Bab 18

2.4K 73 0
                                    

"Macamana korang jaga dia ni? Aku kan suruh tengok betul - betul. Kenapa dia boleh lepas? Hah!" berang Reza sebaik saja dia dan Miera masuk ke rumah tersebut.

"Maafkan aku, bos. Tadi dia sakit perut. Minyak angin takda. Jadi Mad pergi beli lah. Lepastu aku jaga dia. Tak sangka dia keluar dan pukul aku dengan kayu. Aduh, sakit ni." erang Kamal sambil menggosok kepalanya. Dia masih pening - pening lalat impak pukulan Miera tadi.

"Kali ni aku maafkan. Lain kali tau lah apa jadi pada korang. Mana Mad tak balik lagi ni?"

"Entah dia. Kejap lagi balik kot."

"Huh!" Reza menarik lengan Miera memasuki bilik. Miera terpaksa mengikut.

"Sayang, kan saya kata jangan lari. Saya takkan apakan awak kalau awak duduk diam. Now you tell me why you run? You want me to harm you?"

"Sorry, Reza. Saya nak pulang ke rumah saya. Saya rindukan papa dan mama. Saya taknak kena kurung macam ni. Saya bosan."

"Sayang, lepasni kita kahwin awak takkan bosan dah..ok. Saya akan sentiasa gembirakan awak."

"Reza, bagi saya balik. Saya akan bincang dengan papa dan mama tentang kita. Kita minta izin mereka dulu ye." cadang Miera dengan nada lembut.

"Awak ingat boleh bodohkan saya ke? Saya takkan mudah percayakan kata - kata awak, sayang. Kalau saya lepaskan awak, tak mustahil awak kembali pada Firdaus balik."

"Tapi Reza, mana awak dapat duit upah dua orang lelaki tu jaga saya? Awak hanya kerja dengan papa saya je. Dan kereta siapa awak pandu tadi? Setahu saya kereta papa bagi Honda Accord bukan Toyota Vios tu. Ada rahsia ke awak tak bagitahu saya?"

"Awak akan tahu nanti bila kita dah kahwin. Ye, sayang."

"Ke awak buat kerja yang tak elok?"

"No lah. Saya bukan macam tu. Ada alasan saya tak cerita kat awak. You wait and see. Ok, sayang. Hihihi..." Reza tersengih kerang dan berjalan keluar meninggalkan Miera tertanya - tanya sendiri.

"Aku nak korang pastikan betul - betul kali ni jangan biarkan dia terlepas lagi. Kalau tak, upah korang takda. Faham!"

"Faham, bos. Hehehe..."

*****

"Assalamualaikum, Hai Reza." sapa seseorang di ruang menunggu syarikat Tn Mikhail.

"Waalaikumsalam. Eh, Melisa. Apa awak buat dekat sini?" balas Reza yang baru melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.

Segaknya dia. Dengan sut serba hitam dan tali leher menghiasi, Reza nampak seperti seorang korporat dan tambah macho. Bisik hati Melisa. Dia tersenyum sendiri.

"Saya kebetulan lalu dekat sini. Ada hal sikit. So saya singgah kejap. Dah lama tak jumpa awak."

"Oh, saya busy sikit. Maaf lah ye. Last kita jumpa pun masa Miera still tak hilang lagi kan. Hmm.."

"Ha'a..saya risau sangat dengan kehilangan Miera. Sampai sekarang pihak polis tak jumpa dia lagi. Saya harap dia dalam keadaan baik."

Reza tersentak dengan kata - kata Melisa tetapi dia cuba berlagak selamba.

"Awak seorang kawan yang baik. Beruntung Miera. So lepasni awak nak pergi mana?"

"Thanks. Hihi.. Saya tak pergi mana dah kot. Mungkin terus balik."

"Awak dah makan? Why don't you join me breakfast at cafe? Boleh sembang kejap."

"With pleasure. Ok." senyum Melisa sampai ke telinga apabila Reza mengajaknya bersarapan bersama. Mereka beriringan menuju ke cafe berdekatan.

"Eh, tadi kan aku nampak En Reza dengan perempuan mana entah dekat bawah. Bukan main mesra lagi aku tengok. Ada apa - apa ke dorang tu?" Azmi yang baru naik ke pejabat segera mendekati Salina untuk bergosip.

"Yeke? Kau biar betul ni, Azmi? Setahu aku, bos tu single. Takkan dah ada awek pulak."

"Betul lah. Cantik perempuan tu. Memang sepadan lah dengan En Reza tu."

Salina mula tak senang duduk. Dia gelisah apabila lelaki yang dipujanya ada perempuan lain. Hmm... Tak boleh jadi ni. Aku mesti siasat. Desis hatinya.

*****

"Eh, Salina. Tak keluar lunch ke?"

"Belum lagi, bos." Salina pura - pura menaip sesuatu di komputernya.

"Lah, semua orang dah keluar makan, jom lah lunch dengan saya. Sesekali lunch dengan staff, apa salahnya kan."

"Boleh ke, bos?" seru Salina teruja.

"Boleh je. Jom."

"Ok." Salina pantas mengambil beg tangan dan melangkah mengekori Reza dari belakang menuju ke lif.

"Bos, tak lunch dengan kekasih bos ke?" tanya Salina semasa di lif.

"Oh, dia sibuk. Jadi saya lunch sorang je lah." Reza mula teringat pada Miera yang dikurungnya. Macamana lah dia sekarang dijaga dua orang upahannya. Baik ke dia. Hmmm....

"Oh, yeke?" Salina hampa mengetahui Reza sudah ada kekasih. Maknanya perempuan yang berjumpa dengannya tadi adalah kekasihnya.

"Awak ok?"

"Eh, saya ok je, bos. Bila nak tamatkan zaman bujang bos?"

"Belum dapat masa sesuai lagi. Tunggu dia bersedia nanti baru kami nikah. Insyaallah saya jemput semua."

"Tahniah, bos. Semoga berbahagia dengan tersayang. Hihihi..." Salina pura - pura tersenyum di depan bosnya.

"Thanks, Salina. Awak bila pulak? Awak cantik kot saya tengok."

"Saya lambat lagi, bos. Orang yang saya suka dah ada kekasih. Solo lagi lah saya."

"Lah, kesian awak. Napa macam tu? Awak tak berterus terang dengan dia kot."

"Tak. Saya segan lah, bos. Mungkin bukan jodoh saya kot."
Salina memaniskan roman muka walaupun kecewa di dalam hati lelaki di depannya sudah ada yang punya.

"It's ok. Ada jodoh yang lebih baik untuk awak nanti. Be strong. Ok."

Stalker ✔Where stories live. Discover now