Bab 16

3.1K 79 0
                                    

"Awak kena makan, Miera. Kalau tak nanti perut kosong awak akan sakit. Saya tak nak apa - apa jadi pada awak, sayang." pujuk Reza apabila Miera tidak menyentuh makanan yang di belinya. Hanya air saja yang luak sedikit.

"Saya takkan makan. Saya rela mati dari merana dikurung awak. Dan jangan panggil saya 'sayang'." bantah Miera. Dia ingin melihat sejauh mana reaksi Reza bila dia berdegil tidak mahu makan.

"You have too or I have to force you. And I can call you 'sayang' cause you are mine. Mine forever. Hahaha..." tegas Reza tergelak kecil. Dia merenung tajam ke dalam mata Miera.

Miera yang kecut dengan tenungan Reza hanya memasamkan mukanya dan mula menjamah makanan perlahan - lahan.

Reza tersenyum lega apabila Miera menurut arahannya. Cantik! Katanya yang menatap Miera sedang makan.

"Awak bawa saya kat mana ni? Rumah siapa ni?" tanya Miera usai makan, dengan nada lembut cuba mengorek informasi dari Reza.

"Kita jauh dari rumah orang. Rumah lama yang tak digunakan lagi. Dalam bilik ni ada tandas. Awak boleh gunakan."

"Please Reza. Lepaskan saya. Saya takkan buat laporan polis tentang awak culik saya. Saya perlu pulang pada family saya. Saya masih ada keluarga." rayu Miera.

"No. Saya takkan lepaskan awak.
Saya sayangkan awak. Saya bukan culik awak. Saya cuma dapatkan cinta saya je. Tak salah kan?"

"Tapi tindakan awak ni salah. Kita masih ada undang - undang. Awak tentu tahu kan. Kita selesaikan dengan baik. Saya janji takkan buat laporan polis. Please."

"Awak akan duduk sementara di sini sebelum kita berkahwin dan pergi jauh. Bila semua dah settle, saya dan awak akan jadi suami isteri yang sah dan kita akan hidup bahagia."

"Apa awak cakap ni, Reza? Tak mungkin. Saya masih ada wali. Lagipun saya masih terlalu muda untuk berkahwin. Awak gila ke, Reza?" pekik Miera menahan marah. Hatinya terlalu marah dengan kenyataan Reza sebentar tadi.

"Ye, saya memang gila. Saya gilakan awak, sayang. Hihihi..."

"Awak masih ada keluarga kan, Reza. Takkan awak nak jatuhkan maruah keluarga awak di kampung?"

"Mereka akan restui saya. Percayalah." Reza tersenyum sumbing.

Miera terkelu seribu bahasa. Di depannya seperti bukan Reza yang asal. Seperti dua identiti yang berbeza. Apa yang terjadi pada Reza sebenarnya? Hanya Reza yang mengetahuinya.

"Awak tak pergi kerja ke? Macamana kalau papa saya tahu awak dalang di sebalik semua ni?"

"Saya akan pergi kerja macam biasa. Papa awak takkan tahu sayalah dalangnya. Sebab saya takda kaitan dengan kehilangan awak. Tak cukup bukti pun."

"Awak jahat, Reza. Sanggup awak tipu papa saya yang telah bagi awak segalanya. You are cruel. Sampai hati awak."

"Saya tak tipu papa awak, sayang. Saya takda niat pun. Saya hanya nakkan awak je. Please accept me." Reza memegang tangan Miera.

"Jangan pegang saya. Jauhkan diri awak dari saya. Saya bukan perempuan yang boleh awak sentuh sesuka hati." jerit Miera menjauhkan diri dari Reza dan menarik tangannya kasar.

"Maafkan saya, sayang."

Miera mencebikkan bibirnya dan memandang kearah lain.
Reza kecewa dengan tindakan Miera. Macamana lagi dia nak buat supaya Miera sukakannya.

