Bab 17

2.6K 85 0
                                    

Sudah empat hari Miera hilang, pihak polis masih cuba mengesan penculik Miera. Tiada tuntutan duit tebusan dibuat oleh penculik. Inspektor Azman mengandaikan kes ini adalah kes berunsur dendam.

Tn Mikhail dan Pn Raihana masih bimbang dengan keadaan anak mereka. Mereka sanggup beri berapa saja duit jikalau penculik meminta wang tebusan tetapi tiada panggilan yang diterima.

"Macamana ni, abang? Miera masih tak jumpa ni. Saya risau apa - apa jadi pada dia. Ya tuhan.
Kau lindungilah anakku, Miera." Pn Raihana sangat tertekan dengan kehilangan Miera. Aktiviti persatuannya telah dia tinggalkan sejak kehilangan Miera.

Kalaulah dia menjaga Miera dengan baik, tentu anaknya itu ada bersamanya sekarang.

"Sabar, Ana. Kita biar pihak polis yang cari Miera. Kita serah pada tuhan je ye. Abang pun harap Miera dalam keadaan baik - baik saja." Tn Mikhail mengusap belakang isterinya.

Mierul yang melihat adegan itu hanya mendiamkan diri. Dia pun sangat khuatir akan keadaan Miera. Nasib baik Inspektor Azman berjanji akan membantu mencari Miera sehingga ketemu. Lega dia rasa.

*****

"Hello, Daus. Aku nak jumpa kau. Kita jumpa di starbuck." ujar satu suara di talian.

"Baiklah. Kita jumpa kat sana nanti."

Tiba di starbuck, Firdaus melilaukan matanya mencari seseorang. Dia tersenyum apabila orang yang dicari melambai kearahnya.

"Hai, Mel. Ada apa nak jumpa aku kat sini?"

"Aku nak tolong kau dapatkan Miera."

"Wait, apa maksud kau ni? Aku kurang jelas. Cuba terangkan kat aku." Firdaus mengerutkan dahinya memandang teman rapat Miera, kekasih hatinya itu.

"Aku akan tolong kau cari Miera. Aku rasa Reza yang sorokkan Miera dari kita semua. And kau kena tolong aku pulak." Melisa tersenyum sinis.

"Ok, tolong apa?"

"Tolong aku dapatkan Reza."

"Kau gila. Aku dengan Reza bergaduh besar tau haritu depan pejabat papa Miera. Nasib baik takda Tn Mikhail masa tu. Kalau tak, habis aku."

"Aku memang gila tapi aku gilakan si Jerry Yan Malaysia tu. Kau tau tak. Aku nak Reza jadi hak milik aku. Miera patutnya dapat kat kau."

"Hihihi... Aku tak sangka kau ni jahat jugak kan, Mel. Aku ingat baik sangat. Sanggup tikam belakang teman baik sendiri."

"No lah. Aku terlebih baik lah ni. Eleh, kau pun sama. Kau nakkan Miera sebab kecantikan dan harta dia je kan. Ngaku je lah. Ketua pelajar konon. Aku tau kau pun ada agenda sendiri jugak. Kau takut kalah dengan Reza kan?" tebak Melisa mengena. Pucat wajah Firdaus dengan tebakan Melisa yang hampir mengena.

"Wait... Mana kau tahu?"

"Aku banyak info lah, beb. Apa guna ada duit kan kalau tak dimanfaatkan. Heh. Jadi kau nak bekerjasama dengan aku tak ni?"

"Ok, deal. Aku dapat Miera. Kau dapat Reza. Fair and square." Mereka berjabat tangan mesra dan tersenyum sinis.

*****

'Nasib baik aku ada jam tangan ni. Dapat tengok waktu solat.' Kata Miera pada dirinya. Walaupun dia diculik, dia masih boleh solat. Alhamdulillah.

Dia berkira - kira sudah hampir empat hari dia diculik oleh Reza. Orang upahan Reza sentiasa mengawalnya di luar. Mereka tak lupa membelikan makanan dan minuman untuk Miera siang dan malam supaya Miera tak lapar.

