Bab 9

2.2K 100 0
                                    

Mierul baru melangkah keluar dari hospital sejurus habis kerjanya. Dia mengatur langkah ke keretanya dan mengeluarkan kunci dari poket.

Baru dia nak membuka keretanya, tiba - tiba...

"Jangan bergerak. Serahkan duit dan barang berharga kau." ujar satu suara dari belakang sambil mengunjukkan pisau ke pinggang Mierul.

Mierul tersentak dan kaget. Dia cuba melawan tetapi pisau itu semakin ditusuk ke pinggangnya.

"Baiklah. Kau boleh ambil duit dan handphone aku."

Lelaki yang berada di belakangnya segera menyeluk poket belakang seluar Mierul mencari dompet.

"Hei, kau. Apa yang kau buat tu?" tegur satu suara tak jauh dari mereka.

Mierul dan lelaki itu menoleh ke gerangan suara. Dan..

"Reza."

Lelaki itu tersentak dan agak kaget kerana dia seorang di situ manakala mereka berdua. Jadi dia segera melarikan dirinya ke celah - celah kawasan parking.

"Eh, abang tak papa ke?" soal Reza mendekati Mierul yang cuak sedikit rupanya. Dia yang muda dari Mierul memanggilnya abang kerana Mierul sudah mencecah 30an.

"Ye, Reza. Abang tak papa. Nasib baik Reza datang tepat waktunya kalau tak habis duit dan handphone abang kena kebas. Terima kasih, Reza." ucap Mierul mengusap dada seraya tersenyum kearah Reza.

"Sama - sama abang. Saya ternampak lelaki tadi macam acung sesuatu kat abang tu yang saya datang tengok. Rupanya dia nak rompak abang. Bahaya kawasan parking ni. Abang kena hati - hati."

"Tulah abang tak sangka benda tu terjadi pada abang harini. Abang nak pergi jemput Miera kat sekolah ni. Reza pula dari mana?"

"Saya datang cek luka saya ni. Sebab haritu nurse pesan suruh datang lagi takut ada jangkitan."

"Oh, nanti malam abang nak jemput Reza datang makan rumah abang ye. Boleh? Sebagai tanda terima kasih dan boleh kenalkan pada mama dan papa abang. Miera pun ada sekali. Rumah Reza dekat mana? Biar abang jemput."

"Eh, segan saya. Buat susah - susah je abang. Saya ikhlas tolong."

"Takda susahnya lah. Haritu Reza kena langgar kan dengan pemandu kami. Harini Reza tolong abang pulak. Kira membalas budi lah ni. Rumah Reza dekat mana?" ujar Mierul bersungguh.

"Saya boleh datang sendiri abang sebab rumah saya jauh. Abang mesej saya alamat rumah abang nanti malam saya datang. Ni nombor saya." balas Reza sambil memberikan nombor handphonenya pada Mierul.

"Ok. Nanti datang ye pukul 8.00 malam ni rumah abang. Assalamualaikum." kata Mierul bersalam dengan Reza seraya masuk ke kerusi pemandu.

"Waalaikumsalam."

*****

"Eh, mama. Napa banyak betul lauk malam ni? Macam ramai je nak makan." soal Miera seraya melangkah ke meja makan. Matanya bulat memandang lauk pauk yang enak belaka. Kecur air liur.

"Kata Mierul, ada tetamu kejap lagi. Dia tolong Mierul dari kena rompak petang tadi sebelum ambil adik kat sekolah tadi." balas Pn. Raihana.

"Yeke? Abang takda cerita pun kat Miera." Miera tertanya - tanya.

"Assalamualaikum." salam seseorang dari luar rumah.

"Haa...tu da sampai lah kot. Cepat naik atas pakai tudung Miera." arah Pn. Raihana yang sangat menjaga batas aurat.

Miera kelam kabut naik ke biliknya memakai tudung. Sejurus dia melangkah turun, dia terkejut dengan kehadiran orang yang tidak disangkanya.

"Reza ke yang tolong abang tadi?"

"Ha'a.. Reza lah, Miera. Kebetulan Reza baru keluar dari hospital cek luka dia. Nasib baik ada dia, kalau tidak, tak tahulah apa jadi kat abang tadi." Mierul yang duduk bersebelahan Reza mengukir senyum sambil tangan diletakkan atas bahu Reza.

Reza hanya tersipu malu memandang Miera dan keluarganya.

"Jom lah kita makan dulu nanti sembang lagi. Sejuk nasi tu tak elok pulak untuk tetamu kan." ramah Tn Mikhail mengajak Reza dan anak beranaknya makan.

Usai makan, Reza dan Mierul serta Tn Mikhail bersidang santai di depan tv. Miera membantu mama dan Mak Jah mengemas meja.

"Ni ada pencuci mulut sikit mama sempat buat. Nasib baik Mierul bagitahu awal. Sempat lah mama buat tadi. Jemput makan, Reza. Jangan segan." jemput Pn Raihana membawa sedulang pencuci mulut puding koktail untuk semua.Miera membantu membawa dulang air teh.

"Terima kasih puan. Susah - susah je." Reza tersengih sambil menjamah sesudu puding. Sedap puding yang dibuat Pn Raihana.

"Panggil auntie dengan uncle je. Jangan panggil puan lah ye. Anggap je macam keluarga sendiri. Ni Reza ada mak ayah lagi ke?"

"Ada, auntie. Mak ayah duduk kampung. Saya je sewa rumah di sini dengan kawan."

"Oh, eloklah tu."

Reza menganggukkan kepala sahaja. Miera hanya memandang Reza yang bersoal jawab dengan ibu bapanya tidak menyampuk.

"Ni Reza kerja apa dekat sini?" tanya Tn Mikhail pula.

"Saya kerja sebagai photographer bebas, uncle. Boleh lah untuk survive dekat sini. Mana yang upah saya, saya ambil."

"Oh, photographer ye? Tapi kalau ikutkan susah juga nak bertahan kan. Macam ni lah. Kalau uncle tawarkan kerja di syarikat uncle macamana? Reza nak?"

"Ok tu pa. Mierul setuju sangat." sampuk Mierul.

"Errmmm... Eh takpa lah uncle. Saya tak minta di balas budi. Gaji saya sekarang cukup untuk saya dan keluarga di kampung." tolak Reza dengan baik.

"Takda susahnya. Uncle pun ikhlas nak ambil Reza bekerja. Lagipun memang ada kosong jawatan pengurus dekat syarikat tu. Uncle rasa kamu layak. Macamana Reza terima? Kalau Reza terima, esuk datang pejabat uncle beserta sijil pelajaran, nanti setiausaha uncle akan uruskan kemasukan jawatan kamu ye."

"Terima je Reza. Ini peluang keemasan awak untuk tunjukkan bakat awak tu." sokong Miera tersenyum manis.

"Tapi kerja saya uncle macamana? Saya masih ada customer tetap yang mahukan hasil kerja saya."

"Itu tak payah risau. Reza boleh ambil job Reza kalau ada yang nak. Tapi kerja dengan uncle flexible. Reza boleh ambil cuti masa tu. Ok!"

"Terima kasih, uncle. Saya tak tahu nak ucapkan macamana. Insyaallah esuk saya datang kat pejabat uncle."

"Ni kad uncle. Esuk Reza pergi alamat ni." seraya Tn Mikhail menyerahkan kad nama syarikatnya.

Stalker ✔Where stories live. Discover now