"Takpa lah saya keluar dulu. Awak jangan lari ye, sayang. Kalau taknak saya buat macam - macam." Reza mengalah dan mengatur langkah ke pintu.

"Wait. Saya nak solat macamana."

"Oh..nanti saya bagi telekung untuk awak. Awak duduk diam - diam ye. Saya janji takkan apakan awak."

Miera cuma mendengus dengan kata - kata Reza itu. Dia langsung tidak mahu pandang Reza. Kecewe dan marah. Itu lah yang bersarang di kepalanya.

"Kau orang berdua jaga dia elok - elok. Jangan sampai dia lepas. Nanti aku kembali lagi." arah Reza pada dua orang upahannya. Dia perlu keluar kejap membeli barang keperluan Miera. Dia mahu Miera selesa di dalam bilik itu.

"Baik, boss. Kami akan jaga dia asalkan upah lumayan. Hehehe.." sengih Kamal selaku orang upahan Reza.

"Ye, boss. Masyuk!" sampuk Mad, yang seorang lagi.

*****

"Reza, mana kau sorok Miera? Haa..cakap." soal Firdaus dengan garang. Dia mencari Reza di syarikat Tn. Mikhail. Kebetulan Reza baru turun dari keretanya.

"Aku tak faham apa kau maksudkan ni. Aku tak tahu apa - apa. Kau jangan main tuduh." bantah Reza berang.

"Kau tipu. Aku tahu kau yang sorokkan Miera kan. Kau taknak dia jatuh ke tangan aku sebab tu kau culik dia."

"Nonsense. Apa kau merepek ni? Tolong lah. Aku takda masa nak jawab soalan merapik kau ni." Reza berjalan mahu memasuki pejabat tetapi dihalang oleh Firdaus.

"Oh, Kau perli aku ye." Firdaus mencekak leher Reza tetapi disebabkan badan Reza yang tegap tinggi, dengan senang Reza menolak Firdaus jatuh.

"Sudah lah, kau. Mengaku kalah je. Aku malas nak layan orang macam kau ni."

"Kau taknak layan ye. Tunggu lah nasib kau, Reza. Aku akan cari Miera sampai lubang cacing. Miera tu milik aku." ucap Firdaus geram selepas Reza tak endahkannya. Dia bingkas bangun dan berjalan ke motornya.

*****

"Selamat pagi, En Reza. Harini kita ada mesyuarat dengan lembaga pengarah. Dan En Reza perlu berjumpa client dari Australia untuk berbincang tentang tender." kata Mimi memberitahu jadual Reza pagi itu.

"Baiklah. Thanks Mimi. Dan coffee saya jangan lupa." Reza menduduki kerusinya sambil tersenyum ke arah Mimi.

"Ok, En Reza. Saya keluar dulu."

Reza mengangguk. Dia segera melakukan kerjanya yang terbengkalai. Baginya masa itu emas. Tak boleh buang waktu begitu sahaja. Kerana itu, dia sangat dipercayai Tn Mikhail.

"Here your coffee." ujar seseorang.

"Thanks... Eh, Salina. Mana Mimi? Kan saya yang suruh dia buatkan coffee."

"Maaf En Reza. Mimi dipanggil Tn Mikhail di biliknya jadi saya yang buatkan coffee untuk boss. Rasalah air tangan saya ni." balas Salina sedikit gedik dengan lentok manjanya.

"Oh, thanks. Nanti saya minum. Awak boleh keluar." Reza sedikit tak selesa dengan aksi Salina itu. Baginya selain Miera tiada perempuan yang menambat hatinya.

Salina hanya mengangguk kecewa. Dia berjalan perlahan keluar dari bilik bosnya. Hilang peluang aku nak tackle bos. Haih..keluhnya sedikit hampa.

"Bos, semua orang sudah ada di bilik mesyuarat. Mari." Mimi masuk dengan memegang buku notanya memanggil bosnya.

"Ok, mimi."

Stalker ✔Where stories live. Discover now