu. Ni bukan yang macam... " kata-kata Syazira terhenti.

" aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau!! Kau tak perlu nak jelaskan apa-apa dekat aku!! Bukti dah cukup!! " tengking Adam lagi.

Airmata Syazira makin lebat mengalir.

" abang.. Sya tak salah. " Syazira meraih tangan Adam.

" aku tak percaya!! Sekarang ni aku nak kau dengan anak haram kau ni berambus!! Blah dari rumah ni!! Kutip semua baju-baju kau. Barang-barang kau. Baju budak dalam perut kau tu pun aku tak nak tengok!! Aku balik karang aku dah tak nak tengok muka kau lagi!! " tengking Adam lagi.

" abang!! " Syazira merayu. Kakinya tidak mampu berdiri dan terus melutut.

Adam segera keluar lalu menghempas pintu dengan kuat.

***

Syazira mendaki tangga perlahan-lahan. Airmatanya tak henti-henti mengalir.

Nama Haryati di contact listnya segera dicari.

Setelah panggilan bersambung , Syazira terus dengan niatnya.

" hello , Yati. Kau dekat area-area sini lagi ke? " soal Syazira.

" haah. Asal? "

" weh. Ambil aku. Aku nak ikut kau balik. "

" tapi asal? "

" please.. "

" okey..okey.. dalam sejam lagi aku sampai. "

" okey. Thanks babe. "

Syazira segera mematikan telefon. Haryati pula terus bersetuju apabila mendengar suara Syazira seperti menangis.

***

Syazira mengemas-ngemas beg pakaiannya dengan linangan air mata.

Hanya separuh bajunya yang dimasukkan ke dalam luggage. Separuh pakaian anaknya turut dibawa. Dia tidak mampu untuk membawa semua pakaian anaknya kerana terlampau banyak. Malah mainan yang dibeli Adam sedikit pun tidak diambil. Syazira mengambil sekeping surat dan sebatang pen.

Assalammualaikum abang..

Sya minta maaf kalau banyak menyusahkan abang. Sya nak abang ampunkan segala dosa yang pernah Sya lakukan sepanjang menjadi isteri abang.

Abang..
Halalkan makan minum Sya ya. Sya tak tahu macam mana nak jelaskan lagi tentang anak ni. Dia memang anak abang. Anak ni sedikit pun tak bersalah. Tapi kenapa abang benci dia? Kenapa abang benci Sya. Pasal gambar tu. Sya mengaku yang itu memang gambar Sya. Tapi dia bukan seperti yang abang sangkakan. Kalau abang nak tahu abang boleh paksa Lily untuk ceritakan segalanya. Sebab Sya pun tak tahu apa yang berlaku.

Abang..
Sya sayang abang dunia dan akhirat. Sya tak tahu kenapa abang mudah sangat nak percayakan orang. Siapa Sya dalam hati abang? Isteri simpanan? Maaf Sya tak sanggup jadi isteri simpanan. Sya bukan isteri simpanan. Sya sedia kalau abang nak lepaskan Sya lepas Sya bersalin nanti.

Mainan dan baju-baju anak kita terlampau banyak abang beli. Sya ambil separuh je. Takpelah. Abang ambil dan simpan untuk anak abang dengan orang lain nanti.

Baju-baju Sya pun kalau abang benci nak tengok , abang bakar je. Bakar dengan kenanangan yang pernah kita cipta bersama.

Jangan pernah abang menyesal dengan apa yang abang buat hari ini.

Daripada ,
Syazira Umaira

Syazira melipat surat itu dan meletakannya di atas katil bersama kunci kereta Honda CRV yang pernah dihadiahkan Adam dahulu. Cincin kahwinnya yang tak pernah ditanggalkan turut ditanggalakan. Sempat Syazira mencium cincin kahwinnya itu sebelum meletakkannya.

Dari tadi dia asyik call Lily untuk meminta penjelasan namun hampa.

Setelah mendapat panggilan daripada Haryati menyatakan dia sudah ada di luar , Syazira terus turun satu demi satu anak tangga. Terasa berat hati untuk meninggalkan rumah ini.

Syazira berasa pening. Tiba-tiba terasa pehanya mengalirkan cecair. Perutnya terasa sakit. Syazira menyelak skirt yang dipakainya. Makin banyak darah yang mengalir di celah pehanya. Syazira tidak mampu berdiri. Dia terus duduk dan mengambil handphonenya di dalam handbag untuk meminta pertolongan daripada Haryati.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now