Bab 32

2K 66 0
                                    

"Betul ke apa yang korang nampak tu? Jangan tipu aku." bentak Melisa keras. Dia membuntangkan mata sebaik mendengar khabar dari orang upahannya yang Reza telah melamar Miera di Subak Restaurant.

"Betul, cik Mel. Kami saksikan sendiri lamaran Reza. Miera terima. Ini buktinya." Dua orang lelaki itu menyodorkan sampul berisi gambar - gambar Reza dan Miera.

Lantas Melisa membuka dan melihat isi di dalam. Dia menghentak meja kerana terlampau geram dan marah. Reza dah berpaling tadah dari dia. Berani dia ditinggalkan. Ini Melisa lah.
Anak Dato' Malik. Tiada siapa berani menolaknya. Aku akan pastikan kau terima padahnya Miera kerana menghancurkan hubungan aku dengan Reza. Hahaha, gelaknya dalam hati.

"Aku nak korang buat sesuatu untuk aku. Upahnya lumayan. Tapi pastikan berjalan lancar kalau tak, nahas korang." gertak Melisa dengan wajah kejamnya.

"Baik, cik Mel." Dua orang lelaki tu mengangguk. Melisa membisikkan sesuatu di telinga mereka. Mereka menganggukkan kepalanya tanda faham.

*****

"Nah, kau tengok apa bakal isteri kau buat dengan Reza." Melisa menghempas sampul itu dihadapan Firdaus. Mereka berdua di dalam kelab malam. Melisa selamba meneguk air haram itu. Hatinya sakit.

Firdaus membuka isinya dan terkejut melihat gambar - gambar itu. "Betul ke ni? Bila?"

"Kelmarin. Betul lah. Kau ingat ni gambar superimpose ke? Apa kejadahnya aku nak buat macam tu. Orang aku yang ambil gambar ni." kata Melisa mabuk.

"Habis apa kau nak buat?"

"Kau tanya aku apa nak buat. Apasal kau ni slow sangat, Firdaus? Sini aku bisik kat kau." Melisa menudingkan jarinya pada Firdaus dan menyuruh Firdaus merapatinya.

"What? Are you sure about this? Kalau polis tangkap macamana? Sia - sia masuk jel. Kau ni dah gila, Mel. Nanti nama papa kau tercemar. Fikir lah dulu." Firdaus tak setuju dengan plan Melisa.

"Lantak lah. Apa nak jadi, jadi lah. Aku tak kisah. Kau nak Miera dan Reza bersama? Are you idiot? Habis kita ni macamana? Kena campak je." lantang Melisa tak puas hati.

"Memang aku taknak dorang bersama. Tapi bukan dengan cara ni. Banyak cara lagi, Mel."

"Argh, sudah lah kau. Kalau kau takut, kau jangan campur. Biar aku yang settlekan sendiri. Lelaki penakut macam kau ni memang Miera campak je tepi longkang." kata Melisa kasar yang sudah terliuk lentuk akibat kemabukan. Tangannya digawangkan ke udara.

Firdaus menahan geram apabila dikata penakut oleh Melisa. Ini dah lebih! "Suka hati kau lah, Mel. Kau memang dah takda otak. Crazy you know. Aku blah." Firdaus malas ambik port pasal Melisa dah. Dia marah dituduh penakut tapi dia taknak masuk jel.

Melisa tidak mempedulikan Firdaus yang pergi. Dia sibuk dengan dunianya.

*****

Haritu rombongan Reza datang meminang Miera di rumahnya. Tn. Mikhail dan Pn. Raihana terkejut dengan kedatangan tersebut.

Kali ni, Tan Sri Rayhan dan Puan Sri Natalie yang datang sendiri dari London meminang Miera untuk anaknya. Setelah Reza menyatakan hasrat dan perasaannya pada semua keluarganya, mereka mengikut sahaja kehendak anak kedua mereka itu.

Walaumacamana cara pun hanya Miera yang dapat menyembuh kembali ingatan Reza. Dan terbukti Reza mula mengingat masa lalunya.

Stalker ✔Where stories live. Discover now