P/s : Picture di multimedia ialah Firdaus Nasuha.
Pagi hari itu, seperti biasa Miera berangkat ke sekolah dihantar oleh abangnya Mierul. Nasib baik jalan tidak berapa sesak pagi itu, Miera sampai awal di sekolahnya.
"Hai, girls. Selamat pagi." tegur Miera pada ketiga temannya yang sudah berada di dalam sekolah.
"Hai, Miera. Apa cerita semalam kat whatsapp? Macamana boleh terlanggar orang? Kau baik - baik je kan ni." soal Liyana prihatin.
"Aku ok je tapi lelaki tu terluka sikit lah. Masa tu Pak Amin nak belok kat selekoh jalan tiba - tiba pulak ada motor melintas kat depan. Pak Amin tak sempat tekan brek lepas tu terlanggar motor lelaki tu. Dia terjatuh dari motor dia. Cepat - cepat kami tolong dia." Miera menjelaskan panjang lebar.
"Awak ok tak ni?" tiba - tiba Firdaus yang muncul dari belakang mereka mencelah.
"Saya ok lah awak. Takda luka pun. Jangan risau lah." Miera mengurut dada kerana terkejut dengan kemunculan Firdaus yang tiba - tiba itu.
"Nasib baik tak jadi kes polis kan, Miera. Kalau tak parah jugak nak handle tu." ujar Melisa pula.
"Itulah..lelaki yang namanya Reza tu baik orangnya. Dia tak nak buat pun report polis. Bila kami nak tolong dia kata dia baik - baik je tapi aku tengok lutut dengan siku dia terluka. Bil hospital dengan motor dia yang rosak tu aku bayarkan lah. Sebab salah kami kan." kata Miera lagi.
"Err..handsome tak Reza tu, Miera? Hihi...kau kata dia baik kan." soal Ailina yang acah acah gatal sambil malu - malu kucing.
"Amboi kau ni. Tapi memang handsome orangnya macam Jerry Yan pelakon Taiwan cerita Meteor Garden tu." Miera mengingat rupa Reza di fikirannya sambil tersenyum.
"Wah, pelakon favourite aku tu." celah Melisa yang tergila - gilakan artis luar negara tu.
"Aku pun." kata Ailina juga.
"Nasib baik diaorang je yang minat jangan awak sekali minat juga sudah lah ye, Miera. Jealous saya." ujar Firdaus yang berjalan di sebelah Miera sambil tersenyum senget.
"Tak lah awak. Saya kan dah ada awak. Takkan saya nak pandang orang lain. Dah lah jom masuk kelas. Loceng dah bunyi tu." ajak Miera berjalan laju ke depan.
"Tunggu kami, Miera." yang lain pun berjalan laju menyaingi Miera ke kelas.
*****
Tiba waktu rehat, Miera dan temannya serta yang lain berjalan ke dewan makan. Mereka masing - masing mengambil tempat di meja setelah membeli makanan.
"Eh, Miera. Macamana dengan motor Reza tu?" tanya Ailina sambil mengunyah nasi goreng.
"Oh..balik nanti aku pergi dekat bengkel kawan abang aku tu nak tanya pasal motor Reza tu. Lepas siap nanti suruh dia hantarkan ke rumah Reza lah." jawab Miera.
"Ohhh...kau tau ke rumah dia? Bukan dia tak bagi alamat rumah dia ke?" tanya Liyana pula.
"Itulah..aku just minta nombor telefon dia je. Nanti aku bagi dekat kawan abang aku tu suruh dia bercakap sendiri je dengan Reza." kata Miera sambil meneguk air suam.
"Wah, dah ada nombor telefon tu. Bertuah kau dapat kenal dengan kembar Jerry Yan Malaysia. Hihi...." Celah Melisa tersengih penuh makna.
"Napa kau nak nombor dia ke? Kata lah nak aku boleh bagi lah. Aku minta sebab nak uruskan motor dia tu je. Takda maksud lain." Miera tersengih lucu.
"Hihi...takda lah. Aku main - main je, Miera. Jangan ambik hati ye." kata Melisa.
"Yelah, aku pun main - main jugak tadi." Miera tersengih.
