1 tahun berlalu..
Syazira dan Adam sudah berpindah ke rumah baru yang lebih besar dan selesa.
Syazira menggoncangkan botol susu yang dibancuhnya. Arian yang sudah tidak sabar-sabar menanti susunya sudah berpaut pada kaki Syazira.
" bu..bu.. " rengek Arian sambil menarik-narik seluar yang dipakai Syazira.
" ya sayang.. ibu nak siap dah ni. " balas Syazira.
Setelah siap , Syazira mendukung Arian dan meletakkannya di sebelah singki.
" hei Rian. Dengar ibu cakap ae. Ibu nak masak. Rian duduk dengan baba dekat depan ae. " arah Syazira. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Arian.
Arian memgangguk.
" okey! Good boy. Kiss sikit. "
Ariam mencium pipi Syazira dengan bunyinya sekali. Syazira membalas dengam ciuman di dahi Arian.
Setelah kembali meletakkan Arian di bawah , Syazira menghulurkan susu botol Arian lalu menghantar Arian ke hadapan.
***
Arian berjalan ke hadapan dengan terkedek-kedek. Kedua-dua tangannya memegang botol susu sambil menghisapnya.
" eh! Rian meh kat baba. " Adam menepuk sofa bersebelahannya.
Arian terus memanjat sofa dan berbaring beralaskan peha Adam.
" sedap? " soal Adam.
" dap. " Arian mengangguk.
" sapa wat? "
" bu.. "
" ibu buat apa? "
" acak. "
" Rian tak tolong ibu? "
Arian menggeleng membuatkan Adam tersenyum. Jujur!
Tiba-tiba suatu bunyi kuat daripada ruang dapur kedengaran. Adam tersentak. Dia segera berlari mendapatkan Syazira.
***
Adam berlega-lega di hadapan sebuah bilik. Bila seorang doktor keluar , Adam segera mendapatkan doktor itu.
" awak suami Puan Syazira? "
Adam segera mengangguk.
" okey. Puan Syazira kekurangan air dalam badan dan terlampau letih sebab tu dia boleh pengsan. " terang doktor itu.
Adam menarik nafas lega.
" jadi dia tak apa-apalah? " soal Adam.
" tak apa-apa. Encik jangan risau , benda ni semua normal kepada ibu mengandung. Lagi-lagi awal kehamilan macam ni. " sambung doktor itu.
Mata Adam terbeliak. Bibirnya mengukir senyuman. Makin lama senyuman itu semakin melebar.
" are you sure doktor? You are not joking? "
Doktor itu tersenyum dan mengangguk.
" I'm very sure. But.. tolong jangan bagi dia buat kerja berat-berat ya. Kandungan dia masih lemah sebab baru 3 minggu. Kena banyak jaga-jaga. Banyak kemungkinan boleh berlaku. "
Adam mengangguk mengerti. Dia terus pergi ke bilik Syazira setelah mendapatkan keizinan doktor.Pintu ward itu ditolak , kelihatan Syazira masih berbaring.
Adam merapati Syazira , dahi Syazira diciumnya.
Syazira menggeliat kecil. Perlahan-lahan matanya dibuka.
" assalammualaikum sayang.. " ucap Adam.
Syazira hanya menggerakkan bibir untuk menjawab salam. Suaranya tidak terkeluar. Dia membalas senyuman Adam.
" Rian mana? " soal Syazira.
" Rian dengan ummi. "
Syazira mengangguk.
" terima kasih sayang.. " rambut Syazira dibelai lembut. Dahi Syazira dicium.
Syazira memandang Adam dengan pandangan pelik.
" untuk? "
" sebab ni.. " Adam mengusap perut Syazira.
" sebab bagi Rian adik lagi. " sambung Adam.
" serious? " Syazira mulai teruja.
" ya sayang.. "
Masing-masing mengucapkan syukur. Bahagia tika ini amat-amat terasa.
Sekali lagi , Adam mencium bibir Syazira.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan
RomancePerkahwinan yang terjadi hanya kerana satu amanat. Perkawinan yang dirahsiakan oleh pengetahuan keluarga. Demi melanjutkan pelajaran mereka terpaksa berpisah untuk sementara waktu. Bagaimanakah perkahwinan ini dapat diteruskan seperti biasa apabila...