Bab 5

3.2K 134 1
                                    

Balik dari sekolah, Miera mengajak Pak Amin pergi ke bengkel kawan abangnya untuk menyelesaikan bayaran repair motor Reza itu.

Miera tak lupa memberikan nombor handphone Reza pada kawan abangnya untuk bertanyakan alamat rumah Reza sendiri.

Nasib baik, kawan abangnya itu baik hati untuk menghantar motor Reza sampai ke rumah. Miera lega semua masalah dapat diselesaikan dengan lancar.

 *****

Tiba di rumah, Miera di sambut oleh Puan Raihana yang kebetulan baru pulang dari tempat persatuannya. Mereka berdua beranak bersembang sambil menikmati minum petang bersama Mak Jah.

Usai solat maghrib, Miera merehatkan badannya di atas tilam sambil memeluk patung Angry Bird kesayangannya. Tiba - tiba handphonenya berbunyi menandakan ada notifikasi yang masuk di akaun facebooknya. Miera membuka aplikasi itu di Iphone6snya.

"Hmm..ada orang hantar friend request kat aku. Nama Mr. R. Eh, sapa Mr. R ni? Rasanya aku takda kawan lelaki ramai pun kat sekolah. Hanya Firdaus je teman lelaki paling rapat pun." Miera tertanya - tanya sendiri.

"Takpalah approve je lah. Mungkin aku kenal kot sapa dia ni cuma lupa agaknya kan." Miera berkata pada dirinya sambil menyentuh di skrin perkataan accept friends di akaunnya.

Tak lama kemudian, bertalu - talu masuk notifikasi 'like' dan 'komen' di facebooknya. Miera terkejut kerana Mr. R yang mengelike dan mengomen semua gambar - gambar yang Miera telah upload di akaunnya.

'Wah, cantiknya awak!'

'Amboi, manis dan ayu awak ni.!'

'Eh, nak pergi mana tu cik Miera? Lawanya.'

'Awak sangat comel harini. Saya suka tengok awak bercermin mata.'

Miera membaca semua komen - komen Mr. R itu dengan mata terbuntang. Dia pelik kenapa Mr. R tu mengomen di semua gambarnya kalau dia bukan kawan yang Miera kenal.

Miera cuba melihat gambar profil Mr. R tetapi gambarnya hanyalah kartun anime Bleach.
Miera cuba melihat album gambar Mr. R tapi hampa hanya satu saja gambar yang ada.

"Miera, tak turun makan malam ke? Semua da siap ni." Puan Raihana mengetuk pintu secara tiba - tiba membuatkan Miera kaget tercampak handphone di atas tilam.

"Ya, ma. Miera nak turun ni. Jap ye." Miera bergegas membetulkan pakaiannya dan berjalan ke arah pintu.

 *****

Usai makan malam, Miera meminta diri untuk naik ke atas menyiapkan homeworknya. Tuan Mikhail dan Puan Raihana tersenyum mengiyakan.Mierul segera mengikuti langkah adiknya dari belakang.

"Adik, abang nak tanya ni." soal Mierul sebaik tiba di tingkat atas.

"Tanya apa abang?"

"Tadi kawan abang bagitahu adik repair motor kawan kat bengkel dia. Motor siapa tu, dik?"

"Oh, kalau Miera bagitahu abang janji jangan bagitahu papa dan mama ya." pinta Miera sambil membuat muka comel ala - ala kucing dalam cerita Shrek.

"Ok, abang janji kalau adik tak buat benda tak baik." Mierul menuruti kata adiknya.

"Semalam, adik dengan Pak Amin terlanggar motor seorang lelaki ni. Motor dia rosak. Adik bawa lah ke bengkel repair tanda minta maaf. Adik bawa dia ke hospital sebab dia luka kat lutut dan siku." Miera menjelaskan.

"Patut lah abang macam ternampak adik dengan Pak Amin kat hospital semalam. Rupanya betul lah ye adik pergi hospital. Hmm..." Mierul seperti mengingati sesuatu.

"Ya abang. Adik tak nak kacau abang sebab abang busy kan. Sebab tu adik tak bagitahu. Maafkan adik ya."

"Ok lah. Tapi takda kes polis kan? Adik pun da bayar ganti rugi dan minta maaf kan kat dia. So baguslah macam tu. Macam ni baru adik abang." Mierul memuji adiknya.

