"Mimi, harini saya balik awal sikit sebab saya ada hal kat luar. Saya da inform Tuan Mikhail pasal ni. Kalau sapa - sapa cari saya, bagitahu saya busy." pesan Reza berjalan mendekati meja setiausahanya yang berada di depan bilik.
"Baik, boss."
Reza mengatur langkah ke arah lif dan menekan punat di depan lif tersebut. Sebaik pintu terbuka, dia memasukinya dan segera pintu tertutup kembali.
Sampai di tingkat bawah, Reza berjalan keluar dari dalam lif dan mengatur langkah keluar dari bangunan tinggi tersebut. Dia mengeluarkan handphonenya dan menghubungi seseorang.
"Hello, aku sampai lagi satu jam. Macamana dia?" Reza bercakap di talian. "Ok, korang tunggu dan jaga dia elok - elok." Reza mematikan panggilannya dan memasukkan handphone ke dalam poket seluarnya kembali.
Dia mengatur langkah ke arah car park di mana keretanya berada. Tanpa dia sedari, ada seseorang yang memerhatikan dia dari dalam sebuah kereta Honda Vtec warna putih.
Sebaik membuka pintu kereta, Reza bergegas memasuki tempat pemandu dan menghidupkan enjin. Usai itu, dia menderum pergi meninggalkan bangunan syarikat Tn Mikhail.
Kereta Vtec tersebut mengekori perlahan kereta Reza dari belakang. Takut Reza menyedari dirinya diekori. Sampai di traffic light, kereta Vtec tersebut berhenti selang beberapa buah kereta dari kereta Reza.
Reza yang tidak menyedari keretanya diekori segera meneruskan perjalanan sebaik lampu bertukar hijau.
"Mana kau nak pergi, Reza?" bisiknya sendirian melihat tajam ke kereta Reza.
Hampir setengah jam perjalanan, Reza memberhentikan keretanya di depan sebuah bank dan bergegas masuk ke dalam. Kereta Vtec tersebut turut berhenti tidak jauh dari situ memerhatikan pergerakan orang yang diekorinya. "Hmm... Keluar duit ke? Menarik ni."
Tidak lama kemudian, kelibat Reza keluar dari bank dengan memegang bungkusan sampul tebal. Dia berjalan pantas ke kereta dan tidak sampai lima minit, keretanya menderum pergi.
"Kau takkan terlepas dari aku, Reza. Bawa aku ke tempat Miera sekarang." ujarnya lagi tersenyum sinis.
Sampai di sebuah perkampungan, Reza membelok masuk ke dalam jalan hutan. Kereta Vtec tersebut mengekori agak jauh bimbang disedari Reza.
Reza berhenti di depan sebuah rumah yang agak usang dan tersadai sebuah Proton Saga di depannya. Usai matikan enjin, dia melangkah keluar dari kereta dan mengatur langkah ke dalam rumah tersebut sambil memegang bungkusan.
Honda Vtec yang dipandu orang itu segera diberhentikan agak jauh dari rumah tersebut. Muncullah Firdaus keluar dari dalam kereta.
"Aku dah agak kau sorokkan Miera di sini, Reza. Tak sangka begitu mudah kau bawa aku ke tempat Miera." Firdaus melangkah berhati - hati menuju ke rumah yang di masuki Reza tadi.
*****
"Nah, habuan korang jaga dia." Reza menghulurkan bungkusan tebal di tangannya kepada Kamal dan Mad sebaik memasuki rumah tempat Miera dikurung.
"Wah, masyuk, boss. Terima kasih." ujar Kamal gembira sambil membuka bungkusan dan terlihatlah wang kertas tersusun elok di dalamnya.
"Korang da bagi dia makan dah?"
"Jangan risau, boss. Ditanggung beres."
Reza berpuas hati dan mengatur langkah ke arah bilik Miera dikurung.
"Hai, sayang. Miera sihat?" tanya Reza sebaik membuka pintu.
Miera yang hanya duduk di penjuru katil hanya mendiamkan diri memandang Reza.
"Kenapa diam je ni? Miera tak sihat ke?" Reza risau dan mendekati Miera.
"Bila awak nak lepaskan saya, Reza?"
"Saya akan lepaskan awak kalau awak dah cintakan saya. Macamana perasaan awak sekarang?"
"Saya....saya tak pasti. Tapi saya amat rindukan keluarga saya. Please Reza bagi saya jumpa dorang walaupun sekejap." rayu Miera dengan sayu.
