Akhirnya peperiksaan SPM telah pun tiba. Miera dan temannya datang awal ke sekolah untuk menyiapkan diri menjalani peperiksaan.
"Good luck, girls. Jawab elok - elok nanti." ucap Miera sambil memegang tangan temannya yang lain.
"Good luck jugak, Miera. Buat betul - betul. Hihihi."
"Aku doakan kita semua dapat jawab dengan baik. Amin." doa Miera seraya mengaminkan doanya.
"Aminn." jawab mereka serentak.
"Miera, good luck for you." ucap Firdaus mendekati Miera.
"Good luck for you too, awak."
Mereka pun melangkah masuk ke dewan periksa dengan hati yang berdebar - debar.
Selesai sahaja menjawab soalan SPM terakhir, Miera dan yang lain menjerit gembira. Mereka bersyukur dapat menjawab dengan baik dan menghabiskan ujian.
"Jom kita keluar raikannya nak tak? Lepasni masing - masing da berpisah." ajak Ailina tersenyum tapi sedih.
"Ok, kiteorang on." jawab yang lain serentak.
*****
"Assalamualaikum. Hai, Miera.
Macamana SPM? Boleh jawab tak?" tanya Reza sebaik sahaja Miera menerima panggilannya."Waalaikumsalam. Hai, Reza. Alhamdulillah...ok. Saya boleh jawab. Hihihi..."
"Bagus lah tu. Errmm... Saya nak raikannya dengan ajak awak keluar makan di luar. Saya dah minta izin dengan papa awak dan dia izinkan. Awak macamana?"
"Errmm... Kalau papa da bagi, saya ok je tapi awak nak bawa saya makan kat mana?"
"Rahsia. Nanti tak surprise lah kan. Saya jemput awak pukul 10.00 nanti ye."
"Baik lah, Reza. Saya tunggu." Miera menamatkan perbualan. Dia pun segera bersiap. Harini dia memakai blaus labuh warna pink dan shawl biru dan berseluar slack putih.
"Mak Jah, Miera keluar dengan Reza ye. Mak Jah tak usah tunggu Miera tau." pesan Miera sebaik sahaja melangkah turun dari tangga.
"Baiklah, Miera. Tapi jaga diri elok - elok ye. Jangan balik lewat sangat." kata Mak Jah yang sudah menganggap Miera seperti anak kandung sendiri.
Miera menyalami tangan pembantu rumahnya yang sejak kecil sudah menjaganya dan menganggukkan kepala.
Pinnn...
"Miera pergi dulu, Mak Jah." Miera melambai tangan dan melangkah keluar dari rumah menuju ke kereta Reza yang sudah berada di depan rumah.
"Hai, awak nampak cantik sangat harini, Miera." ucap Reza sebaik Miera memasuki kerusi disebelah pemandu.
"Thanks." Miera tersipu malu melihat Reza yang kacak memakai T shirt POLO berkolar warna biru dan berseluar jeans. Seperti berjanji pula mereka.
Reza menekan pedal minyak dan menukar gear lalu kereta pun bergerak pergi.
Sampai di destinasi yang dituju, Reza memberhentikan kereta di tempat letak kereta di depan sebuah restoran mewah.
"Kita makan kat sini ke, awak?"
"Ye, Miera."
"Tapi tempat ni mahal. Saya tak nak lah susahkan awak dengan bawa saya ke restoran ni. Kita makan di tempat biasa pun takpa."
"It's ok. Saya nak raikannya dengan awak kan. Inilah surprisenya."
"Hmm...terharu saya. Awak susah - susah untuk saya."
"Untuk awak apapun saya akan lakukan, Miera. Jom kita turun."
Mereka melangkah keluar dari kereta dan beriringan masuk ke restoran Ala Carte yang serba mewah itu.
Mereka memilih meja yang agak hujung kerana senang berbual. Reza menarik kerusi untuk Miera. Miera tersipu malu seraya duduk selepas berterima kasih.
"Awak nak makan apa?"
"Errm..saya tak kisah pun. Terserah awak lah."
"Ok."kata Reza seraya memesan pilihan makanan mereka berdua kepada pelayan.
"Miera, saya nak sampaikan sesuatu kepada awak. Harap awak dapat terimanya." Kata Reza usai mereka makan.
"Ok, Reza. Cakap lah. Awak buat saya nervous lah."
Reza mengeluarkan sesuatu dari koceknya dan terlihatlah sebuah kotak baldu kecil di tangannya.
"Saya....saya...dah...lama...sukakan awak, Miera. Saya...nak...jadikan...awak..suri...hati...saya. Awak sudi?" Reza tergagap - gagap sambil membuka kotak itu dan meletakkan di depan Miera. Miera terpaku melihat cincin emas putih didalamnya. Dia menutup mulutnya dengan tangan kerana tidak percaya.
"Apa, Reza? Awak sukakan saya?" lama Miera terjeda.
"Iye, Miera. Saya sukakan awak sejak pertemuan pertama kita bertemu. Saya harap awak tak marah."
"Tapi saya tak pernah ada perasaan dengan awak, Reza. Saya anggap awak macam abang saya sendiri. Maafkan saya." Miera berterus terang kerana dihatinya sudah ada Firdaus. Lagipun dia masih terlalu muda untuk berkahwin.
"Ohh.. Saya ingat awak sukakan saya. Hmm..." Reza kecewa.
"Saya tak dapat terima awak, Reza. Memang awak baik sangat.
Saya senang dengan sikap awak tapi saya masih terlalu muda untuk jadi isteri orang. Awak masih boleh cari wanita lain yang sesuai." pujuk Miera dan meletakkan kembali kotak cincin di depan Reza."Saya takkan dapat wanita lain yang sebaik dan secantik awak, Miera. Awak ada lah satu - satunya perempuan yang bertakhta di hati saya. Saya sanggup tunggu awak, Miera. Sampai awak bersedia." rayu Reza menatap Miera.
"Saya masih ada cita - cita untuk dikejar, Reza. Janganlah tunggu saya. Saya takkan bagi harapan pada awak. Lagipun saya dah ada Firdaus. Hati saya ada pada dia sejak kami sekolah lagi. Cuma kami menunggu tamat sekolah dulu baru bercinta dengan serius."
"Awak langsung tiada sekelumit perasaan cinta pada saya, Miera? Kenapa awak pergi pada Firdaus? Awak tak kasihan pada saya, Miera?"
"Hati tak boleh dipaksa, Reza. Jangan lah kerana sekeping hati ni, awak meranakan diri. Saya sayangkan awak tapi bukan sebagai kekasih. Boleh awak anggap saya macam adik awak?"
YOU ARE READING
Stalker ✔
Teen FictionSTORY ini dikarang berdasarkan PENGALAMAN seBENAR dan IMAGINASI penulis. Walaupun tak seHEBAT novel lain dan banyak sangat DRAMA dalam cerita ni, PENULIS harap READERS enjoy baca ye. Percubaan pertama penulis mengarang cerita dalam WATTPAD. Kalau...