Bab 20

49K 1.2K 37
                                    

Lily tidak senang duduk. Bertalu-talu mesej dari Syazira membuatkan hatinya makin gusar. Panggilan dari Syazira langsung tidak terjawab.

Lily tahu bahawa Syazira ialah isteri kepada Tuan Adam setelah dia ternampak gambar Syazira serta Adam di wallpaper handphone Syazira tempoh hari.

Makin tak senang duduk bila teringatkan kebaikan Syazira yang sentiasa meminjamkan wang untuknya untuk meraya ibunya yang sedang sakit.

Tanpa berfikir panjang , Lily terus ke pintu lif dan menekan tingkat 20.

Lily menarik nafas panjang sebelum mengetuk pintu bilik Adam.

Tanpa arahan masuk , Lily terus melulu masuk.

" siapa izinkan kau masuk? Kan aku dah cakap dekat Julia. Sesiapa tak boleh ganggu aku! " marah Adam.

" saya tahu Tuan Adam. Tapi saya ada perkara penting nak bagitahu Tuan Adam. " ucap Lily sambil menundukkan mukanya.

" aku tak nak dengar! " marah Adam.

" tapi tuan ni tentang Puan Syazira. " rayu Lily.

" aku cakap aku tak nak dengar! " marah Adam lagi.

" kalau tuan tak nak dengar pun. Saya tetap kena bagitahu. Benda ni penting sangat tuan. " Lily masih meneruskan kata-katanya.

" sebenarnya gambar yang Tuan terima tu. Saya yang hantar. " ucap Lily.

" apa?! Kau tahu?! " Adam menyoal dalam nada terkejut.

" ye.. sebenarnya time tuan pergi New Zealand beberapa bulan yang lalu benda ni berlaku. " ujar Lily.

" maksud kau? "

" dulu sebelum Puan Syazira mengandung. Kami ada pergi makan dekat Restoran Bonda. Time balik tu kami terserempak dengan Hairul. Lelaki yang dalam gambar tu. Time tu lah Hairul mula paksa saya buat benda-benda macam ni. "

" aku tak faham. "

" waktu tuan pergi New Zealand. Puan Syazira ada datang rumah saya. Hairul paksa saya bagi Puan Syazira ubat tidur. Pada mulanya dia suruh saya bagi Puan Syazira ubat yang boleh menyebabkan keguguran sekali. Tapi saya tak sanggup. Puan Syazira terlalu baik dengan saya. Saya tak sampai hati. "

" kau bagi isteri aku yang tengah pregnant ubat tidur?! " Adam menengking lalu bangun dari duduknya.

" tuan jangan risau. Ubat tu tak bahaya. Anak tuan tak apa-apa. Hairul paksa saya ambilkan gambar-gambar dia dengan Puan Syazira yang tidak sedarkan diri. Saya hanya menurut. Sampailah pagi tadi dia suruh saya hantar gambar-gambar tu. Saya minta maaf sebab mengaku sekarang. Saya kesiankan Puan Syazira. Dia terlampau baik dengan saya. Saya tak sampai hati. " jujur Lily.

" kalau kau tak sampai hati , kenapa kau buat?! "

" sebab saya perlukan duit. Kos rawatan mak saya terlalu mahal. "

Adam berasa menyesal. Benar-benar menyesal.

" kau tahu tak apa aku dah buat dekat dia?!!! " tengking Adam kasar lalu menghempas pintu dan keluar dari pejabatnya.

***

( Adam Hariz P.O.V. )

Aku terus menekan pedal minyak kuat. Aku rasa bersalah. Aku sudah tuduh dan fitnah isteri aku sendiri. Malah aku sudah menyakitinya. Maafkan abang sayang.

Setibanya di rumah , aku lihat Honda CRV Syazira yang masih terletak elok. Aku terus keluar dari kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Mulut aku tidak henti-henti memanggil Syazira.

Aku lihat di ruang tamu. Tiada.

Di dapur. Tiada.

Di luar kawasan rumah. Tiada.

Di kolam renang juga. Tiada.

Aku terus mendaki tangga ke tingkat atas.

Tiba-tiba aku rasa tangga yang aku pijak basah. Aku terus memandang bawah. Aku lihat begitu banyak darah yang berada di tangga. Dan disaat itu juga aku teringat peristiwa dimana Syazira keguguran. Aku mulai menjadi takut dan berdebar-debar.

Aku meneruskan langkah ke bilik aku. Syazira tetap tiada. Aku terpandang akan barang-barang yang berada di atas katil.

Aku mendekati katil. Aku sangat terkejut saat Syazira menanggalkan cincin kahwin kami. Kunci kereta juga dia tinggalkan. Aku membaca surat yang ditinggalkan Syazira.

Airmata aku jatuh satu persatu saat membaca surat itu. Sungguh aku rasa berdosa sekarang. Aku risau akan kesihatan Syazira dan anak yang dikandungnya..

Abang minta maaf sayang..

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now