Bab 30

1.9K 84 1
                                    

Reza sudah keluar dari hospital. Dia mula bekerja macam biasa. Walaupun kepalanya masih pening lagi, dikuatkan hatinya untuk bekerja. Harini dia akan menyiasat tentang perempuan bernama Miera tu. Tapi dari mana dia mahu mula. Sedangkan dia tak ingat apa - apa pasal Miera. Hmm, buntu fikirannya.

Patut ke dia tanya pada Melisa, girlfriend yang tidak dianggapnya itu. Dia terima Melisa pun kerana unclenya, Dato' Rayman yang meyakinkan dia. Tapi bagi dia, hatinya mengatakan lain.

"Hai, sayang." ucap Melisa menyentakkan lamunan Reza. Melisa sangat seksi datang ke pejabatnya haritu. Reza melihat sahaja lenggok jalan wanita itu mendekatinya. Walaupun pandangannya sedikit terpana dengan kecantikan dan keseksian Melisa tapi imannya masih lagi kuat.

"You kenapa ni? Ada masalah ke? Sakit lagi ye?" tanya Melisa lembut dan menggoda. Dia memegang bahu Reza dan memicitnya perlahan.

"I okay je. Ada apa you datang ni?" Reza tak selesa Melisa memegangnya seperti itu. Terasa geli geliman(betul ke author eja ni) dia. Mungkin dia tak biasa dipegang wanita.

"Takkan I datang nak jumpa buah hati tak boleh?" rajuk Melisa.

"Bukan tu maksud I. Ingat you datang ada hal bisnes ke. Duduk lah dekat kerusi tu. I nak semak dokumen ni."

"I nak ajak lunch sama dengan I harini. Rindu kat you. Kita lunch dekat Gobo Upstairs Lounge & Grill ye. Tempat tu layanan dia first class tau. Dah lah boleh nampak pemandangan KLCC dan semua bangunan kat KL ni. Sesuai pulak tu untuk suasana romantis." ucap Melisa membayangkan dia dan Reza sedang menikmati hidangan di sana. Dia mula teruja. Lagipun dekat situ ada Traders Hotel. Lengkap lah. Senang nak buat projek.

"Ok." Jawab Reza acuh tak acuh.

Melisa hanya mencebikkan bibir melihat Reza. Pasti ada sesuatu tak kena ni.

"Mel, I nak tanya ni. You kenal ke Miera tu?" tanya Reza memandang wajah Melisa.

Hmm, tak habis lagi pasal perempuan tu. Gerutu Melisa. "I tak kenal pun dia tu. Kenapa you tanya?"

"Nothing."

"Nothing je? Mesti ada sebab lain ni. Baik you cakap. You suka perempuan tu ke?" desak Melisa agak kuat.

"Takdalah. Jom kita lunch." Reza menukar topik lalu bangun dari kerusinya. Dia tak mahu Melisa terus menyinga seperti itu. Dia mengambil phonenya di atas meja dan mengatur langkah ke pintu diikuti Melisa yang masam mencuka.

*****

Miera mengintip lagi pergerakan Reza di depan bangunan syarikat itu harini. Selagi dia tak berterus terang pada Reza selagi itu hatinya masih tak puas. Harini dia menunggu waktu lunch pulak.

Kelihatan Reza berjalan beriringan dengan Melisa keluar dari entrance bangunan. Miera memerhatikan sahaja mereka dengan perasaan geram. Kenapalah Melisa mesti ada dengan Reza? Tak boleh ke kalau tak jumpa sehari. Naik menyampah pulak aku. Rungut Miera.

Aku kena jumpa Reza time Melisa tiada. Mesti! Kalau tak Melisa mesti akan sibuk nanti. Dan aku tak dapat jelaskan pape pada Reza nanti. Fikir Miera fikir. Takpe tunggu je.

Selepas lunch, Reza balik ke pejabat dengan Melisa semula. Mereka keluar dari kereta dan Melisa tanpa segan silu mencium pipi Reza di khalayak ramai. Reza nak taknak terpaksa membiarkan. Melisa mengatur langkah ke Nissan Fairladynya dan masuk ke perut kereta. Dia menghidupkan enjin dan menderum pergi laju di jalan.

"Yes. Melisa dah pergi." sorak Miera gembira. Dia memerhatikan sahaja aksi Melisa dan Reza tadi. Walaupun hatinya rasa sedikit terpukul tapi takpelah demi menyembuhkan Reza, aku terpaksa harunginya.

Stalker ✔Where stories live. Discover now