Bab 24

48.1K 1.1K 13
                                    

Syazira mulai bekerja di Kristal Holdings apabila dia sudah habis pantang. Anaknya dihantar ke Taska Qaseh yang berdekatan rumahnya.

Syazira membeli kereta Honda CRV dengan hasil dari gajinya yang dahulu yang masih disimpan. Duit nafkah yang pernah diberi Adam turut disimpan. Syazira hairan dengan wang yang sentiasa masuk RM5000 sebulan ke dalam akaunnya. Syazira mengetahuinya setelah umminya memberitahu bahawa itu duit nafkah dari Adam.

Dia sendiri tidak tahu mengapa dia membeli kereta Honda CRV. Honda CRV memang menjadi kegemarannya namun selain itu kenangannya bersama Adam turut menjadi punca kenapa dia mahu membeli kereta itu.

Syazira pulang dari kerja pada pukul 6 petang. Keretanya terus dipandu ke Taska Qaseh. Rindu dengan anaknya yang sudah mencecah 2 bulan.

Syazira memakirkan kereta agak jauh dari Taska itu.

" banyak pulak kereta hari ni. " rungut Syazira sendiri.

Dia terus berjalan memasuki pagar Taska.

Kelihatan Puan Linda , pemilik taska tersebut sedang berdiri mendukung anaknya sambil berborak dengan seorang budak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan yang memakai uniform tadika.

" assalammualaikum Puan Linda. Sorry lambat jalan jammed sangat tadi. " ucap Syazira apabila tiba di sisi Puan Linda.

" takpe. " Puan Linda tersenyum.

Syazira mengacah-ngacah anaknya. Anaknya sedikit tertawa.

" aunty Sya! " ucap kanak-kanak perempuan yang memakai uniform sekolah itu.

" hai Nana! " balas Syazira sambil melambai ke arah anak kecil itu.

Syazira mendukung anaknya.

Syazira sedikit pun tidak memandang lelaki yang berada di hadapannya. Syazira menggosok sedikit belakang anaknya.

" erm.. saya masuk kejap aek. Nak ambil barang-barang Rian. " ucap Puan Linda.

Syazira mengangguk.

" aunty! Aunty! Ni pak long Nana! " ucap Nana sambil menarik-narik tangan lelaki yang bersebelahan dengannya.

Syazira mengalihkan pandangan dan memandang lelaki tersebut.

Pandangan mata Syazira tepat ke dalam anak mata lelaki itu. Sungguh lidahnya kelu. Tubuhnya juga kaku untuk bergerak.

" Adam? " ucap Syazira. Airmatanya sudah bergenang di tubir mata.

Adam yang sedari tadi menyedari kehadiran Syazira akhirnya tersenyum.

Betapa dia rindukan raut wajah itu. Betapa dia rindukan susuk tubuh itu. Betapa dia rindukan wangian dan gelak tawa Syazira.
Betapa dia ingin berjumpa dengan anaknya.

" Sya.. abang rindu sayang. " ucap Adam.

Syazira terkelu. Airmatanya sudah membasahi pipi. Dia juga rindu Adam. Adam yang membahasakan dirinya abang dan memanggil dirinya sayang. Sungguh dia rindu.

" ni barang-barang anak. " sampuk Puan Linda sambil menghulurkan Syazira satu beg kecil.

" saya balik dulu ae. " ucap Syazira sambil bersalaman dengan Puan Linda dan Nana.

Syazira mencapai kain anaknya dan menutup kepala anaknya untuk ke kereta.

Adam menyuruh Puan Linda untuk menjaga Nana untuk seketika. Dia berlari dan mengejar Syazira.

Syazira berjalan ke arah keretanya bersama dengan air matanya yang berjujuran mengalir.

Adam mengejar.

" sayang.. " panggil Adam lalu memegang pergelangan tangan Syazira.

Syazira merentap tangannya.

" apa awak nak? " soal Syazira dalam nada yang agak kasar.

" saya nak awak. " balas Adam.

" saya nak awak balik. " sambung Adam lagi.

" dulu awak dah halau saya. Sekarang awak suruh saya balik? Awak nak apa sebenarnya?! "

Syazira menggosok-gosok belakang anaknya yang sudah merengek.

" izinkan abang peluk cium anak abang? Abang nak sangat jumpa dia Sya. Dah lama abang impikan kehadirannya. " ucap Adam dalam nada sayu.

Syazira tidak mampu menahan sebak. Dia terus membuka pintu keretanya. Anaknya terus diletakkan di sebelah setelah mengunci pintu. Ketukan Adam di tingkap dibiarkan begitu saja. Syazira terus memandu laju keretanya meninggalkan Adam.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now