Bab 19

2.3K 77 0
                                    

"Macamana? Dah dapat tahu Miera kat mana?" tanya Firdaus sebaik duduk di kerusi berhadapan Melisa.

"Belum lagi. Aku kenalah tunjuk baik depan Reza kalau nak korek rahsia. Aku kena bagi dia cair dengan aku dulu baru senang dia bagitahu kan."

"Yeke? Hahaha... Aku harap secepat mungkin kita tahu. Aku dah rindu sangat dengan Miera." Firdaus tersenyum sinis.

"Kau ni boleh tahan gatal jugakkan. Sabar boleh. Bukan senang nak pikat si Reza tu. Aku syak dia lah stalker Mr. R yang suka stalking Miera tu. Kalau bukan dia siapa lagi kan. Hmmm.."

"Aku pun rasa benda yang sama jugak. Kita kena bertindak licik supaya Reza takkan tahu kau bersubahat dengan aku. Kalau tak, susah lah nak kesan Miera."

"Ok, aku akan cuba dengan rancangan aku. You can count on me."

"Sejak dia kenal Miera, Miera mula kena stalked kan. Lepastu Mr. R tu hantar chat bukan - bukan kat, Miera. Miera terus berubah dengan aku. Sebelum ni, Miera cuma ada aku je. Kalau aku tahu dia lah dalang sebalik ni, tahulah aku kerjakan dia."

"Cool man. Jangan kau bunuh dia pulak. Tu bakal husband aku.
Ok. Kasi luka sikit takpa. Hahaha..." Gelak Melisa dengan lagaknya. Firdaus ikut sama tergelak.

*****

"Sampai bila awak nak kurung saya, Reza?" Miera merayu dengan pandangan sedih.

"Sampai awak bersedia terima saya dan jatuh cinta dengan saya. Baru saya akan lepaskan awak, sayang."

"Awak tak boleh paksa saya terima awak, Reza. Hati tak boleh dipaksa. Dalam hati saya ada Firdaus Nasuha je. Takda ruang untuk cinta awak lagi." berang Miera.

Reza merenung tajam kearah Miera. Dia marah apabila Miera menyebut nama lelaki yang dia tak suka itu.

"Saya taknak awak sebut - sebut nama lelaki tu lagi. Faham tak? Awak hanya milik saya seorang." Reza seraya mendekati Miera dengan pandangan marah. Miera berundur ke belakang sedikit demi sedikit sehinggalah dia terlanggar dinding.

Reza mendepakan kedua tangannya ke dinding agar Miera tak dapat melarikan diri. Miera merasa cemas dengan situasi itu apabila Reza cuba mendekatkan wajah dia pada wajahnya.

"No, Reza. Jangan. Saya bukan perempuan macam tu. Please." rayu Miera cuba menolak Reza menjauhinya. Apakan daya badannya yang kecil dan tenaga perempuannya tidak dapat melawannya.

Reza menatap Miera dengan pandangan penuh rasa cinta dan sayang. Kenapa kau tak boleh jatuh cinta pada aku, Miera? Kenapa? Jerit hatinya.

"Jangan, Reza." jerit Miera menangis dan melutut takut. Dia tak rela Reza memperlakukan dia seperti itu.

Reza yang tersedar segera menenangkan gadis pujaannya.
Dia bersalah kerana cuba menciumi Miera.

"Maafkan saya, sayang. Saya tak bermaksud tadi." Reza menyesal dan mengucup dahi Miera lembut. Dia melepaskan tangannya dari dinding dan terduduk di sebelah Miera yang sedang menangis tersedu - sedu.

*****

Apakah yang aku rasa tadi? Kenapa hati aku berdegup - degup bila Reza buat macam tu tadi kat aku? Bisik hati Miera. Adakah aku dah jatuh cinta pada dia?

No, Miera. Takkan begitu senang kau cinta akan lelaki yang telah menculik dan mengurung kau? Kau dah gila, Miera.

Apa harus aku buat sekarang? Ya Allah, kau bantulah aku. Doa Miera di dalam solatnya. Selepas Reza pergi, dia terus melakukan solat istikharah meminta petunjuk.

*****

"Reza, saya nak ajak awak dinner dengan saya malam ni." kata Melisa di talian.

"Oh, malam ni mungkin tak boleh lah, Mel. Kalau esuk lunch boleh."

"Errmm...yeke? Awak ada hal ye malam ni?"

"Iye. Maaf ye."

"Ok lah. Kita jumpa esuk lunch, Reza." Melisa hampa tidak dapat jalankan plan dia malam tu. Sabar Melisa. Esuk masih ada. Bisiknya.

*****

"Kita nak makan kat mana ni?" tanya Melisa sebaik bertemu dengan Reza di pejabatnya.

"Kita makan dekat Restoran D Atap. Kat situ sedap makanan dia."

"Ok, saya ikut je." senyum Melisa. Haritu dia memakai pakaian yang agak daring. Selepas tamat sekolah, dia terus free hair dan berubah penampilan menjadi lebih dewasa. Sebab itu, ramai yang menganggapnya seorang wanita yang berkerjaya.

Mereka berdua bergerak pergi menaiki kereta Reza. Melisa yang duduk di sebelah pemandu asyik menatap wajah Reza yang sedang memandang lurus ke jalan.

"Ada apa dengan wajah saya?" soal Reza apabila dia perasan Melisa merenungnya.

"Oh, takda pape. Saja tengok awak."

"Hahaha... Jangan tenung lama - lama. Nanti cair."

Melisa malu dan merah mukanya. Memang da lama cair dah dengan kau. Bisik hati Melisa.

Mereka berdua memilih nasi beriani harini kerana Reza teringin mahu makan. Melisa tak kisah dan mengikut saja.

"Kejap ye. Saya nak ke tandas." izin Reza seraya bangun dari kerusi.

Melisa mengangguk cuma. Dia melihat Reza meninggalkan handphonenya di atas meja dan berlalu pergi.

Hmm... Peluang ni. Melisa memerhati sekitar sebelum mencapai SamsungS7 Reza. Dia membelek - belek mesej dan panggilan keluar masuk di dalam handphone tersebut.

Ada satu mesej yang mencurigakan dia.

'Bos, kami nak duit lagi. Duit da habis beli makanan.  Nanti bos datang cepat ye.'

Hmm... Musykil ni. Kenapa panggil Reza bos? Siapa dorang ni pada Reza? Melisa cepat - cepat meletak kembali handphone Reza pada tempat asal.

"So, lepasni Mel sambung study kat mana?" soal Reza sebaik kembali ke meja mereka.

"Ermm.. Ingat nak sambung study dekat sini je. UKM ke. Tak lah jauh dari family. Senang balik."

"Oh, yang lain? Liyana dengan Ailina? Tak pergi sama - sama?"

"Insyaallah.. Kalau dapat tempat sama, kami pergi lah. Sebab masing - masing minat bidang lain."

"Saya doakan awak semua dapat satu tempat ye. Senang kalau pape nak mintak tolong kan. Lagipun korang dah rapat dari sekolah."

"Betul tu."










#Picture di multimedia adalah contoh scene di mana Reza mencium dahi Miera. Hihihi... Romantik tak Reza?

Stalker ✔Where stories live. Discover now