Reza menangkap pandangan sedih Miera tapinya egonya terlampau tinggi. "Tapi awak takkan kembali pada saya dah kan kalau saya lepaskan awak jumpa dorang?"
"No, saya akan kembali pada awak kalau itu yang awak nak." perasaan Miera bercampur baur terhadap Reza. Antara suka dan tidak. Setelah dia melakukan solat istikharah, dia mendapat petunjuk bahawa Reza yang muncul di dalam mimpinya bukan Firdaus. Cuma dia takut untuk berterus terang.
"Maknanya awak dah terima saya, sayang?" Reza tersentak dengan kata - kata Miera. Dia tersenyum.
Miera serba salah tak tahu nak jawab apa. Dia terkebil - kebil di depan Reza.
"Bagi saya masa sikit lagi. Mungkin saya terima awak." Miera bangun dari duduknya dan membelakangi Reza.Reza yang terlampau gembira dengan kenyataan Miera itu terus memeluk Miera dari belakang erat. Miera tergamam dengan tindakan Reza.
"Please lepaskan saya dari pelukan awak. Saya bukan halal lagi untuk awak, Reza." marah Miera dengan muka yang membahang merah. Dia menolak rangkulan Reza. Jantungnya berdegup laju dan terasa malu dipeluk sebegitu oleh lelaki.
"Maafkan saya, sayang. Saya terexcited tadi." Reza cuba mengawal riak mukanya yang malu dengan perlakuan luar batasannya. Dia tanpa sedar melakukannya tadi.
Tanpa mereka sedari, Firdaus yang mengintip dari luar mendengar semua perbualan itu. Hatinya meluap - luap marah dan sakit hati.
'Korang boleh berasmara dekat sini sementara aku macam orang sasau cari kau, Miera. Korang memang cari nahas. Tahulah aku ajar kau, Reza.'
Firdaus mengepal penumbuknya dengan riak marah.Dia segera mengeluarkan Iphone dari poket dan menghubungi polis. Reza harus dimasukkan ke penjara kerana menculik Miera. Dan Miera akan jadi milik dia selamanya. Gelaknya sendiri.
*****
"Boss, bunyi siren polis dekat depan rumah ni." ujar Kamal tiba - tiba menyergah masuk ke dalam bilik diduduki Miera dan Reza.
"Apa? Macamana polis boleh tahu tempat ni?" Reza tersentak kaget dan memandang marah pada Kamal. "Ke korang yang telefon polis? Korang nak tipu aku ye?"
"Tak, boss. Bukan kami. Kami tak tahu apa - apa. Macamana ni, boss?"
Masing - masing cemas dan kelam kabut. Miera bersyukur dia dapat diselamatkan dalam masa yang sama keliru dengan perasaannya pada Reza.
"Anda telah dikepung. Sila serahkan diri anda." laung suara seorang polis dari luar rumah. Beberapa anggota polis telah mengepung rumah tersebut.
"Takda jalan lain. Kita kena menyerah diri." Reza membuat keputusan akhirnya. Mereka tiada jalan untuk melarikan diri. Kamal dan Mad selaku orang upahan setia Reza mengikut arahan ketuanya.
Reza dan kedua anak buahnya berjalan keluar dari rumah tersebut dengan diekori Miera dari belakang.
"Gari mereka. Dan bawa mangsa culik untuk diperiksa." arah Inspektor Azman selaku pegawai polis berpangkat yang mengendalikan kes itu.
"Baik, tuan."
"Siapa yang telefon polis?" tanya Miera kepada Inspektor Azman tersebut.
"Saya, Miera. Saya ekori Reza sampai ke rumah ni dan temui awak. Nasib baik awak selamat." kata Firdaus yang muncul di sebalik kereta polis.
#Saspen tak? Maaf kalau ada typo dan enjoy baca. Picture di multimedia scene dimana Reza memeluk Miera. Maaf korang bayangkan je ye. Do vomment. Okay. :)
YOU ARE READING
Stalker ✔
Teen FictionSTORY ini dikarang berdasarkan PENGALAMAN seBENAR dan IMAGINASI penulis. Walaupun tak seHEBAT novel lain dan banyak sangat DRAMA dalam cerita ni, PENULIS harap READERS enjoy baca ye. Percubaan pertama penulis mengarang cerita dalam WATTPAD. Kalau...