Bab 32

45.8K 1K 15
                                    

" saya pun sayang awak! "

Syazira mengangkat mukanya. Wajah Adam dipandang.

Adam membalas dengan senyuman yang meleret.

" dah lama saya tunggu awak cakap macam tu. " balas Adam sambil mengenyitkan matanya.

Syazira mengangkat keningnya. Apa yang berlaku sekarang?

" ei! Penipu! " marah Syazira lalu memukul bidang dada Adam.

" aduh sakitlah sayang! " Adam menggosok dadanya. Dia bangun dari perbaring di atas peha Syazira.

" kenapa sedih sangat ni? " Adan mengesat airmata Syazira.

" yelah! Ingat kelakar ke? Tak kesian dekat Rian? Janganlah buat macam ni! Saya sayang awak tahu tak! " marah Syazira lagi. Dada Adam ditepuknya bertalu-talu bersama jujuran airmatanya.

Adam terus memeluk Syazira. Syazira terus membalas pelukan itu. Erat!

" janganlah buat saya macam ni Adam. " bisik Syazira dan menangis.

" dah..dah.. abang minta maaf ye.. abang nak sayang terima abang je. " pujuk Adam. Tangannya menggosok lembut belakang badan Syazira.

" dahlah weh! Nak buat drama pulak! " jerit Shahrul menyedarkan mereka. Syazira bangun lalu mengesat airmatanya dengan belakang telapak tangan.

" kurang ajar! Pandai korang berlakon kan? " marah Syazira.

Mereka hanya mentertawakannya.

Syazira segera mengambil Arian dari pegangan Haryati apabila Arian sudah mulai merengek.

Syazira mendukung Arian. Tiba-tiba dia rasa kaki Arian yang basah.

Syazira memandang bawah. Dia kihat bajunya yang berada di bahagian perut sudah basah dengan cecair merah.

Darah Adam ketika mereka berpelukan tadi.

" tu sirap je sayang. " balas Adam.

" yeke? Jom lah balik. Nanti gatal-gatal Rian. " balas Syazira. Dia segera meninggalkan tempat itu. Adam mengekori. Tangannya berpaut pada bahu Syazira. Mereka segera meninggalkan tempat itu.

" weh!! Esok jangan aku drive sorang-sorang pulak! " jerit Shahrul.

" okey! " balas Syazira dengan thumbs up nya.

" tak nak! " balas Adam.

***

Adam membantu Syazira menyusun begnya di dalam kereta. Arian diletakkan di tempat biasanya.

" Sya.. sorry abang kena jugak drive dengan Shahrul ni. Dia sakit kepala..kesian pulak! " ucap Adam lalu menumbuk lengan Shahrul.

" takpe! Sini ke KL je. Tak jauh pun! " balas Syazira menyakinkan Adam.

" Sya.. aku gerak dulu.. bye! " ucap Haryati lalu melagakan pipi bersama Syazira , Qas dan Ina.

" okey! Dah sampai kampung bagitahu! Take care! " balas Syazira. Haryati mengangguk dan melambaikan tangannya lalu masuk ke dalam keretanya.

" jom lah kita gerak sekali! " ajak Qas.

Mereka serentak mengangguk.

Adam sempat mencium Arian yang sudah memakai tali pinggang keselamatan pada kerusi bayinya itu.

" bye! Bye sayang baba.. teman ibu okey! " ucap Adam lalu menggosok kepala Arian.

Syazira menyalami tangan Adan lalu memandu keluar keretanya.

***

Kereta Qas dan Ina berada di hadapan. Diikuti dengan kereta Syazira lalu kereta Shahrul. Mereka berpecah dengan Haryati apabila hala tujuan mereka berbeza setelah berada di Genting Sempah.

Mereka melalui satu jalan yang mempuyai lorong. Lorong kecil dimana tempat laluan keluar masuk lori dari tapak mereka.

Qas dan Ina sudah berada di hadapan , apabila Syazira lalu dia tidak perasan akan lori yang hendak keluar itu. Akibat mahu mengelak daripada lori tersebut , Syazira melanggar sebatang pokok besar. Dentuman kuat kedengaran. Kereta Honda CRV Syazira sudah kemek di bahagian hadapan akibat langgaran itu.

Adam yang terkejut dengan situasi itu segera memberhentikan kereta di sebelah.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now