"Assalamualaikum, Reza." salam seseorang yang dikenali Reza di talian.
"Waalaikumsalam, Ma."
"How are you in Malaysia, dear? I missed you so much, Reza.
"I missed you too, Ma. I'm fine here. Where's dad? How was he? Is it okay in there?"
"Dad's fine. Thank god you are okay. Dad send his regards. We are alright in here, dear. When are you coming here visit us?"
"I'm not sure, Ma. I've a work to settle. But as soon as possible I'll fly to visit you all. I promise. And you've got surprise from me. Wait okay, Ma."
"Wah... I'm so excited, Reza. We all love you. Take care yourself in there. Missed you a lot."
"Send my regards to dad and the others, Ma. Love you too. Bye." Reza menamatkan perbualannya dengan seseorang yang dipanggilnya Mama.
Dia tersenyum seorang diri. Itulah insan yang paling penting dalam hidupnya. Walaupun berjauhan dengan keluarganya, dia tak pernah lupa akan mereka.
*****
'Reza, masuk bilik saya sekarang.'
Terdengar suara Tn Mikhail di interkom dalam bilik Reza. Reza segera menekan kembali punat interkom itu. "Baik, Tuan."
Dia bergegas bangkit dari kerusi dan mengatur langkah ke pintu menuju ke bilik Tn Mikhail.
Tuk...tuk...
Reza mengetuk pintu bilik Tn Mikhail.
"Masuk." panggil Tn Mikhail dari dalam.
Reza membuka pintu dan melangkah masuk. "Duduk, Reza." arah Tn Mikhail. Reza meletakkan punggungnya di atas kerusi berhadapan meja kerja Tn Mikhail.
"Reza, awak tahukan tentang Miera yang masih tak dapat dijumpai sampai sekarang?" Tn Mikhail memulakan perbualan.
"Ye, Uncle. Saya tumpang simpati. Polis masih tak dapat menemui Miera lagi ke?" jawab Reza dengan riak biasa. Di depan staff, dia memanggil dengan panggilan Tuan tapi bila berdua dia memanggil Uncle.
"Belum, Reza. Polis pun masih tak dapat jumpa sampai sekarang. Uncle risau sangat dengan keadaan auntie kamu. Dia nampak tertekan. Uncle.ingat uncle nak buat majlis solat hajat di rumah. Nak minta supaya Miera dapat pulang dengan selamat. Dan uncle akan buat sidang media dekat wartawan untuk siarkan berita pasal ni. Uncle nak bagi ganjaran pada sesiapa yang dapat jumpa Miera." beritahu Tn Mikhail penjang lebar.
Reza terkesima mendengar ayat dari mulut Tn Mikhail. "Tapi uncle, saya rasa kalau penculik tu tahu pasal ganjaran tu, mesti nyawa Miera dalam bahaya, uncle. Better kita jangan hebohkan. Saya yakin Miera dalam keadaan baik je. Kita just buat solat hajat je, uncle."
"Errm.. Betul jugak. Uncle pun baru cadangkan je. Kalau memikirkan keselamatan Miera, uncle takkan buat. Uncle taknak auntie tambah stress."
"Ye, uncle. Saya pun rasa macam tu. Uncle jangan risau. Saya akan turut mencari Miera juga sampai ketemu ye." pujuk Reza. Dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu kerana telah berbohong. Kerana ingin dapatkan Miera, keluarga Tn Mikhail terbabit sama.
"Terima kasih, Reza. Kalau tiada kamu dalam syarikat ni dan dalam keluarga uncle, tak tahu lah macamana uncle nak hadapinya. Mierul pun sudah ada kerjanya sendiri. Uncle rasa penat nak uruskan syarikat ni seorang diri."
"Takpa uncle. Saya akan tolong sedaya upaya saya. Uncle jangan bimbang."
*****
"Hai, Daus. I have a good news and bad news for you." Melisa menyeringai di depan Firdaus sebaik mereka bertemu di cafe.
"What is it? Aku rasa takut pulak nak dengar."
"Good news, aku mungkin dah dapat klu Miera kat mana. Bad news, Miera berada di tangan Reza."
"Apa? Aku dah agak dah. Mesti kerja Reza ni. Apa klu yang kau dapat? Tell me."
"Masa aku dengan Reza lunch, Reza tertinggal handphone dia kat meja kami. Masa tu dia pergi tandas. Aku pun ambik handphone dia dan cek mesej dan call log dia." Melisa terhenti di situ.
"And then?"
"And guess what, aku baca satu mesej ni yang menyatakan Reza mengupah lelaki yang panggil dia bos suruh masukkan duit dalam bank sebab duit dorang dah habis. Kau fikir..."
"Errmm... Tapi apa kena mengenanya?" Firdaus terkeliru.
"Hei, sejak bila kau ni jadi slow, Daus. Tu tandanya, Reza upah lelaki tu jaga Miera lah. Adoii.. Maybe duit dorang nak guna dah habis jadi suruh Reza bagi duit lagi. Tapi yang aku pelik Reza kerja dengan Tn Mikhail je. Mana dia dapat duit banyak nak bayar upah lelaki tu?"
"Hmm.. Masuk akal jugak lah. Pasal duit Reza tu biarkan dulu. Nanti kita bincang lagi. Now aku kena ekori Reza pergi mana lah nak tahu dia pergi tempat Miera ditahan ke. Kan?"
"Yep, babe. Kau kena bertindak dari sekarang. Tugas aku dah selesai kat sini. Kau pulak yang sambung."
"Ok, up to me now."
"But make sure he does'nt notice you, okay. Jangan kau pergi belasah dia pulak. He's mine." Melisa terkekeh gelak.
#Sorry pendek tapi author kekurangan idea. Harap korang layan baca je. Hiiii....
YOU ARE READING
Stalker ✔
Teen FictionSTORY ini dikarang berdasarkan PENGALAMAN seBENAR dan IMAGINASI penulis. Walaupun tak seHEBAT novel lain dan banyak sangat DRAMA dalam cerita ni, PENULIS harap READERS enjoy baca ye. Percubaan pertama penulis mengarang cerita dalam WATTPAD. Kalau...