Bab 26

47.7K 1K 14
                                    

Setelah selesai mesyuarat , semua pekerja keluar.

Syazira melajukan langkahnya supaya tidak berhadapan dengan Adam.

Syazira merupakan pekerja terakhir yang keluar. Apabila kakinya melangkah , tangannya ditarik Adam.

" I need to talk Sya. " ucap Adam.

Syazira merentap tangannya.

" what? " marah Syazira.

Adam menutup pintu kayu ruangan pejabat itu.

" please maafkan abang. " ucap Adam.

Syazira senyap.

" abang tahu abang salah. Abang menyesal. "

Adam meraih dan menggenggam kedua-dua belah tangan Syazira.

" maafkan abang sayang. " sambung Adam lagi.

Syazira masih senyap. Apa yang patut dia balas?

Syazira menarik nafas panjang.

" sorry. Saya perlukan masa. Hati saya sakit. " balas Syazira kasar sambil menarik kembali tangannya.

Adam terdiam. Dia hanya menghantar Syazira yang keluar dengan ekor mata.

***

" Sya.. asal muka awak nampak pucat semacam je? " soal Fiza apabila Syazira melabuhkan punggung di atas kerusi.

" takdeklah. Cuaca panas. Letih sikit je. " balas Syazira.

" apa kata awak ambil cuti. Pastu pergi bercuti. Muka pucat sangat ni. Muka stress pun ada. " cadang Fiza.

Syazira terdiam.

" betul jugak. Lagipun aku tak pernah bawa Rian pergi holiday. " desis hati Syazira.

" cuti jelah Sya. Takdeknya kena potong gaji setakat 3/4 hari tu. " sambung Fiza lalu meninggalkan meja Syazira.

Syazira mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangannya.

Weh..kau boleh tak cuti minggu depan dalam 2 hari. Start khamis. Sabtu ahad kau cuti kan? - Syazira.

Sabtu ahad memanglah cuti. Tapi buat apa sampai 4 hari cuti. - Haryati.

Aku nak ajak kau pergi genting. Nak? - Syazira

Ouh. Boleh je. Tap takkanlah kita dua je. Tak bestlah. - Haryati

Kau nak ajak siapa? - Syazira

Qas dengan Ina? - Haryati

Ha..okey je. Kau bagitahulah diorang. - Syazira

Okey. - Haryati.

Syazira kembali meletakkan telefon bimbitnya di dalam beg tangan.

***

Syazira menyiapkan Arian. Topi yang dikait umminya disarungkan di kepala Arian.

Beg-begnya sudah diletakkan di dalam kereta.

Syazira terpaksa memandu seorang diri disebabkan Haryati yang mahu terus pulang ke kampung apabila balik dari Genting Hinglands nanti.

***

Syazira dan Haryati memarkirkan kereta mereka bersama-sama setelah tiba di FirstWorld Hotel Genting.

Syazira meletakkan beg luggagenya di bawah. Syazira membuka pintu bahagian depan untuk mendukung anaknya pula.

Setelah itu , mereka sama-sama berjalan memasuki hotel itu.

Setelah check in , mereka ke bilik masing-masing. Syazira di bilik 253 manakala Haryati di bilik 260.

" weh.. kita tunggu Qas dengan Ina dululah. Esok baru kita start pergi main. Baru best seharian. Petang ni kita pergi jalan-jalan kat strawberry farm dulu. " ucap Haryati apabila tiba di hadapan bilik Syazira.

" ha..okey. " balas Syazira.

Syazira menolak pintu biliknya lalu memasukkan kunci untuk menghidupkan suis.

Biliknya yang memang ditempah khas supaya mempunyai katil bayi.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now