Bab 10

48.5K 1.1K 4
                                    

Syazira bersiap-siap seperti yang diminta Adam. Tak sabarnya nak jumpa Adam. Hampir setahun mereka tidak berjumpa.

Syazira keluar dah terus melulu ke arah Audi Adam yang diparkingkan di hadapan rumahnya. Setelah duduk di dalam kereta , Syazira terus menyalami Adam.

Adam meneruskan perjalan mereka sehingga tiba di rumah mereka.

Adam memimpin tangan Syazira masuk ke dalam rumah tersebut.

Terbeliak mata Adam saat melihat rumahnya yang sudah cantik dengan pelbagai perabot.

" thanks Sya.. " Adam terus mencium pipi kanan Syazira.

Hampir setiap ruang dan sudut rumah itu ditiliknya. Sungguh-sungguh cantik.

Adam mengelap rambutnya dengan tuala. Setelah tuala disangkut. Adam merebahkan tubuhnya di atas katil bersebelahan Syazira.

Mereka saling berhadapan. Kedudukan mereka sangat rapaf sehingga mereka dapat merasakan nafas masing-masing.

" Sya.. I really love you. " ucap Adam lalu menguis rambut Syazira yang terjuntai.

Syazira tersenyum.

" I love you too. " balas Syazira.

Adam terus mendekatkan bibirnya dengan bibir Syazira. Bibir mereka bersatu.

Lama mereka berkedudukan begitu.

Syazira menolak bidang dada Adan setelah dia berasa nafasnya tidak cukup.

" can you call me abang? " soal Adam tiba-tiba.

Syazira membulatkan matanya. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala.

" can I call you sayang? " soal Adam lagi.

Syazira tersenyum. Mukanya sudah merah menahan malu.

" mestilah abang. " balas Syazira.

" I really love you sayang. " Adam menarik Syazira supaya berduduk di birai katil.

Adam bangun dari katil lalu mencapai satu kotak baldu di dalam poketnya.

Adam terus melutut di hadapan Syazira dan membuka kotak baldu itu.

" Sya.. sudi tak kalau sayang jadi permaisuri yang bertaktha di hati abang? Yang sentiasa menjadi tongkat dan semangat abang untuk terus hidup? " soal Adam lalu menatap mata Syazira.

Setitis air mata Syazira mengalir. Terharu.

" saya sudi. " balas Syazira.

Adam tersenyum. Terus gelang emas itu disarungkan pada tangan Syazira. Kemudian tangan Syazira digenggam erat dan dibawa ke bibir. Adam terus berdiri setelah mencium tangan Syazira. Syazira terus memeluk tubuh suaminya itu.

Setelah lama berkedudukan begitu , Adam terus menolak tubuh Syazira supaya berbaring. Rambut Syazira yang menutup separuh dahi isterinya itu dikuis. Malam itu mereka mulai menjalani bahtera yang dilalui oleh suami isteri yang lain.

***

( Adam Hariz P.O.V )

Aku menepuk-nepuk sisi aku. Hanya bunyi hempasan tangan aku ke tilam sahaja yang kedengaran. Aku membuka mata. Syazira sudah hilang entah ke mana.

Hidung aku terbau akan bau bawang yang ditumis datang dari tingkat bawah.

Aku segera mengatur langkah turun.

Aku lihat isteriku yang sedang elok mengacau sesuatu di atas dapur.

" morning sayang.. " ucap aku lalu mencium pipi kanannya. Dia sedikit terkejut dengan pelukan aku yang datang tiba-tiba. Sungguh jantung aku sekarang berdegup laju.

" morning.. " balasnya.

" sayang masak apa? "

" nasi goreng. Abang pergi naik atas. Mandi baru makan okey? " arahnya.

" alah. Jomlah sayang sekali. " pujuk aku.

" ish.. jangan ngadelah. Dah! Dah pergi mandi cepat. " arahnya lagi lalu melepaskan pelukanku.

Aku menarik muncung. Syazira kembali memasak. Setelah melihat tubuh aku yang masih kaku , dia segera menoleh.

" ala.. merajuk? Tak hensemlah suami Sya kalau macam ni. " pujuknya lalu mencubit pipi aku.

Aku masih berdiam. Langsung tidak memandangnya.

" kalau tak sepanjang 2 minggu kita cuti ni. Sayang tak nak teman abang balik sini. Biar kita terserempak dekat rumah je. " ugutnya.

Aku mulai berfikir. Sanggup aku tahan rindu? Sanggup aku? Rela aku?

Memang tak lah!

" okey. Okey. Abang janji. Tapi selama 2 minggu ni sampai abang balik London sayang tidur sini dengan abang ae? " aku membuat tanda janji.

Syazira menyilangkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking aku. Aku tersenyum.

" dah pergi mandi. " arahnya.

Aku terus mencium bibirnya.

" okey. Abang mandi sekarang. " ucap aku lalu segera meninggalkan dapur.

Dari tangga aku dengar Syazira menjerit geram.

" eeii!! Abang!! "

***

Adam dan Syazira sama-sama menikmati sarapan pagi.

" abang.. papa tak tanya ke kenapa cuti 2 minggu pun nak balik.

Adam menggeleng.

" tapi kenapa abang balik? "

" sebab abang rindukan sayang. Dah tak boleh tahan dah pilu hati ni. " ucap Adam dengan gayanya.

" yelah tu! " Syazira menjeling.

" betullah. Abang tak tipu. Abang serious tak tak? " Adam membalas dalam tak puas hati.

" yelah. Yelah. Sayang percaya. " balas Syazira sambil tersenyum.

" lagi 3 bulan je kita habis study kan? " ucap Adam tiba-tiba.

" haah! Macam tak percaya pun ada. " balas Syazira.

" lepas ni sayang siap-siap. Abang nak belikan sayang something. " ucap Adam.

" beli apa? " soal Syazira sambil mengangkat sebelah keningnya.

" adalah. " Adam mengenyitkan sebelah matanya kepada Syazira.


Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now