Firdaus cemas apabila talian di sana dimatikan. Apa yang berlaku pada Miera? Dia berada dengan siapa di tempat letak kereta? Tanyanya pada diri sendiri. Dia cuba menghubungi telefon Miera semula tetapi tidak dapat disambung.
Apabila dia pergi ke tempat letak kereta tadi untuk mencari ,Miera, tiada bayang Miera pun kelihatan. Apa yang terjadi sebenarnya? Dia risau dengan keadaan Miera.
Firdaus yang membawa motor segera menderum pergi ke rumah Miera untuk mengkhabarkan pada Tn Mikhail dan Pn Raihana akan kehilangan anak mereka.
Setiba di rumah Miera, Firdaus segera memberi salam dan di jawab oleh Mak Jah.
"Masuklah, nak. Kawan Miera ye. Miera keluar belum balik lagi."
"Saya nak beritahu yang Miera hilang, Mak Jah. Tadi saya nak jumpa dia dekat City Mall. Saya suruh dia tunggu saya datang. Lepas saya datang, saya telefon dia dan dia kata dia ada dekat tempat letak kereta dengan seseorang. Belum sempat dia beritahu tiba - tiba talian mati, Mak Jah." terang Firdaus.
"Ya Allah. Miera hilang ke? Mak Jah kena beritahu Tn Mikhail dan Pn Raihana ni." Mak Jah bergegas menghubungi kedua majikannya.
*****
"Macamana Miera boleh hilang, Firdaus? Daus dah cari Miera ke tadi?" cemas Pn Raihana bertanya sebaik semua ada di rumah. Tn Mikhail dan Mierul turut merasa cemas apabila sampai tadi. Mereka mengenali Firdaus kerana Firdaus adalah salah seorang anak kenalan bisnes Tn Mikhail.
"Saya tak pasti, auntie. Tapi saya dah cari Miera kat tempat letak kereta belakang City Mall tadi tapi Miera dah takda. Saya hubungi nombornya pun tak dapat disambung. Maafkan saya auntie, uncle. Saya tak dapat jaga Miera dengan baik." Firdaus menyalahkan dirinya atas kehilangan Miera.
"Hmm... Bukan salah kamu Miera hilang. Mungkin dia berjumpa dengan teman yang lain atau sesuatu terjadi pada dia." Tn Mikhail tidak mahu Firdaus salahkan dirinya terus.
"Kita kena report polis, papa. Mierul nak hubungi kawan Mierul yang kerja polis kejap." Mierul segera beredar ke luar mencari ruang bercakap dengan kawan polisnya.
"Saya risaukan Miera, abang. Dialah satunya anak perempuan kita. Saya tak mahu kehilangan dia." Pn Raihana menahan sebak dan sedih kehilangan Miera.
"Sabar, Ana. Kita doakan Miera tak pape."
Firdaus bangun dari kerusi dan beredar ke luar untuk menghubungi teman rapat Miera iaitu Liyana, Ailina dan Melisa.
Dia ingin bertanya jika mereka tahu di mana Miera berada. Firdaus hampa kerana Liyana dan yang lain turut cemas dan tidak tahu Miera di mana.
"Saya dah hubungi teman rapat Miera dan mereka pun tidak tahu di mana Miera berada, auntie..uncle."
"Mierul dah tanya pada kawan Mierul, Inspektor Azman. Dia kata kena tunggu sampai 24 jam baru boleh buat laporan polis kehilangan Miera. Jadi sekarang kita kena tunggu cukup 24 jam baru boleh pergi balai polis, papa..mama." Mierul memberitahu sebaik muncul dari luar.
"Baiklah. Daus balik dulu. Nanti uncle hubungi Daus untuk jadi saksi kehilangan Miera. Terima kasih sebab membantu keluarga uncle ye."
"Baik, uncle, auntie dan abang. Daus balik dulu." kata Firdaus seraya bersalam dengan mereka dan melangkah pergi.
*****
Malam itu, Firdaus menerima mesej whatsapp dari Liyana.
-Conversation-
Liyana
Daus
Miera ada bagitahu
kiteorang haritu yang
Reza ada lamar dia
haritu tapi dia tolak
Apa mungkin ke Reza
ada kena mengena
dengan kehilangan
Miera?Firdaus
Yeke, Ana?
Napa tak bagitahu tadi?
Miera pun takda cerita
pasal hal itu kat aku
Aku pun rasa Reza
ada kena mengena
dalam hal niLiyana
Nanti kau
beritahu uncle Mikhail
pasal ni
Aku baru teringat tadi
SorryFirdaus
Ok,
Thanks Ana.-Firdaus offline-
*****
"Hello, assalamualaikum, abang Mierul. Saya baru tahu dari Liyana tadi yang Reza ada bawa Miera keluar haritu. Reza ada lamar Miera tapi Miera tolak sebab dia tak bersedia dan tak cintakan Reza. Saya rasa Reza ada kaitan." Firdaus memberitahu Mierul sebaik sahaja talian disambung.
"Waalaikumsalam. Betul ke Firdaus? Baik, nanti abang tanya pada Reza sendiri. Tapi kita tak boleh tuduh melulu. Kena siasat dulu. Terima kasih bagitahu abang."
Mierul segera menghubungi Reza pula.
Tuut...tuut...
"Hello, Reza. Reza kat mana? Abang nak jumpa Reza boleh?"
"Hello, abang. Saya kat rumah. Harini saya mc sebab demam.
Boleh. Kita jumpa kat mana?""Oh, maaf abang tak tahu. Kita jumpa kat starbucks malam ni." talian diputuskan.
Malam itu di cafe...
"Ada apa abang nak jumpa saya ni?" spontan Reza bersuara sambil terbatuk - batuk setelah mereka duduk di meja cafe.
"Miera hilang. Reza tahu?"
"Apa? Miera hilang? Bila? Saya baru tahu." Reza cuba beriak selamba.
"Tengahari tadi. Miera keluar ke City Mall jumpa dengan Daus. Tiba - tiba Daus beritahu Miera hilang. Abang pun bimbang dengan kehilangan adik abang ni."
"Saya pun risau jugak abang. Habis dah buat report polis belum?"
"Belum lagi. Kawan abang cakap tunggu 24 jam baru boleh buat. Abang nak tanya Reza ni. Betul ke Reza lamar Miera untuk jadi isteri Reza?"
"Oh. Betul, abang. Saya cintakan Miera dan ingin jadikan dia isteri saya tapi dia tak cintakan saya. Saya kecewa tapi saya tak boleh buat apa. Tu keputusan Miera." Reza menunjukkan riak sedih.
"Maafkan abang sebab tanya soalan ni. Abang tak halang korang berdua nak bercinta tapi kalau Miera tolak, abang pun tak boleh buat apa. Abang harap Reza dapat terima dengan baik. Maafkan adik abang ye."
"It's ok, abang. Saya pasrah. Saya harap Miera bahagia."
"Terima kasih Reza doakan adik abang. Abang harap Reza dapat jumpa perempuan yang cocok dengan Reza."
"Insyaallah abang."
YOU ARE READING
Stalker ✔
Teen FictionSTORY ini dikarang berdasarkan PENGALAMAN seBENAR dan IMAGINASI penulis. Walaupun tak seHEBAT novel lain dan banyak sangat DRAMA dalam cerita ni, PENULIS harap READERS enjoy baca ye. Percubaan pertama penulis mengarang cerita dalam WATTPAD. Kalau...