"Miera tak bersedia nak kahwin lagi, ma. Miera nak sambung belajar dulu." ujar Miera bertegas dengan keputusannya tidak mahu ditunangkan dengan Firdaus. Dia terkejut apabila dimaklumkan tentang kedatangan keluarga Firdaus merisiknya. Lebih mengejutkan dia, bila mahu ditunangkan dengan Firdaus hujung minggu sebelum dia bertolak ke Swiss. Konflik apa yang menimpanya sekarang. Desis hatinya.
"Tapi Miera, Daus tu budak baik. Mama suka sangat kalau anak mama ni berjodoh dengan dia. Dia boleh jaga Miera lepas kahwin dan keluarga dia pun dari keturunan baik. Miera lupa dia yang selamatkan Miera dari penculik Miera tu."
"Dia ada nama, ma. Nama dia Reza. Dia tak buat jahat pun dengan Miera. Kalau dia nak buat dah lama dah. Miera tahu Daus yang selamatkan Miera. Miera berterima kasih sangat tapi Miera masih muda, ma. Miera taknak terikat lagi buat masa ni. Please, ma. Bagi Miera masa." rayu Miera lembut.
"Tapi dia dah culik kamu. Maknanya dia tak baik. Baiklah, Miera. Mama takkan paksa kamu. Mama lakukan semua ni untuk kebaikan kamu je, sayang. Nanti mama dan papa akan cakap dengan keluarga Firdaus semula. I'm sorry, honey." Pn Raihana berlalu keluar.
*****
"Hello, Daus. Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak nak merisik saya? Awak ingat saya ni barang ke? Sesuka hati awak je." marah Miera di talian tanpa salam.
"Hello, Miera. Maaf saya terlalu sayangkan awak. Saya taknak kehilangan awak. I'm sorry, dear. Lagipun kita dah lama berkawan kan. Dulu awak kata tunggu lepas sekolah nak cinta bagai. Now we are graduate. Can we?"
"No, I'm not ready yet. Please give me time. I need some space. Saya nak sambung study dulu. "
"Hmm...."
"Please, Daus. Jangan sampai saya benci awak. Respect me, please."
"Ok, Miera. You win." Firdaus terpaksa mengalah dengan kata - kata Miera. Tapi di hatinya berkata lain.
"Good. Thanks." Miera mematikan talian. Perasaannya kembali tenang setelah Firdaus mengalah tadi.
*****
Reza termenung memikirkan kata - kata Melisa di waktu lunch tadi. Betul ke Firdaus meminang Miera dan Miera terima pinangan dia. Dia duduk menghadap tingkap officenya di tingkat paling atas sekali. Dia memegang jawatan sebagai COO di syarikat gabungan papa dan unclenya di Malaysia iaitu R & R Holding Company Sdn. Bhd.
Sebenarnya profesion dan minat Reza adalah dalam bidang photographic tetapi disebabkan keluarga Reza adalah ahli perniagaan berjaya, Reza terpaksa menceburkan diri dalam bidang yang tidak diminatinya tu.
Cerita Reza boleh tersangkut dekat Malaysia disebabkan papanya, Tan Sri Rayhan mengarahkan dia bekerja dan belajar dengan Dato' Rayman asas perniagaan keluarga kerana papanya terlalu sibuk dengan dunia korporat.
Reza seorang yang obses dengan apa yang dilakukannya. Dia suka bekerja sebagai photographer sejak graduate di US. Papanya melarang dia banyak kali tapi dia keras kepala.
Bila dia dihantar ke Malaysia, Reza terpaksa kurangkan aktivitinya kerana dia dibawah kawalan unclenya.
Hari dia bertemu Miera dan dilanggar Pak Amin adalah hari di mana dia meminjam motor driver unclenya dan bersiar - siar di bandar metropolitan tu untuk menjalankan kerja photographernya. Dan dia berpakaian seperti orang biasa untuk mengelak di kenali spy unclenya. Hihihi...
YOU ARE READING
Stalker ✔
Teen FictionSTORY ini dikarang berdasarkan PENGALAMAN seBENAR dan IMAGINASI penulis. Walaupun tak seHEBAT novel lain dan banyak sangat DRAMA dalam cerita ni, PENULIS harap READERS enjoy baca ye. Percubaan pertama penulis mengarang cerita dalam WATTPAD. Kalau...