Bab 28

1.8K 63 3
                                    

"Hai, Mel." ucap Miera menoleh menghadap mereka berdua.

"Mie..mie..miera.. Kau buat apa kat sini?" jawab Melisa tergagap - gagap. Dia tergamam apabila melihat Miera di meja sebelah.

"Kau pulak buat apa kat sini dengan Reza ni? Dating ke? Upps, aku kacau korang ke. Sorry lah eh. Aku tak tahu pulak kau sanggup tikam aku dari belakang kan. Kawan macam apa kau ni kan. Kau tipu apa pada Reza haa?" bentak Miera seraya bangun dan menunjuk jarinya pada Reza.

Reza yang kebingungan segera bangun. Dipandangnya lama wajah wanita di depannya itu. Dia seperti pernah lihat wajah itu. Tapi dia tak berupaya mengingat dimana. Dia memegang kepalanya kerana sakit.

"Re..reza.. You tak pape ke?" Melisa panik dan memegang lengan Reza.

"I macam pernah lihat dia lah. Tapi I tak ingat kat mana. Wajah dia terlintas dalam fikiran I. Siapa awak ni dalam hidup saya?" Reza memicit kepalanya sambil bertanya pada Miera.

"Awak tak ingat saya ke, Reza? Sayalah gadis yang pernah awak cintai suatu masa dulu sebelum awak amnesia. Kenapa awak boleh ada dengan Melisa sekarang ni?" mata Miera berkaca melihat Reza yang tidak upaya mengingatnya. Dia sedih kerana Reza seperti itu.

"Saya tak ingat. Aduh." Reza terduduk.

"Kita pergi hospital sekarang ye. Maaf Miera, aku terpaksa bawa Reza berjumpa doktornya. Jangan pressure dia, please." ujar Melisa yang cepat memapah Reza menuju ke kereta mereka.

"We are not done yet, Mel. I need explanation and you have to." tegas Miera dan membiarkan mereka berlalu pergi. Hatinya geram dan sakit melihat Reza dipegang oleh Melisa. Bagai mencurah minyak ke dalam api. Macam itulah hatinya yang panas membara.

*****

Di hospital, Reza dimasukkan ke wad kerana sakit kepalanya. Doktor peribadinya, Dr. Hani memberikan suntikan penenang kepada Reza untuk merehatkan dirinya dari berfikir.

"Macamana Reza, dr.?" tanya Dato' Rayman cemas sebaik tiba tadi. Dia diberitahu oleh Melisa tentang Reza. Dia sebagai penjaga Reza bimbang dengan keadaan anak buahnya itu. Ikutkan mahu dihantarnya Reza balik London tapi Reza yang tak mahu.

"He's fine. Cuma jangan pressure dia sangat untuk ingat masa lalu dia. Kesan dari hentakan dulu tu sebabkan kepala dia sakit. Biarkan dia ingat sendiri perlahan - lahan." jelas Dr. Hani tersenyum.

"Baik, dr. Thank you. I will. Boleh kami jenguk dia?"

"Sure, dia sedang rehat sekarang." izin Dr. Hani.

Dato' Rayman dan isterinya serta Melisa bergegas masuk ke dalam wad Reza. Reza terbaring di atas katil dalam keadaan tidur. Mereka mendekati Reza.

"Macamana boleh jadi macamni, Mel?" soal Dato' Rayman memandang Melisa.

"Kami tengah makan dekat restoran tadi, uncle. Lepastu Miera datang dan dekati kami. Terus Reza jadi macamni. Maaf uncle Mel tak jaga Reza dengan baik." pohon Melisa sedih.

Dia tergamam apabila melihat Miera tadi. Apa yang akan di jawabnya nanti bila bertemu Miera lagi. Otaknya tengah buntu sekarang. Reza sekarang dah jadi milik dia. Dia telah memanipulasi keadaan Reza dengan mengaku sebagai girlfriend Reza sebelum dia accident. Betapa gembiranya dia bila Reza menerimanya tanpa banyak soal.

Sekarang Miera dah kacau daun. Boleh terjejas plan dia untuk berkahwin dengan Reza. Dia harus masukkan Firdaus dalam plannya.

Stalker ✔Where stories live. Discover now