Sejak Reza bekerja dengan Tn Mikhail, Reza semakin diterima dalam keluarga Miera. Tn Mikhail sering mengajak Reza makan malam di rumah bersama.
Walaupun Reza segan dan cuba menolak, tetapi Tn Mikhail meminta juga Reza datang. Reza tiada pilihan lain. Miera pun semakin sering bertemu dengan Reza di rumah.
Kadang mereka berbual berdua di gazebo depan rumah Miera. Miera senang dengan sikap Reza yang amat menghormati orang tua dan memahaminya.
Tn Mikhail dan Pn Raihana tidak melarang pula mereka duduk berbual berdua kerana mereka sudah menganggap Reza seperti anak mereka.
Setelah kebocoran rahsia kes Reza dilanggar oleh Pak Amin, disebabkan Pak Amin mengaku sendiri menyebabkan Reza semakin di sayangi keluarga tersebut.
Tn Mikhail dan Pn Raihana tidak marah dengan Pak Amin tapi kesal dengan Miera kerana menyembunyikan hal itu. Atas rasa bersalah, Tn Mikhail telah menghadiahkan sebuah kereta kepada Reza.
Mulanya Reza menolak pemberian itu, tapi setelah di paksa menerima dan balas budi Tn Mikhail, akhirnya dengan berat hati Reza menerima.
Reza seorang pekerja yang cemerlang dan rajin. Walaupun jawatan yang diberi agak tinggi pangkatnya, dia tidak sombong dengan pekerja bawahan.
Ramai yang meminati Reza diam - diam kerana ketrampilan Reza yang semulajadi handsome dan semakin bergaya di pejabat.
Tetapi Reza tidak perasan akan itu kerana di hatinya sudah lama menyimpan perasaan pada seseorang yang istimewa.*****
"Eh, mana En Reza? Dah datang ke belum?" soal Salina yang meminati Reza diam - diam itu. Ramai yang tahu dia menyimpan perasaan pada Reza tapi mereka tidak ambil kisah.
"Tu haa En Reza baru sampai. Aku nak buat air untuk bos lah. Kang bos tanya mana air dia." balas Mimi selaku setiausaha Reza. Dia malas melayan si Salina itu.
"Eh, ala baru aku nak tanya pasal En Reza tu. Dia da berpunya ke. Kau ada kerja pulak. Ishhh...sokmo macam tu." protes Salina melihat Mimi berlenggang ke pantri.
Dia pun segera kembali ke tempat duduk. Bimbang nanti Tn Mikhail nampak dia tak buat kerja habis kena marah. Tn Mikhail seorang yang tegas di pejabat tapi ramah di luar waktu kerja.
"Selamat pagi, En Reza." tegur Salina tersenyum manis apabila Reza lalu di tepi mejanya.
"Selamat pagi, Salina." Ucap Reza seraya melangkah masuk ke bilik pejabatnya.
"Hai, kalau lah dapat jadi suami aku. Hari - hari aku peluk tak nak bagi perempuan lain pandang. Aduhai En Reza ku sayang!" angan Salina.
"Hoi, sudah lah tu berangan. Buat kerja lah." kata Mimi menepuk meja Salina sambil melangkah ke bilik bosnya.
"Oii, mak kau meletop kebabomm!" latah Salina tak sempat di tahan. Rakan pejabat yang lain hanya tergelak saja dengan Salina yang kuat melatah.
"Eh, Tn Mikhail da sampai tu. Buat kerja oii." sampuk Mail bergegas duduk di tempatnya.
"Selamat pagi, Tn Mikhail." ucap semua pekerja apabila ternampak Tn Mikhail yang baru tiba pagi itu.
"Selamat pagi, semua." balas Tn Mikhail dengan lagak ketuanya. Dia amat dikenali sebagai bos yang berdedikasi dengan kerja. Pekerjanya sudah maklum.
*****
"Miera, kenapa kebelakangan ni saya tengok awak dah lain sikit? Awak dah jarang berbual dengan saya." tegur Firdaus sebaik saja waktu rehat. Dia menahan Miera dari berlalu dengan temannya.
"Kami pergi dulu lah, Miera. Nanti join kiteorang dekat dewan." celah Liyana yang tidak mahu campur privasi mereka. Dia berlalu pergi dengan Ailina dan Melisa. Miera mengangguk.
"Oh..saya ok je lah awak. Apa yang lainnya? Saya masih Miera yang dulu. Tak pernah berubah. Awak kot yang terlalu perasan."
"Tak, Miera. Saya tahu saya bukan siapa - siapa pada awak. Sejak Reza bekerja dengan papa awak dan selalu bertemu awak di rumah, awak kurang layan saya. Asyik jumpa pun study group je. Saya nak Miera saya yang dulu. Please sayang." kata Firdaus setengah merayu.
"Awak, kita kat kelas ni. Nanti kalau ada orang dengar macamana. Awak tu ketua pelajar tau. Tak patut awak berperangai macam ni. Nanti nama awak yang jatuh. Saya tak nak di sebabkan saya, awak tidak dipercayai pengetua lagi..ok.." Miera cuba menenangkan Firdaus.
"Tapi Miera...." Firdaus cuba mencapai tangan Miera yang berada beberapa inci darinya.
"No lah, awak. Awak ingat saya apa nak sentuh tangan saya. Kita masih sekolah lagi awak faham tak. Tak sepatutnya kita fikir pasal hal remeh temeh ni, Firdaus Nasuha." geram Miera melarikan tangannya. Dia marah sehingga tersebut nama penuh Firdaus.
"But I love you. I want you forever, Miera Rosemel." ucap Firdaus sambil berlutut di depan Miera. Nasib baik waktu rehat kalau tidak mana nak letak muka Miera bila orang nampak Firdaus buat macam tu. Dah lah ramai yang cemburukannya sebab memiliki Firdaus.
"Stop it, Firdaus. You are too much. I never let you say it again. We cannot love each other until finish exam SPM. Please awak. Be mature..ok. We are not kids anymore." kata Miera dan segera pergi dari situ. Dia cuba menahan air matanya dari keluar dan menuju ke tandas sebelum sesiapa nampak apa yang terjadi.
Firdaus terkelu dengan ucapan Miera. Dia tidak sempat menahan Miera dari pergi tadi.
Dia menundukkan kepalanya dan berasa kecewa sekali. Amarahnya timbul di dalam hati.Tanpa sedar, seseorang telah menyaksikan kejadian tersebut. Dia terdiam lama sebelum tersenyum seorang diri.
YOU ARE READING
Stalker ✔
Teen FictionSTORY ini dikarang berdasarkan PENGALAMAN seBENAR dan IMAGINASI penulis. Walaupun tak seHEBAT novel lain dan banyak sangat DRAMA dalam cerita ni, PENULIS harap READERS enjoy baca ye. Percubaan pertama penulis mengarang cerita dalam WATTPAD. Kalau...