Bab 31

1.9K 79 4
                                    

"Baik you cakap. Betul ke you tak kenal Miera? Dan bila masa pulak kita dijodohkan atas urusan bisnes? What are you trying to do?" jerkah Reza pada Melisa sebaik mereka berjumpa keesukkannya.

Melisa tergamam dengan jerkahan Reza. Tak pernah lagi lelaki itu meninggikan suara padanya. Dan macamana dia tahu pasal perjodohan tu. Melisa panik. Ni mesti Miera yang bagitahu ni. Hmm, idiot. Jeritnya dalam hati.

"Re...reza..let me explain first. Memang betul kami kenal tapi dah lama. Dia yang khianati cinta you. Perempuan macam apa dia tu bercinta dengan dua orang lelaki dalam masa yang sama. Dia tak layak untuk you. I ni yang setia dengan you.
Patutnya you cintakan I. I depan mata you, Reza. Dia desak I untuk tahu pasal you so I terpaksa bagitahu kita berjodoh atas urusan bisnes." terang Melisa panjang lebar. Dia cuba memprovok Reza dengan kata - katanya.

"Tapi you tak patut tipu I dan dia. You have to be honest. I cintakan dia dan dia pun cintakan I. Tak salah kami bersama semula." bangkang Reza.

"No. I boleh kenalkan you pada kekasih hati Miera tu. Dia akan mengaku pada you sendiri. You boleh tahu apa sifat Miera sebenarnya." bidas Melisa dengan angkuhnya. Dia takkan benarkan Reza jatuh ke tangan Miera.

"Ok. Kenalkan I dengan dia."

*****

"Hai, aku Firdaus Nasuha. Teman lelaki Miera." kata Firdaus sebaik diarahkan Melisa untuk berjumpa dengan Reza di cafe. Demi Miera, dia sanggup bertemu Reza. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.

Reza menyambut huluran itu. "Aku Reza Harriz. Duduklah." Dia memandang sahaja wajah di hadapannya kerana dia tak mengingati wajah itu.

Firdaus mengangguk dan melabuhkan duduk di kerusi berhadapan Reza. Reza juga melakukan hal yang sama.

"Betul ke kau kekasih hati Miera?" tanya Reza memulakan mukadimah.

"Ye, aku cinta pertama dan terakhir dia. Kami bercinta sejak dari sekolah lagi. Tapi sejak dia ketemu kau, dia berubah. Aku ingat sebab dia cintakan kau tapi dia tolak lamaran kau. Sebab dia dah ada aku. Mungkin dia taknak sakitkan hati kau, dia layan kau dengan baik." jelas Firdaus.

"Hmm. Tapi kenapa dia kata dia cintakan aku?" celah Reza kurang faham.

"Sebab dia rasa serba salah. Kerana dia, kau accident. Kerana dia, kau amnesia sampai sekarang. Tapi dia hanya cintakan aku sorang. Kau terima lah Melisa. Dia memang ditakdirkan untuk kau, Reza." bohong Firdaus.

"Tapi..." Reza terdiam. Apa yang bermain di fikirannya, adalah Miera sangat mencintai dia. Dia nampak dari pandangan mata Miera sendiri.

"Keluarga dia dan keluarga aku dah merestui hubungan kami. Kami akan disatukan tak lama lagi."

Reza tersentak mendengarnya. Hmm, boleh ke aku percaya pada lelaki di hadapan aku ni. Fikir Reza sendiri.

"Baiklah. Moga kau bahagiakan dia. Aku tumpang gembira." Reza mengucap tahniah dan tersenyum tipis. Dia meminta diri sebelum menjabat tangan dengan Firdaus lalu melangkah pergi. Firdaus hanya tersenyum sinis mengiringi pemergian pesaingnya itu.

*****

Miera mendapat panggilan dari Reza untuk bertemu dengannya di Subak Restaurant yang terletak di Bukit Lanjan. Miera bersetuju untuk berjumpa.

Setiba di sana, Miera disambut oleh pelayan yang setia menunggu di pintu. Pelayan itu mengatakan Reza sudah menempah meja khas untuk mereka. Dia membawa Miera ke meja yang dibooking itu.

Stalker ✔Where stories live. Discover now