Bab 7

2.6K 107 0
                                    

"Tak guna punya lelaki. Miera tu aku punya. Takda siapa boleh dapat dia. Dia hak aku." amuknya sambil membaling barang ke dinding.

Dia sangat marah bila gadis yang diminatinya ada orang lain.
Dia tak boleh terima perkara tersebut.

Dia mesti berbuat sesuatu sebelum ada orang merampasnya. Dia taknak Miera jatuh ke tangan orang lain.

Ye, dia akan merampas Miera dari tangan lelaki tersebut. Dia akan memiliki Miera tak kira apa cara sekali pun, fikirnya.

Sejak kali pertama jatuh hati dengan gadis itu, tidur malamnya terganggu dengan bayangan wajah ayu dan senyuman manjanya.

Dia mengklik akaun laman sosial Miera dan mengintip aktiviti terbarunya. Tak kira Instagram, Twitter dan yang lain, semuanya dia follow dan add.

Jika ada status yang dikemaskini atau gambar profil yang dimuatnaik, terus dia 'like' dan 'komen'. Bahkan chat - chat yang dihantarnya ke dalam inbox mesej Miera sudah banyak dengan ayat jiwang tapi tidak di balas.

Mungkin Miera sibuk atau takut untuk melayannya. Hehehe...dia tersengih sendiri. Dia tahu gadisnya sangat sopan dan baik orangnya. Tak mungkin dia akan melayani orang yang tidak kenal.

Gambar gadis itu ditatap sepenuh hati. Matanya yang galak memandang, bibirnya yang merah merekah bak delima dan hidungnya yang mancung serta kulitnya yang putih pink sangat cantik dipandang.

Selagi Miera tidak habis sekolah dan belum berkahwin, selagi itulah dia bukan hak sesiapa, bicaranya sendiri.

*****

Miera berbaring telungkup sambil melihat gambarnya yang ditangkap oleh Reza. Hmm... Cantik. Pandai Reza tangkap gambar, desis hatinya.

Walaupun berbaju sekolah, tapi dia tetap nampak ayu. Boleh lah dia tunjuk pada temannya dalam group whatsapp.

Miera memikirkan kejadian tadi petang. Kalau lah Reza tak datang petang tadi, mesti Firdaus takkan tahu pasal ni. Nasib baik Firdaus tak merajuk lama kalau tidak puas lah jugak dia nak memujuknya.

Tapi dia dengan Reza memang tiada hubungan, buat apa dia nak takut, fikirnya lagi. Mungkin Firdaus yang terlampau cemburu.

Hmm...

Lain kali dia tak boleh sesuka hati membiarkan Reza mengambil gambarnya lagi. Dia pun baru kenal dengan Reza. Sepatutnya dia lebih percaya dengan Firdaus.

'Ok, pasni aku akan hati - hati' desis hati Miera.

Sedang dia termenung, handphonenya berbunyi.

Reza
Hai, Miera.
Tengah buat pe tu?

Miera
Oh, hai awak
Tak buat apa pun
Rehat - rehat je

Reza
Maaf saya ganggu
malam ni
Macamana gambar tu?
Ok tak?

Miera
Cantik sangat
Pandai awak amik
gambar
Walaupun saya
berbaju sekolah,
tapi nampak natural
Saya dah tunjuk kat
kawan saya, dorang suka
Nanti dorang nak
upah awak untuk
majlis apa - apa senanglah

Reza
Hehehe
Saya taklah hebat sangat
Boleh lah untuk survive
Saya ok je
Anytime saya free

Tiba - tiba handphone Miera masuk panggilan.

'Firdaus call lah pulak'
Cepat Miera jawab.

"Hai sayangku, Miera. Awak tengah buat apa?"

Stalker ✔Where stories live. Discover now