Bab 21

48.6K 1.2K 16
                                    

( Syazira Umaira P.O.V. )

Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku lihat Haryati yang setia menunggu aku.

" Sya.. " panggilnya.

Aku sekadar tersenyum.

" anak aku macam mana? " soal aku debar-debar.

Walaupun perut aku masih memboyot namun kesihatan kandunganku aku tidak tahu.

" baby kau sihat Sya. "

Aku menarik nafas lega. Aku rasa tubuh aku lemah. Aku tak mampu menanggung semua ini. Aku perlukan Adam sekarang.

Aku menangis semahuku.

" Sya.. janganlah macam ni. Kalau kau macam ni. Macam mana anak kau nak kuat? " Haryati mulai memujuk aku.

Ada benar katanya. Aku kena kuat. Aku kena lupakan Adam. Semua kerana anak aku. Aku tidak mahu bagitahu ummi keadaan aku sekarang. Aku tak mahu dia risau.

Aku mengusap-ngusap perut aku.

Ibu janji sayang. Ibu sentiasa ada dengan sayang.

***

Haryati sudah mengerti dengan penderitaan yang dilalui sahabatnya itu. Dia yakin Adam pasti menyesal.

Syazira kini menumpang di rumah Haryati.

Dia juga telah mendapat kerja baru dengan mudah kerana sudah ada pengalaman. Lebih-lebih lagi di Syarikat yang terkemuka.

***

Julia mengetuk pintu bilik Adam. Setelah arahan masuk diberikan , Julia terus menolak pintu.

" tuan , ni ada surat perletakkan jawatan. " ucap Julia lalu menghulurkan sekeping sampul surat.

" awak ke yang nak berhenti? " soal Adam.

" eh! Tak! Ni surat perletakkan Syazira. Pekerja yang baru masuk tahun lepas. " ucap Julia.

" Syazira Umaira? " soal Adam terkejut. Dia terlalu rindu ingin menatap wajah itu.

Julia mengangguk.

" bila dia datang? " soal Adam.

" dalam 15 minit yang lepas. "

Adam berasa gembira. Dia punyai peluang untuk menemui Syazira.

Namun anaknya?

" dia pregnant ke? " soal Adam. Dadanya menjadi debar.

" haah. Dia nampak macam tak sihat. Sarat sangat dah kot. " balas Julia.

Adam berasa lega. Dia terus keluar dari bilik dan berjalan ke arah lobi. Harap-harap masih menjumpai Syazira.

***

Adam tiba di lobi pejabatnya. Namun hampa. Kelibat Syazira langsung tidak kelihatan. Adam menekan butang lif. Setelah dia masuk ke dalam perut lif. Syazira pula keluar dari sebelah lif yang dimasuki Adam.

***

Syazira menjerit-jerit memanggil Haryati apabila kakinya kebas. Terasa sakit dan langsung tidak boleh bergerak.

" asal Sya? " soal Haryati cemas lalu membuka lampu bilik Syazira.

" tolong weh! Kaki aku cramped! Sakit! " jerit Syazira.

Haryati dengan mamainya terus memicit ibu jari Syazira.

" okey dah? " soal Haryati.

" okey! Okey! Thanks babe! " balas Haryati.

" its okey. Dah tidur. " Haryati menarik selimut dan menutup tubuh Syazira hingga ke bahu.

Setelah Haryati keluar. Syazira mengiringkan tubuhnya ke kanan.

* flashback *

Syazira yang sedang enak menonton drama tiba-tiba menjerit. Adam menjadi kelam-kabut dan hilang arah.

" kenapa ni? Sayang sakit ke? Ke sayang dah nak bersalin? " soal Adam cemas.

" kaki sayang cramped!! " Syazira merengek. Airmatanya juga sudah bergenang.

Adam segera memicit-micit kaki Syazira.

" sayang ni buat abang risaulah. Janganlah jerit macam tu lagi. " balas Adam.

Syazira hanya tersenyum apabila kakinya kembali lega.

* end flashback *

Tanpa sedar Syazira mengalirkan airmatanya. Betapa tiap-tiap hari dia rindukan Adam. Setiap kenangannya bersama Adam tidak pernah dilupakan.

***

Adam melangkah masuk ke dalam bilik anaknya.

Setiap ruangan itu dilihat. Adam mengambil sehelai baju anaknya lalu mencium. Walaupun mereka belum pernah bersua muka namun dia tetap dapat merasai kehadiran anaknya itu.

" Sya.. tolonglah balik. Abang rindu sayang. Abang rindu anak kita. Baba rindu sangat-sangat kat anak baba. Abang nak jumpa sayang. Abang dah buat silap besar dalam hidup abang. Abang nak tebus silap abang. Sayang dekat mana? "

Adam mengalirkan air matanya. Airmatanya murah saat ini.

Aku Bukan Isteri Simpanan Where stories live. Discover now