Bab 26

1.9K 74 2
                                    

Miera sedang mengemas lebihan pakaian yang akan dibawanya ke sana nanti. Mamanya membelikan banyak pakaian termasuk baju sejuk untuk dipakai nanti.

Tiit..tiit...ketika itu Iphonenya bergetar. Dia mencapai dan membukanya. Terpapar satu chat dari Mr. R tak lain tak bukan adalah Reza.

'Assalamualaikum. Hai Miera. Awak sihat? Saya nak minta maaf atas apa yang saya dah buat pada awak haritu. Saya rasa bersalah sangat. Saya harap awak sudi maafkan saya. Btw, saya dengar awak nak belajar kat oversea? Betul ke? Harap awak sudi reply chat saya. Saya tunggu.'

Reza Hariz

Ketika itu, terdengar lagu 'Tak Pernah nyanyian Syukri Yahya feat Fathia Latiff' di mp3 Miera.

Ku tak pernah terfikir tuk jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa terjadi

Miera tak terkejut bila dapat chat dari Reza kerana dia tak pernah remove akaun Mr. R dari friendlistnya. Dia berkira - kira samada mahu membalas atau tak. Baginya dia dah lama memaafkan lelaki yang bernama Reza Hariz. Perasaannya terhadap lelaki tu biarlah dipendamkan saja.

'Waalaikumsalam. Hai awak. Saya sihat alhamdulillah. Saya dah lama maafkan awak. Awak tak perlu nak rasa bersalah lagi. Ye, saya akan belajar dekat Swiss. Insyaallah Sabtu ni saya akan berangkat. Kalau awak nak datang hantar saya, datang lah. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. :)

Miera Rosemel

Miera selesai menaip dan menekan butang send.


1 saat

2 saat

3 saat

4 saat

5 saat


Tiit..tiit...Iphonenya bergetar.

'Alhamdulillah awak sihat. Thanks Miera sudi maafkan saya. Syukran ya afwan. Insyaallah saya datang Sabtu ni. Take care. See you.

Reza Hariz

Miera tersenyum sendirian. Dia pasti Reza akan datang hantarnya naik flight. Cukuplah dapat berjumpa dengannya nanti. Biarlah masa yang akan menentukan takdir jodoh mereka.

*****

Reza teramat gembira apabila Miera membalas chatnya tadi. Dia mulanya membelek facebooknya tadi dan terlihat Miera online. Cepat dia menaip mesej dan menghantar pada Miera sambil membaca Bismillah.

Tak lama, dia dapat balasan dari Miera. Apalagi sukalah dia. Senyum sampai ke telinga. Bila Miera mengajaknya datang ke airport Sabtu ni lagilah dia menjerit kesukaan sampai ke luar officenya dengar.

Tiba - tiba terdengar lagu 'Marry Me nyanyian Mark Adam' di pendengaran Reza.

Marry me
Marry me...ohh...ohh...
Ketika kau menjadi misteri
Aku pun percaya
Kita akan bersama
I love you
I love you
Mencintaimu..

Stalker ✔Where stories live. Discover now