Bab 16

42.4K 1K 16
                                    

( Syazira Umaira P.O.V. )

Aku berlari ke bilik air apabila tekakku terasa loya. Segala isi perutku aku keluarkan. Ini masuk kali ketiga aku berlari ke tandas pada pagi ni. Aku kumur-kumur mulut di singki lalu kembali ke meja kerjaku. Sebelum itu sempat aku membetulkan tudung aku yang sedikit senget.

Aku rasa betul-betul tak larat. Setelah menghempaskan punggung di atas kerusi. Aku terus mencapai handphone yang berada di atas meja. Nama Adam terus aku cari.

Abang.. Sya tak laratlah. Kalau sayang nak ambil half day boleh tak?

Aku terlebih dahulu meminta izin dari Adam.

Tidak sampai beberapa minit. Adam sudah membalas.

Sayang tak sihat ke? Habis nak abang hantar balik rumah?

Haah. Sayang asyik muntah-muntah je. Kepala pun pening. Takpelah! Sayang larat lagi nak drive sampai rumah.

Button send aku tekan. Setelah mendapat keizinannya. Aku terus memandu ke rumah. Rasa sakit kepala aku ni makin berat saat aku tiba di rumah. Aku perlahan-lahan berjalan ke arah ruang tamu. Kepala aku makin berat dan pusing. Pandangan aku makin kabur. Makin lama dan makin kelam.

***

( Adam Hariz P.O.V. )

Aku menjadi tak senang duduk bila Syazira memberitahu aku dia kurang sihat. Dalam bilik meeting tadi pun aku tak boleh bagi penerangan yang baik. Otakku sekarang hanya tertumpu pada Syazira. Tanpa berfikir panjang aku terus mencapai kunci kereta Audi aku dan pulang ke rumah.
Setibanya di rumah , aku lihat Honda CRV Syazira yang sudah berada di garaj rumah. Aku mulai menarik nafas lega.

Aku memberi salam dan melangkah masuk ke dalam rumah dengan perlahan-perlahan. Setelah aku masuk ke dalam rumah. Aku lihat sekujur tubuh yang sudang terbaring di atas lantai di ruang tamu.

Aku mendekati Syazira yang sudah tidak sedarkan diri.

Aku terus melutut dihadapannya.

" Sya.. Sya.. sayang.. bangun! " aku tepuk-tepuk pipi Syazira. Dada aku mulai berdebar.

Tiada respon yang ditunjukkan dari Syazira. Aku terus mencempungnya dan membawanya ke hospital.

***

( Adam Hariz P.O.V. )

Aku berdebar-debar menanti doktor yang merawat Syazira.

" siapa suami Puan Syazira? " aku dengar suara doktor lelaki yang sudah separuh abad itu menyoal.

Aku terus bangun dan merapati doktor itu.

" saya doktor. " jawab aku.

" tahniah. Isteri encik mengandung. Tapi kandungannya lemah jadi dia perlu ditahan untuk beberapa hari. " ucap doktor itu dengan tenang.

Aku tersenyum bahagia. Aku meraup muka dan mengucapkan syukur ke hadratNya.

" bila saya boleh lawat dia doktor? " soal aku.

" bila dia dah dipindahkan ke wad biasa. " ucap doktor itu lagi.

Aku berterima kasih kepada doktor itu.

***

( Adam Hariz P.O.V. )

Aku menggengam erat tangan Syazira yang masih belum sedarkan diri.

Saat ada pergerakkan kecil yang ditunjukkan Syazira aku terus memandangnya.

Aku lihat mata Syazira yang masih terkebil-kebil.

" sayang? " aku panggilnya.

Aku lihat wajahnya yang mengukirkan senyuman palsu. Mungkin masih menahan sakit.

" sayang dekat mana? " soalnya.

" sayang dekat hospital. " balas aku.

Aku membantu Syazira yang cuba untuk duduk. Katilnya terus aku laraskan menjadi sedikit tegak.

" kenapa dengan sayang? " soalnya.

Aku tersenyum.

" sayang mengandung! " balas aku teruja.

Aku lihat perlahan-lahan bibirnya tersenyum.

" abang tak tipu? " soalnya.

" tak sayang. " aku menggosok rambutnya.

Airmatanya yang baru sahaja mengalir aku kesat. Ya allah. Aku bahagia. Alhamdulillah.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now