Miera tersedar dari pengsan. Perlahan dia membuka matanya dan menyedari dirinya berada di atas katil dalam sebuah bilik. Dia cuba bangun tetapi tangannya diikat di tiang katil.
Kat mana aku ni? Kenapa aku diikat? Last aku jumpa Reza tadi Firdaus call dan lepastu aku pengsan. Mana Reza? Apa dah terjadi sekarang ni? Miera cuba mencerna balik ingatannya sebelum pengsan tadi.
Miera melihat shawl yang di pakainya telah di cabut dari kepala. Alamak rambut aku nampak lah. Miera merasa malu kerana auratnya telah dilihat penculiknya. Miera cuba mencari shawlnya atau apa - apa kain untuk menutup kepalanya tetapi hampa.
Tiba - tiba pintu dikuak dari luar, muncul seorang lelaki berhoodie menutup kepala sambil memegang bungkusan.
Miera tidak dapat melihat dengan jelas kerana cahaya samar - samar. Lelaki itu meletakkan bungkusan tadi di atas meja dan mendekati Miera.
Jangan dekat. Nanti saya jerit. Siapa awak? Napa awak culik saya?" Miera cuba bergerak ke hujung kepala katil. Dia merasa cemas lelaki itu mahu mengapakan dia.
Lelaki tersebut membuka penutup hoodienya. Miera terkejut kerana lelaki itu ialah..
"Reza. Awak yang culik saya?"
"Ye, saya yang culik dan bawa awak ke sini, Miera. Hahaha..." Reza tersenyum sinis dan menyeringai seraya duduk di penjuru katil menatap gadis pujaannya.
"Sampai hati awak buat saya macam ni. Apa salah saya pada awak, Reza?" tangis Miera tersedu - sedu. Tak sangka Reza sanggup buat dia macam ni.
"Sebab awak tolak cinta saya, Miera. Awak dah hancurkan hati saya. Awak tahu saya dah lama sukakan awak kenapa awak pergi dekat Firdaus. Lagipun awak lagi cantik bila tak bertudung. Hihihi.." puji Reza yang kagum dengan kecantikan semulajadi Miera.
"Awak tahu saya dah lama berkawan dengan Firdaus. Saya memang sukakan dia sebelum awak, Reza." Miera agak takut dengan sengihan dan kata - kata Reza. "Apa awak nak buat dekat saya, Reza? Apa maksud awak?"
"Sebenarnya saya nak mengaku dekat sini yang sayalah stalker Mr. R tu. Hahaha... Saya yang intip awak dari awak balik sekolah sampai awak pergi City Mall haritu. Saya lah orangnya."
"Saya tak sangka awak sanggup tipu saya, Reza. Awak penipu. Pendusta. Awak bukan seperti yang saya gambarkan. Ternyata awak lebih teruk dari tu." jerit Miera marah. Hatinya meluap - luap dengan penipuan Reza. Dan dia merasa tertipu kerana senang terpedaya dengan Reza selama ni.
"Maafkan saya, Miera. Saya tak bermaksud nak buat awak macam ni. Saya lakukannya kerana nak melindungi awak. Lagipun saya nak jadikan awak milik saya seorang. Bukan Firdaus."
"No. Saya takkan sukakan awak. Lepaskan saya Reza. Bagi saya pulang ke rumah. Tentu keluarga saya bimbangkan saya sekarang ni. Please, Reza. Let go of me." rayu Miera.
"Saya takkan lepaskan awak, Miera. You are mine. Mine forever. I love you, Miera. Please accept me." Reza cuba mendekati Miera.
"Arrghh..jangan dekat saya. Pergi...."
Reza membuka ikatan tangan Miera. "Saya dah beli makanan dan air. Awak makan lah. Saya tunggu di luar. Jangan cuba larikan diri, Miera. Tempat ni jauh dari orang." Reza menatap Miera sebelum berjalan lemah keluar dari ruang tersebut.
Miera mengalirkan air mata dan memeluk lutut di atas katil. Dia kesal dengan perbuatan Reza. Dia menyesal mengikut Reza ke keretanya. Kalau tak dia mungkin dah jumpa dengan Firdaus dan berada di rumah.
Miera memerhati sekeliling dan cuba mencari beg tangannya tapi tiada. Dia melihat tingkap bilik dan cuba membukanya tapi berkunci dari luar.
Miera geram dan berfikir mencari jalan keluar dari bilik tersebut. Dia tak sentuh makanan yang ada di meja kerana seleranya dah mati dengan penipuan Reza tadi.
Akhirnya dia terduduk di tepi katil mengenangkan nasibnya.*****
Keluarga Tn Mikhail telah membuat laporan polis setelah cukup tempoh 24 jam dibantu kawan Mierul yang bertugas, Inspektor Azman.
Firdaus telah memberi keterangan perihal kejadian kehilangan Miera. Inspektor Azman berjanji akan mengarahkan anak buahnya mencari Miera di sekitar tempat kejadian.
"Abang, macamana hal Reza tu? Abang da tanya dah?" soal Firdaus kepada Mierul sebaik selesai beri keterangan.
"Dah. Tapi bukan dia yang buat sebab dia tak tahu apa - apa pasal Miera hilang. Lagipun dia mc semalam demam. Abang tengok pun dia terbatuk - batuk. Abang tak yakin dia yang buat. Motif kehilangan Miera pun mungkin penculikan."
"Dia ngaku ke dia lamar Miera haritu?"
"Ye, dia mengaku dan dia pasrah Miera tolak cinta dia. Dia tak paksa Miera. Firdaus jangan fikir dah ye. Tau lah polis buat kerja cari Miera. Kita sama - sama doa Miera tak pape."
"Baiklah, abang."
*****
"Korang. Aku risau dengan kehilangan Miera lah. Aku harap dia tak pape. Hmm.." kata Liyana sebaik jumpa dengan Melisa dan Ailina di cafe.
"Aku pun risau jugak ni." balas Melisa.
"Aku pun. Kalau lah kita ada sekali dengan Miera, mungkin Miera masih selamat lagi. Aku kesian dengan mama Miera. Mesti dia risau anak perempuan dia hilang." sahut Ailina.
"Entah - entah Mr. R tak yang culik Miera. Miera kan ada cerita Mr. R tu stalking dia. Lepastu siap hantar madah lagi."
"Boleh jadi jugak. Tapi kita tak tahu Mr. R tu siapa. Macamana kita nak kesan dia sedangkan akaun dia pun kita tak tahu. Miera pun tak tahu."
"Apa yang harus kita buat untuk tolong Miera?"
"Kau rasa Reza ada kaitan tak?"
"Hmmm...aku pun tak tahu. Kita tak boleh tuduh melulu. Biarlah pihak polis yang selesaikan kes ni. Aku harap Miera dapat dijumpai."
"Aku pun harap Miera kembali pada family dia."
"Kita sama - sama doakan dia ye, korang."
YOU ARE READING
Stalker ✔
Teen FictionSTORY ini dikarang berdasarkan PENGALAMAN seBENAR dan IMAGINASI penulis. Walaupun tak seHEBAT novel lain dan banyak sangat DRAMA dalam cerita ni, PENULIS harap READERS enjoy baca ye. Percubaan pertama penulis mengarang cerita dalam WATTPAD. Kalau...