Bab 30

50.9K 1.1K 22
                                    

( Syazira Umaira P.O.V )

Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepalaku masih terasa sakit. Namun tak sesakit tadi.

Aku menggosok mata perlahan. Aku lihat tubuh aku yang berada di atas katil dan berselimut. Aku ligat memikirkan kejadian semalam.

Ya allah!

Aku bingkas bangun. Arian? Anak aku! Aku menyelak selimut tebal yang menutupi tubuhku. Aku dapat dengar gelak tawa Arian bersama seorang lelaki. Ya , aku pasti lelaki itu Adam.

Aku lihat Adam yang berdiri di tingkap bilik aku sambil mendukung Arian. Aku bahagia lihat Arian yang gembira. Jelas gelak tawanya menjelaskan yang dia sedang bahagia dengan bapanya.

" Adam.. " panggil aku.

Adam berpaling menghadap aku.

" siapa suruh masuk bilik saya? " soal aku kasar.

" abang nak tengokkan sayang dengan Arian je. " balas Adam.

Aku segera mengambil Arian dari pangkuan Adam. Arian mulai menangis. Aku segera menggosok belakang Arian. Aku cium kepalanya. Tiba-tiba aku terasa sebak. Bukan ini pintaku.

" keluar. " ucapku sepatah sambil menghalakan jari telunjukku ke arah pintu keluar. Dadaku berombak menahan sebak.

" sayang.. " dia cuba merayu.

Aku tak tahu. Aku tak tahan. Dan. Akhirnya airmataku menitik.

" sayang.. " panggilnya lagi. Aku rindu akan panggilan itu.

" sayang.. please bagi abang peluang. Abang minta sekali je lagi peluang sayang. Sekali je lagi. Bagi abang peluang untuk abang tebus kesalahan abang. Abang nak sangat rasa susukan Arian. Tidurkan Rian. Mandikan Rian. Luangkan lebih masa dengan dia. Please... dah hampir enam bulan masa berlalu. Abang nak sangat rasa semua tu. Abang tak nak terlepas dari detik-detik berharga tu. Please sayang.. bagi Rian membesar depan mata abang. " ucap Adam syahdu. Sungguh aku sebak sekarang ni.

Aku rasa sungguh sebak sekarang ni. Adam mendekati aku. Dia peluk tubuh aku erat.

Aku diam seribu bahasa. Aku tidak menolak dan tidak membalas.

" sorry Adam. Bagi saya sikit masa lagi. " ucap aku. Emosi aku tak stabil. Dan aku yakin emosinya juga bercelaru.

Aku tak nak buat keputusan dalam keadaan macam ni. Aku takut aku buat benda yang salah atau menaikkan kemarahannnya. Aku tak mahu dia lafazkan talaknya kepada aku.

" abang tak kesah. Asalkan sayang boleh terima abang. Abang rindu sayang. " ucap Adam lalu menguis rambut yang menutup dahi aku. Ciuman hangatnya higgap di dahi aku. Aku rindu akan ciuman itu. Aku rindu semua tentangnya. Ciumannya itu beralih pula kepada Arian. Kepala Arian diusap lembut olehnya. Dia terus membawa diri dan keluar dari bilik aku.

***

Haryati , Syazira , Qas , Ina , Shahrul dan Adam makan malam di sebuah restoran mewah. Restoran itu kelihatan mewah dengan lampu yang kelihatan romantik. Syazira sibuk melayani Arian yang mahu mencapai segalanya.

Selesai mereka makan malam , mereka mulai berborak sesama sendiri.

Syazira langsung tidak perasan akan kehilangan Adam. Tiba-tiba restoran itu menjadi malap. Hanya satu cahaya lampu yang menerangi satu pentas kecil. Kelihatan seorang lelaki yang memakai jaket hitam serta gitarnya.

Petikan gitar itu menghanyutkan Syazira. Lelaki itu mulai menyanyi.

Ku selalu menyakiti dan sering berdusta..
Dan membuat kau tinggalkan aku.
Pertelingkahan kita selalu tiada akhirnya..
Melemaskan mu dalam cintaku

Menanti mu hingga kau kembali..
Kan mencuba menjaga hatimu..
Setia dan hidupku selalu denganmu..
Menemanimu mu hingga akhir waktu..

Kenangan indah ketika kita bersama..
Membuatku terbayangkan kamu..
Aku tahu cintaku tersemat dihatiku..
Aku yakin hanya kau untukku..

Menanti mu hingga kau kembali..
Kan mencuba menjaga hatimu..
Setia dan hidupku selalu denganmu..
Menemanimu mu hingga akhir waktu..

Ouh..

Aku kan menunggu hingga kita kan bersama..
Aku akan selalu ku cintaaa...

Haa...

Hu..hu..hu..

Menanti mu hingga kau kembali..
Kan mencuba menjaga hatimu..
Setia dan hidupku selalu denganmu..
Menemanimu hingga akhir waktu..

Suara Adam syahdu dan sungguh merdu. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Syazira. Suaranya memaparkan keikhlasan hatinya.

Syazira terkelu. Matanya terpanah akan panahan Adam. Jantungnya berdegup laju. Usai Adam menyanyi , tepukan gemuruh diberikan oleh orang lain yang turut menonton.

Adam menuruni pentas. Dia terus kembali ke arah meja makan. Manakala Syazira pula bangun dan hendak keluar dari restoran itu. Adam tersenyum. Dia hormat akan keputusan Syazira.

______________________________________

Korang! Jangan lupa baca Aku Wanita Biasa ae. Saya akan publish novel tu dengan ni serentak.. so korang bolehlah baca sekaligus. Habis ni. Tu..habis tu. Ni.. bye! Muah!

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now