Bab 34

46.4K 1K 25
                                    

" awak siapa? "

" sayang tak ingat abang? " soal Adam kecewa.

" saya tak kenal awak. Awak siapa? Kenapa saya ada dekat sini? " soal Syazira celaru.

" saya Adam. Adam Hariz. Suami awak. " balas Adam.

" Adam? Encik salah orang kot. " balas Syazira.

" Sya.. Sya tak ingat abang ke sayang? Kita ada anak nama Arian. Sya tak ingat kawan Sya , Yati? Sya takkan tak ingat abang. Sya accident. Sya ingat tak? " ucap Adam cemas. Airmatanya sudah bertakung. Tak rela namanya dibuang dari fikiran Syazira.

" saya tak kenal awak. Adam Hariz b. Dato' Kamal yang saya kenal tak cengeng. Tak cepat nangis. Ego. " balas Syazira dengan senyumannya.

" Sya.. ingat abang? Sya tipulah! " marah Adam dalam geramnya.

" janganlah buat macam tu Sya. Tercabut jantung abang tahu tak? " sambung Adam.

" eleh! Ada je lagi jantung abang tu kan? " balas Syazira.

Adam meraup muka mengucap syukur.

" abang.. " panggil Syazira perlahan.

Adam menoleh ke arahnya.

" Sya nak air. " pinta Syazira.

Adam segera menurut. Dibantunya Syazira untuk meminum air tersebut.

" Sya nak tengok Arian. " ucap Syazira.

" sayang kan lemah lagi. Macam mana nak pergi? " Adam membelai rambut mulus Syazira.

" alah. Takkanlah abang dukung. Pakai wheelchairlah! "

" yelah sayang. Sabar ae. "

Syazira mengikat rambutnya menjadi sanggul. Kain tudungnya yang dibawa Haryati dibelit tanpa pin atau kerongsang.

***

( Syazira Umaira P.O.V. )

Adam menolak kerusi roda yang aku duduk ke dalam sebuah ward bayi. Kelihatan Haryati dan Shahrul yang menjaga Arian. Setelah aku masuk , mereka keluar memberi ruang kepada aku dan dan Adam.

Kerusi rodaku dirapatkan ke katil. Aku lihat Arian yang masih tidak sedarkan diri. Alat bantuannya yang masih terpasang di wajah kecil itu. Tangannya yang disambungkan dengan tiub air. Dapatku rasa betapa sakitnya. Pilu. Pilu hatiku melihat keadaanya sebegitu. Pasti sakit. Aku sebagai ibu pum tidak tahan menanggung sakit inikan pula bayi sekecilnya.

Tanpa sedar airmataku mengalir membasahi pipi.

" Rian.. " panggiku lalu mengusap rambutnya.

" ibu minta maaf sayang. Kalau ibu drive hati-hati mesti Rian tak apa-apa. " ucap aku sebak. Ya , salah aku.

Aku rasa lenganku digosok lembut. Pasti Adam.

" sayang cepat-cepatlah sedar. Ibu rindu. Ibu nak dengar anak ibu ketawa ni. " ucap aku. Makin esak aku menangis. Airmataku dikesat lembut oleh jari kasar Adam. Adam segera memelukku sambil menggosong belakang aku.

" sabar sayang. Kejap lagi mesti Rian sedar. " pujuk Adam.

Aku hanya mengaminkannya. Itu yang aku mahu.

Sejurus itu , ada pergerakan kecil dari Arian. Dirinya sudah merengek lalu menangis. Adam sudah memanggil doktor untuk buat pemeriksaan.

Aku sudah mengucap syukur sambil memujuk Arian.

***

Seorang doktor keluar setelah melawat Arian. Setelah berbincang dengan Adam , doktor itu beredar.

Adam terus mendekati Syazira.

" keadaan Rian okey. Jom kita tengok dia. " ucap Adam lalu menolak kerusi Syazira.

Jururawat wanita itu keluar setelah Adam dan Syazira masuk.

Syazira segera memeluk Arian. Gembira hatinya lihat Arian seperti biasa. Bernafas tanpa alat bantuan.

Arian tertiarap menunjukkan wajah comelnya. Perwatakannya sudah seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Syazira gembira lihat anaknya.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now