Bab 8

2.3K 100 0
                                    

"Aku nak pergi tandas jap lah. Korang cari lah buku dulu." kata Miera, yang mudah ke tandas.

"Ok." jawab yang lain

Miera mengatur langkah ke tandas di tingkat itu seorang diri. Dia dah biasa ke situ dengan mamanya membeli belah.

Miera terasa seperti diekori dari belakang. Dia menoleh tetapi tiada orang yang mengikutinya
pun. Mungkin perasaannya sahaja.

Usai keluar dari tandas, Miera terdengar namanya dipanggil.

"Miera."

Miera menoleh dan terkejut Reza ada di belakangnya.

"Eh, Reza. Awak buat apa kat sini? Tak sangka jumpa awak kat sini."

"Hai, Miera. Kebetulan saya datang sini cari barang. Saya ternampak awak keluar dari tandas, jadi saya tegurlah awak. Hihi... Awak pula buat apa kat sini?"

"Oh, saya dengan kawan sekolah saya. Kami saja keluar nak hilangkan stress. Kawan saya ada dekat kedai buku. Jom join kami. Boleh saya kenalkan awak dengan kawan saya. " ajak Miera tersenyum ramah.

"Hmm...Ok." Mereka berdua pun beriringan jalan ke kedai buku.

*****

"Girls, kenalkan Reza Harriz. Kembar Jerry yan yang korang nak jumpa sangat tu." kata Miera sebaik jumpa dengan temannya di rak novel.

Mereka bertiga terkejut dan melihat Miera bersama seorang lelaki yang persis seperti Jerry Yan, pelakon Taiwan itu.

"Wah." ucap Ailina.

"Ehem." Melisa tersedak.

"Hmmm." Liyana mendengus.

"Hai, saya Reza Harriz. Kawan Miera. Mesti Miera dah cerita pasal saya dekat korang kan." Reza memperkenalkan diri seraya tersenyum manis.

"Hai, saya, Ailina. Dan sebelah kiri saya, Melisa. Ini pula Liyana. Selamat kenalan. Ye, kami dah kenal awak." Sampuk Ailina tersengih malu dan teruja apa yang dicakapkan Miera benar.

"Selamat kenalan. Boleh lah kita berkawankan? Kawan Miera, kawan saya jugak."

"Oh, boleh je. Saya sudi. Awak photographer apa? Saya suka tengok hasil kerja awak pada gambar Miera kelmarin. Kerja yang bagus." ujar Melisa.

"Saya photographer bebas. Biasa je mungkin sebab Miera memang da semulajadi cantik, sebab tu gambar tu nampak elok. Saya bukan professional sangat. Hehe..."

"Ok lah. Korang sembang lah. Aku nak cari novel jap. Nanti Firdaus dan yang lain cari pula." sampuk Miera seraya menyelak novel terbaru.

Usai mereka membayar, handphone Miera masuk whatsapp.

"Korang, Firdaus ajak tengok wayang. Nak tengok tak?" beritahu Miera pada temannya.

"Ok jugak. Sesekali tengok movie best jugak." setuju Liyana.
Ailina dan Melisa hanya mengangguk.

"Awak nak join sekali tak, Reza?" soal Miera.

"Eh, takpa lah. Nanti saya ganggu je korang semua. Nanti yang lain tak selesa pula ada saya."

"Ala, takpa je. Kiteorang ada. Awak tak ganggu lah." celah Ailina.

Stalker ✔Where stories live. Discover now