"Lepas makan kita pergi library jap ye. Aku nak pinjam buku rujukan lah. Nak study kat rumah nanti." ajak Liyana.
"Ok." jawab yang lain serentak.
*****
Selepas makan, mereka berjalan pergi ke perpustakaan untuk meminjam beberapa buah buku.
Di pertengahan jalan, mereka berempat terserempak dengan Firdaus yang baru keluar dari bilik pengetua.
"Eh, Miera. Nak pergi mana?" Firdaus mendekati Miera.
"Nak pergi library. Pinjam buku rujukan jap. Awak ada hal apa masuk bilik pengetua?" tanya Miera.
"Pengetua arahkan saya untuk uruskan hal pendaftaran pelajar yang akan masuk minggu depan. Busy lah saya minggu depan, Miera." Firdaus memberitahu sambil memegang fail di tangannya. Selaku ketua pelajar, Firdaus amat berdisiplin dan bertanggungjawab dalam tugasnya.
"Takpalah dah tugas awak. Awak jalankan amanah orang kan. Hmm.." Miera memberi kata perangsang pada Firdaus.
"Korang berdua sembang lah dulu. Biar Ina dan Mel teman aku pergi library." kata Liyana yang ingin memberi ruang pada pasangan itu.
"Ok, thanks Ana memahami. Hihi..." ucap Firdaus tersengih.
"Ala korang. Nak sembang apanya kalau kat kelas nanti jumpa lagi." Miera membantah kerana segan dengan mereka.
"Takpa lah. Kiteorang kasi can kat Firdaus bermadah kat kau. Lepas ni dia kan busy dengan tugas dia." kata Ailina tersenyum. Mereka bertiga pun bergerak pergi meninggalkan pasangan itu.
"Jom kita duduk di pondok tu, Miera." ajak Firdaus sambil berjalan menghampiri bangku yang disediakan. Miera berjalan mengikuti dari belakang.
"Saya dengar awak ada nombor Reza tu. Betul ke?" soal Firdaus.
"Ha'a. Saya minta sebab nanti senang nak minta alamat rumah dia nak hantar motor dia tu." jawab Miera tersenyum.
"Oh, saya ingatkan awak nak kenal dengan dia lebih dalam. Maklum lah orangnya handsome macam pelakon tu."
"Isshh, awak ni. Kesitu pulak. Habis awak nak letak mana? Awak tetap dalam hati saya lah. Tiada orang lain. Lagipun kita masih sekolah kan." ujar Miera.
"Hihi... Mana lah tahu hati awak berubah ke. Saya tahu saya tak sehandsome Reza tu." Firdaus merendah diri.
"Eleh, muka macam Song Joong Ki. Kata tak handsome. Awak tu da lah ramai peminat. Kehulu kehilir pelajar perempuan semua duk angau kat awak. Macam saya tak tahu. Nasib saya je awak suka kat saya." cebik Miera.
"Eh, mana ada lah. Saya tak da rupa pun macam 'Song' apa awak sebut tadi?"
"Song Joong Ki lah." Miera tergelak mendengar Firdaus yang tak tahu sebut pelakon korea itu.
"Haa.. Apa - apa lah. Awak semua yang gelar saya macam tu. Saya tak cakap pun." Firdaus menidakkan dirinya yang iras - iras pelakon korea itu.
"Yelah, encik Firdaus. Awak menang. Tapi saya suka kan awak so tiada orang dapat gantikan awak di hati saya." Miera tersenyum manja.
"Terima kasih Miera sebab sudi letak nama saya di hati awak. Saya terharu." ucap Firdaus.
"Tapi tahun ni kita SPM. Kena fokus pada tu dulu..ok.." tambah Miera lagi.
"Ok, cik adikku sayang." Firdaus mengangkat tangan seperti berikrar. Dan mereka pun tersenyum mesra memandang satu sama lain.
YOU ARE READING
Stalker ✔
Teen FictionSTORY ini dikarang berdasarkan PENGALAMAN seBENAR dan IMAGINASI penulis. Walaupun tak seHEBAT novel lain dan banyak sangat DRAMA dalam cerita ni, PENULIS harap READERS enjoy baca ye. Percubaan pertama penulis mengarang cerita dalam WATTPAD. Kalau...