Bab 2

55.9K 1.4K 14
                                    

Syazira berjalan laju pulang dari sekolah. Hatinya berkobar-kobar ingin tahu kejadian semalam.

" Sya! " panggil Adam dari belakang.

Syazira tidak menoleh. Kakinya tetap laju melangkah.

" Syazira!! " jerit Adam pula.

Syazira berhenti dah menoleh ke belakang. Adam mempercepatkan langkahnya ke arah Syazira.

" tunggulah! Asal kau jalan cepat sangat? " soal Adam dengan nafasnya yang laju.

" takdelah. Semalam aku tanya umi aku. Asal mama kau datang. Pastu umi aku suruh aku tidur. Dia kata hari ini balik sekolah , baru nak bagitau. Tu aku excited tu. " balas Syazira tergopoh-gopoh.

" okey ah. Aku nak balik ni. Bye! " sambung Syazira lagi sambil melambaikan tangannya.

***

Syazira memberi salam dan melulu masuk ke dalam rumahnya.

" umi! Umi! Cepatlah! Kata penting sangat? " Syazira terus duduk di hadapan Puan Marziah yang sedang membaca surat khabar.

" cubalah duduk dulu Sya. Minum air dulu. " balas Puan Marziah.

Syazira terus mencapai cawan yang berisi teh o panas dan dibawa ke bibir. Setelah minum dengan tergesa-gesa. Syazira mengaduh kesakitan dan mengibas lidahnya dengan telapak tangan.

" aduh panas! Okey umi! Bagilah tau! "
Puan Marziah menarik nafas panjang. Mata anaknya direnung penuh makna.

***

" Adam!! Adam!! " jerit Syazira dari luar rumah Adam.

" kejap!! "

Kemudian Adam keluar dengan t-shirt dan seluar panjangnya.

" ye. Ada apa Cik Syazira Umaira bt Rasyid? Panggil macam hamba sedang melakukan kesalahan besar. "

Syazira memusingkan bebola matanya ke atas.

" eh! Aku tak main-main ae. Aku nak jumpa kau ni! " marah Syazira.

" yelah! Kau nampak muka aku kan? Aku pun nampak muka kau. Kita tengah jumpa lah ni. " balas Adam.

" kita pergi tempat biasa. Now! "

Adam hanya menurut. Langkahnya diatur mengikuti Syazira yang sudah jauh kehadapan.

***

" apa penting sangat nya , Sya? " Adam memeluk tubuhnya sambil memandang kota yang terbentang dari atas tempat bukit dia berpijak.

" Adam , kau tau mama kau datang jumpa ummi aku? " Syazira memandang Adam.

Adam mengangguk.

" kau tau apa mama kau cakap? "

Sekali lagi Adam mengangguk.

" habis kau setuju? "

Adam mengangguk lagi.

" kau gila ke kita muda lagilah! Cubalah pikir panjang sikit , Adam! Kau ingat kahwin ni main-main ke? Aku nak kahwin sekali je seumur hidup aku. "

" aku tak main-mainlah Sya! Ni amanat dari arwah abah kau tau tak? Lagipun kau dah kenal aku lama kan? "

" yes! Aku memang dah kenal kau lama! Playboy macam kau ni , siapa yang tak kenal? Satu sekolah kenal perangai kau macam mana. "

" aku sanggup ubah perangai aku sebab kau! " Adam memandang Syazira penuh berharap.

" mulut playboy macam kau ni , boleh
percaya ke? "

" please Sya. Bagi aku peluang. Aku akan cuba yang terbaik. Aku tak paksa kau untuk terima aku. Aku tau benda ni semua tak boleh paksa. " mata Syazira ditatap penuh berharap.

" okey! Fine! Tapi.. "

" tapi apa? "

" ada syarat. " Syazira turut memeluk tubuh.

" apa syaratnya? " Adam berkata serious.

" first , aku tak nak orang tau pasal perkahwinan ni. Kalau boleh setakat aku , kau ummi aku and mama kau je. Second , aku anggap kau sebagai sahabat aku. So , aku tak nak kau paksa aku supaya timbul perasaan cinta kat kau. Third , kat sekolah kita sahabat. Macam biasa. Kau dengan girlfriend-girlfriend kau. Aku dengan kawan-kawan aku. Boleh? " Syazira mengangkat kening 3 , 4 kali sambil memandang Adam.

" okey! No problem! Aku tak kesah. " Adam mengangguk.

***

Syazira santai dengan berseluar jeans biru tua yang mengikut sedikit bentuk kakinya serta baju putih lengan panjang dan selendang berwarna hitam.

Kereta Velfire Datin Suraya yang dipandu pemandunya dirapati. Syazira duduk bersebelahan dengan Adam di tempat duduk tengah.

Kereta Velfire itu berhenti di hadapan sebuah pusat beli-belah.

" Adam! Kau tak takut ke kot-kotlah terjumpa cikgu ke kawan-kawan sekolah kita ke? " Syazira memandang sekeliling.

" rileklah! Satu sekolah tau yang kita ni bestfriend. Mana ada kau , situ ada aku. Mana ada aku , situ ada kau. Lagipun kita bukan masuk hotel ke apa. "

Syazira mengangguk. Tidak menafikan kata-kata Adam itu. Pernah juga orang beranggapan yang mereka ni sebenarnya pasangan bercinta. Mereka mula jalan beriringan masuk ke dalam bangunan besar yang berada di hadapan mereka.

***

Adam dan Syazira merenung cincin di hadapan mereka.

" weh. Mahallah cincin ni. " bisik Syazira sambil menghulurkan kembali cincin emas yang dipegangnya.

" weh! Kau kahwin dengan Adam Hariz tau. Mana boleh cincin kau biasa-biasa je. " Adam menyarungkan cincin platinum yang bermata satu ke jari kelingkingnya. Kemudian cincin itu diberikan kepada Syazira untuk mencubanya. Muat!

Sepasang cincin diletakkan di dalam kotak baldu. Adam dan Syazira keluar setelah menjijit sebuah beg kotak.

Hampir setiap kedai mereka masuk. Syazira hanya mengikuti Adam yang sibuk memilih itu dan ini.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now