Sudah empat hari juga, Reza tidak datang menjenguknya. Mana lah si Reza ni. Kenapa dia tak datang? Aku ni tunggul ke asyik bercakap dengan dinding je. Miera mula bosan di ruang tersebut.

Dia mula mencari akal untuk melarikan dirinya. Walau macamana pun, aku tetap harus melarikan diri. Kalau tak sampai bila aku akan terkurung macam ni. Desis hati Miera.

"Tolong. Saya sakit ni. Ada minyak angin tak?" laung Miera dari dalam bilik memanggil Kamal dan Mad yang duduk di luar.

"Eh, dia jerit apa tu? Kau pergi tengok, Mad." arah Kamal.

"Yelah." Mad segera membuka kunci pintu dan melangkah masuk.

"Kenapa ni? Sakit apa?"

"Saya sakit perut. Ada minyak angin tak? Tak tahan ni. Sakit sangat." tipu Miera pura - pura memegang perutnya.

"Kejap, aku cek kat luar jap." Mad melangkah keluar.

"Wei, dia sakit perut lah. Ada minyak angin tak?"

"Mana lah ada minyak angin dalam rumah ni. Aduhh.. Kau pergi beli lah. Aku jaga dia."

"Aduh... Aku juga kena. Yelah." Mad berjalan keluar dan menuju ke kereta.

Miera mengintip di sebalik pintu. Bunyi kereta yang dibawa Mad hilang tidak lama kemudian. Miera membuka pintu perlahan - lahan cuba melihat Kamal membuat apa.

Hmm..dia duduk belakangkan bilik. Senang kerja aku. Hihihi..Miera tergelak sendirian. Dia berjalan terjengket - jengket mencari benda yang keras untuk memukul Kamal. Haa, jumpa pun kayu papan yang tersadai di atas lantai.

Miera mengambil dengan perlahan dan berjalan mendekati Kamal yang khusyuk menghisap rokok.

Dushh..

Kamal merasa sakit di kepalanya impak hentakan kayu di tangan Miera. Dia pening dan cuba bangkit tapi terjatuh semula.

Miera mengambil peluang melarikan dirinya. Dia berlari keluar dari pintu menuju ke jalan.

Mana nak pergi ni. Semua hutan je ni. Macam dalam kampung je ni. Miera panik. Dia melihat sekitarnya hanyalah pokok dan semak samun. Hanya ada satu jalan yang digunakan Mad tadi dengan kereta.

Bedal je lah. Janji aku dapat keluar dari sini. Miera menyelinap masuk semak samun dan berdoa semoga tiada bintang berbisa.

Aduh, mana nak jalan ni. Cepat lah jumpa jalan keluar. Doa Miera dalam hati. Berpeluh - peluh dia meredah semak belukar itu. Nasib baik kasutnya masih tersarung.

Itu macam jalan je. Boleh lah aku minta tolong pada sapa - sapa. Fikir Miera. Dia sampai di satu jalan lurus selepas keluar dari semak.

Tiba - tiba ada sebuah kereta yang lalu di jalan itu. Miera merasa gembira dan bersyukur akhirnya dia dapat diselamatkan. Miera menahan kereta tersebut.

"Hei, awak nak lari mana, sayang? Kan saya kata jangan larikan diri." jerit Reza sebaik sahaja kereta itu berhenti di sebelah Miera.

Miera panik kerana Reza menggunakan kereta lain dan bukan kereta yang diberi papanya. Kereta yang Reza gunakan Toyota Vios bukan Honda Accord.

"Oh, no." Miera cuba melarikan diri ke dalam semak. Reza pantas berlari ke arah Miera dan memegang lengannya kuat.

"Aduh, sakit lah, Reza. Lepaskan saya lah. Saya mohon."

"Ikut saya masuk kereta sekarang. Awak degil kan." Reza mengheret Miera masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu penumpang.

Miera tersedu - sedu menahan tangis diperlakukan seperti itu. Reza menghempas pintu kereta sebaik berada di tempat pemandu.

Stalker ✔Where stories live. Discover now