"Ya lelaki tu tak buat report polis pun. Dia baik orangnya. Abang jangan risau. Adik tahu handle masalah adik..ok." kata Miera.

"Ok lah. Abang nak turun bawah tengok tv dengan pa dan ma jap. Nanti tertanya pulak dorang abang tak turun balik." Mierul berjalan menuruni tangga. Miera sekadar tersenyum senang dengan sifat abangnya itu.

Usai solat dan mengerjakan homework, Miera berbaring di atas tilam empuknya sambil memikirkan siapakah Mr. R itu. Miera terlena kerana penat memerah otak lagipun Miera mudah tidur awal.

 *****

Keesokkannya di sekolah, Miera seperti biasa masuk ke kelas bersama teman - temannya. Dia masih memikirkan siapa Mr. R itu.

"Miera, kau ok ke ni? Kiteorang cakap kau tak dengar pun." tanya Liyana pelik.

"Oh, yeke? Aku ok je lah. Hihi..." Miera tersenyum. Mereka bertiga hanya memandang hairan gelagat Miera.

Selepas kelas tambahan petang itu tamat, Miera dan temannya serta yang lain berjalan keluar dari kawasan sekolah. Liyana, Melisa dan Ailina sudah pulang terlebih dahulu.

Miera menunggu abangnya yang akan menjemputnya kejap lagi sambil duduk di perhentian bas depan sekolah. Harini Firdaus tidak dapat menemani Miera kerana ditugaskan untuk menghantar wakil sekolah ke perlawanan ragbi.

Miera merasakan seperti ada orang yang memerhatikannya dari jauh. Kawasan sekolahnya yang sunyi di petang hari agak menyeramkan. Miera tidak mahu menyusahkan temannya dengan menemaninya sampai abangnya datang.

"Cepatlah abang datang. Miera takut ni." bisik Miera sendirian sambil berdiri memandang kiri kanan.

Sebuah motor ditunggangi seorang lelaki menghampiri Miera di perhentian bas itu. Miera cuak melihatnya.

"Eh, Miera. Baru nak balik sekolah ke? Tunggu sapa?" tegur Reza seraya membuka helmetnya.

"Oh, awak Reza. Saya ingatkan sapa lah tadi. Cuak saya. Saya tunggu abang saya jemput ni. Ada kelas tambahan tadi tu balik lewat. Eh, awak pulak buat pe lalu sini?"

"Saya baru balik dari kerja. Kebetulan saya lalu jalan ni." sengih Reza.

"Oh, yeke. Maknanya kita selalu berjumpa lah lepas ni kan." senyum Miera.

"Kalau awak balik lewat macam ni setiap hari, kita jumpa lah. Hihi... Terima kasih ye sebab hantarkan motor saya sampai rumah dan bayarkan untuk saya sekali. Saya hargai sangat."

"Takda masalah lah, Reza. Eh, tapi awak umur berapa ye? Saya panggil nama je takpa kan."

"Saya 25 tahun baru. Panggil je Reza, saya tak kisah. Abang awak kerja di mana?" Reza turum dari motornya dan mendekati Miera.

"Dia kerja Doktor kat hospital sama saya bawa awak tu. Mana lah abang saya ni. Jalan jammed lah tu. Awak pulak kerja kat mana? Eh, awak takpa ke ni sembang dengan saya. Kan awak nak balik."

"Oh...biasalah petang macam ni orang balik kerja. Saya tak kisah temankan awak jap kan. Lagipun awak sorang - sorang kat sini. Bahaya tau. Saya kerja photographer bebas. So ikut tempat yang nakkan kerja saya." ujar Reza seraya mengeluarkan kamera Canon dari dalam beg.
"Boleh saya amik gambar awak kalau awak tak kisah?"

"Eh, segan pulak saya. Lagipun saya pakai baju sekolah ni. Saya comot ni." Miera tersenyum malu sambil menundukkan wajah.

"Awak cantik dan ayu saya tengok. Mana ada comot. Lagipun awak iras pelakon Mira Filzah tu. Boleh saya jadikan gambar awak sebagai model."

"Haha..awak ni ada - ada je lah. Ok, tapi sebagai model je tau."

Reza pun menangkap beberapa keping gambar Miera yang tersenyum manis memakai baju sekolah.

Stalker ✔Where stories live. Discover now