Bab 13

2K 95 2
                                    

"Miera, kenapa tak happy je ni? Kan kita nak raikan tamat sekolah harini?" soal Ailina yang hairan melihat Miera tidak ceria.

"Semalam aku keluar dengan Reza."

"And then?"

"Dia admit kat aku yang dia sukakan aku dan lamar aku jadi isteri dia."

"What?" sampuk Melisa terkejut.

"Iye. Dia lamar aku dekat restoran mewah. Dia siap tunjuk cincin kat aku."

"Hmm...tapi kau dah ada Firdaus kan?."

"Sebab tu aku tolak. Aku tak nak sakiti hati dia. Aku da anggap dia macam abang kandung aku sendiri. Dia kecewa sangat. Aku rasa serba salah pulak."

"Hmm...keputusan di tangan kau, Miera. Tapi kau kena fikir betul - betul. Jangan bagi harapan pada dia."

"Hmmm..." jeda Miera terdiam.

*****

"Miera, nak sambung belajar dekat mana nanti? Mama dan papa nak yang terbaik untuk Miera." tanya Pn Raihana semasa mereka bersarapan.

"Errmm... Miera tak kisah sebenarnya. Mana yang dapat Miera pergi je. Tapi kalau dapat UPM atau UKM pun ok jugak. Papa kan suruh Miera amik bidang perniagaan sebab abang dah jadi doktor."

"Papa nak Miera ganti papa suatu hari nanti. Abang tak minat. Jadi papa bergantung harap pada Miera je, sayang."

"Yelah, pa. Miera ikut je."

"Adik macamana jawab exam haritu? Ok tak?" celah Mierul.

"Ok abang. Adik jawab elok - elok dah."

"Abang harap adik berjaya dalam SPM. Wish your luck."

"Thanks, abang." Miera tersenyum sahaja.

"Ma, harini Miera nak keluar pergi kedai buku POPULAR kejap."

"Ok. Tapi nak suruh Pak Amin hantar ke?"

"Tak payah lah. Miera pergi sendiri naik teksi. Nanti kena biasakan diri jugak bila masuk U nanti."

"Takpa lah. Abang boleh hantarkan kalau Miera nak."

"Miera pergi lewat sikit. Abang nak pergi kerja kan."

"Ok."

Tn Mikhail dan Pak Amin berangkat ke pejabat. Mierul pergi ke hospital dan Pn Raihana ada urusan di luar. Miera tinggal di rumah bersama Mak Jah.

Tengahari itu, Miera menelefon teksi untuk ke City Mall. Dia perlu membiasakan diri berdikari kerana tidak lama lagi dia akan masuk U dan menjadi student.

Setiba di City Mall, Miera turun dari perut teksi dan membayar tambang. Dia berjalan masuk sambil memerhatikan orang yang lalu lalang di situ.

Hari itu, Miera memakai T shirt putih berlengan panjang dan shawl merah serta berseluar jeans. Jadi senang untuk dia berjalan - jalan.

Miera bercadang untuk berjalan - jalan mencuci mata selepas membeli novel kesukaannya. Dia tak perasan ada mata yang mengekori tidak jauh darinya.

Tiba - tiba handphone Miera berbunyi lagu 'The woman who can't say goodbye, the man who can't leave'

"Hello, assalamualaikum, Miera. Awak buat apa tu? Bising kat situ." salam Firdaus di corong telefon.

"Waalaikumsalam. Saya dekat city mall ni. Beli buku."

"Oh, awak dengan siapa?"

"Saya seorang je ni. Napa awak?"

"Saya ingat nak jumpa awak. Apa kata awak tunggu kat situ sampai saya datang lagi setengah jam. Saya siap - siap dulu."

"Ok, awak. Saya tunggu awak datang."

Miera menyimpan handphone dalam beg dan memilih novel yang ingin dia beli. Tidak jauh darinya terlihat seseorang memerhatikan Miera dengan perasaan bercampur baur.

Miera leka dengan dunianya sendiri. Maklum lah ulat buku. Selesai membayar, Miera ingin ke tandas.

Usai keluar dari tandas, Miera
disapa seseorang yang amat dia kenali.

"Hai, Miera."

"Eh, hai Reza. Buat apa kat sini? Awak tak masuk pejabat ke harini?" Miera terkejut kerana bertemu Reza di sini.

Dan lebih memeranjatkan penampilan Reza yang agak lain dari biasanya. Reza memakai sweater hitam gelap, bertopi dan berkacamata hitam. Hampir Miera tidak mengenalinya.

"Saya cuti harini, Miera. Saya perlukan bantuan awak sekarang. Please ikut saya." rayu Reza dengan riak sedihnya.

"Eh, tapi napa awak perlukan bantuan saya? Awak sakit ke, Reza?"

"Ye, Miera. Tolong lah ikut saya. Awak yang boleh tolong saya seorang."

"Baiklah.... saya ikut awak sekarang. Tapi ke mana?"

"Ke kereta saya...mari saya tunjukkan." Reza mengajak Miera mengikutnya ke tempat letak kereta. Mulanya Miera ragu - ragu tetapi disebabkan sikap prihatinnya, dia mengikut juga Reza.

Mereka tiba di tempat letak kereta belakang bangunan itu. Reza membukakan pintu kereta untuk Miera.

"Awak masuk dulu. Saya nak ambil sesuatu dekat bonet kejap." Reza melangkah ke belakang kereta.

"Eh, tapi..."

Selang beberapa minit kemudian, Iphone6 Miera memanggil untuk diangkat. Nama Firdaus tertera di skrin.

"Hello, awak."

"Hello, Miera. Awak di mana? Saya da sampai ni."

"Awak da sampai. Saya di tempat letak kereta dengan..."

Tiba - tiba Miera merasakan mulutnya ditekap dengan saputangan dari belakang.

"Hmmm...hmmm..." Miera meronta - ronta melepaskan diri. Dia merasakan pernafasannya semakin pendek dan lemah. Akhirnya, Miera pengsan kerana terhidu chloroform pada saputangan tersebut.

"Hello, Miera. Hello! Awak di mana?" jerit Firdaus di talian sebelum dimatikan Reza yang tersenyum miring.

"Jangan harap orang lain boleh dapatkan kau, Miera. Kau hanya milik aku seorang je. Hahaha."

Stalker ✔Where stories live. Discover now