Bab 11

45K 1.1K 8
                                    

( Syazira Umaira P.O.V )

Aku lihat kedai dihadapan aku. Buat apa Adam nak berhenti dekat sini? Takkan nak beli kereta lagi.

Aku pandang Adam yang sedang menyarungkan cermin mata hitam Ray-ban nya.

" kita buat apa dekat sini? " soal aku.

" dah. Sayang takyah banyak cakap. Ikut je abang. " arahnya.

Aku tidak membantah. Kaki turut melangkah ke arah muka kedai tersebut.

Aku pandang seluruh kereta di situ. Aku diam sendiri. Cantiknya!

Semua kereta jenama Honda.

Ya aku memang minat Honda.

" sayang nak kereta apa? " aku tersentak.

Aku pandang Adam dengan pandangan tidak percaya.

" sayang nak kereta apa? " soalnya lagi.

" sayang mana kerja lagi. " balas aku. Nanti kalau hutang jadi banyak macam mana?

" jangan risaulah. Pilih je. " arahnya selamba.

" sayang nak Myvilah. Myvi murah sikit. " aku bisik padanya.

Adam terus meninggalkan aku. Dan pergi ke arah pekerja di situ. Aku hanya memandang Adam pelik. Patut beria suruh aku ambil lesen tahun lepas.

Aku tidak mengendahkan Adam dan terus duduk di atas sofa yang berdekatan situ.

3 jam kemudian Adam kembali dan melabuhkan punggung disebelah aku. Kesemua majalah yang ada di atas meja ni aku habis baca. Punyalah lama!

" nah ni untuk sayang. " Adam berkata sambil menghulurkan aku satu kunci kereta.

Aku pandang jenama yang ada pada alarm tersebut. Honda.

" dah jom. Test drive. " Adam menarik tangan aku supaya keluar.

Terpampam aku saat kunci kereta Honda CRV yang berbunyi apabila aku menekan alarm.

Wow! Kereta idaman aku ni.

" macam mana abang tahu sayang minat kereta ni? " soal aku.

" adalah. Dah sayang pergi test drive. " Adam masih berahsia.

Aku punya gembira sampai aku terpeluk Adam saat itu juga. Ah! Aku tak peduli. Malu pun malulah!

Aku terus membuka tempat pemandu dan menghidupkan enjin. Adam terus duduk di sebelah menemani aku. Aku terus memandu dengan sofa kereta ini yang masih berbalut plastik.

***

Syazira memicit-micit kepalanya yang pusing. Sudah 2 bulan dia muntah-muntah dan sakit kepala. Hari konvokesyen dia pun agak muram kerana sakitnya ini. Syazira sudah habis belajar 1 minggu yang lalu. Kini dia hanya menunggu kepulangan Adam bulan hadapan.

" Sya.. muka kau ni makin pucatlah. Jom kita pergi klinik. " Syazira tersentak dengan teguran Haryati yang datang secara tiba-tiba.

" aku okeylah. Sakit kepala sikit je. " balas Syazira dengan matanya yang masih terpejam.

Syazira bangun untuk berlalu dari duduknya. Selangkah dia melangkah , Syazira terus rebah dan tidak sedarkan diri.

Haryati sempat memaut tubuh Syazira. Dia menepuk-nepuk lembut pipi Syazira.

Meja makan mereka sudah dikeremuni oleh pelanggan-pelanggan lain.

" eh! Kenapa ni Yati? " soal Hairul yang baru tiba.

" entah. Tiba-tiba je dia pengsan. " balas Haryati cemas.

" dah. Dah. Jom bawa pergi klinik. " arah Hairul lalu mencempung tubuh Syazira. Haryati hanya mengekori.

***

Syazira tersedar dari pengsannya dan mulai menggosong mata perlahan-lahan.

Syazira memandang Haryati yang masih setia di sisi. Dilihatnya jarum yang menyambungkan air ke tubuhnya.

" aku kenapa Yati? " soal Syazira lemah.

Haryati tersenyum.

" tahniah babe. Kau dah nak jadi mama orang. Aku dah nak jadi aunty! " ucap Haryati gembira.

" apa maksud kau? "

" kau pregnant! "

Syazira terdiam. Terharu. Gembira. Syazira meraup mukanya sambil mengucapkan syukur.

Tidak sabar rasanya menanti kepulangan Adam bulan hadapan.

" berapa bulan dah Yati? Siapa yang bawa aku datang sini? " soal Syazira tiba-tiba.

" 2 bulan. Aku dengan Hairul yang bawa kau. Tapi sebelum tu aku nak minta maaf. "

" Hairul tahu? "

" haah. Aku terpaksa bagitahu dia. Aku tak nak nanti dia tuduh kau mengandungkan anak haram. " ucap Haryati jujur.

Syazira mengerti kebaikan sahabatnya.

" takpelah Yati. Aku tahu kau buat apa yang terbaik. Aku percayakan kau. But please jangan bagitahu sesiapa aku pregnant. Aku nak buat surprise dekat Adam. "

Haryati mengangguk mengerti.

" macam mana reaction Hairul bila dia tahu aku dah kahwin. "

Syazira bertanya perlahan. Mengikut apa yang dia rasa. Mengikut cara pandangan dan layanan Hairul kepadanya. Dia dapat merasakan yang Hairul menyimpan perasaan kepadanya.

" dia terkejut gila. Muka macam orang nak mengamuk. Sampai takut aku takut. Pastu dia terus blah. " balas Haryati sambil menggosok-gosok lengan Syazira.

" lama dah ke aku pengsan? "

" lama lah jugak. Sampai laparlah aku tak makan dari tadi. " balas Haryati dengan tawanya.

Syazira turut ketawa.

" ala.. siannya. Pergilah beli makanan. Aku okey. Beli dekat aku sekali ae. " arah Syazira.

Haryati mengangkat tabik dan tersenyum mengerti.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now