Bab 22

2.1K 81 0
                                    

"Alhamdulillah Miera selamat. Tak sangka Reza yang menculik Miera selama ni. Mama tak sangka dia sanggup buat macam ni pada kita." kata Pn Raihana sebaik masuk ke wad yang menempatkan Miera. Dia memeluk anaknya erat dengan tangisan. Hati ibu mana yang tak tersentuh melihat anaknya diperlakukan seperti itu.

"Mierul pun tak sangka selepas Inspektor Azman beritahu tadi. Hmm..." ujar Mierul pula.

Miera yang masih trauma dengan apa yang berlaku hanya mendiamkan diri dan membiarkan dirinya dipeluk mamanya. Tn Mikhail juga masih terkejut dengan berita yang di dengarinya. Orang yang dia percaya sanggup menikam dirinya dari belakang.

"Doktor, macamana keadaan anak saya?" soal Pn Raihana yang risau dengan kondisi Miera. Kebetulan Doktor Hani, kawan sekerja Mierul masuk memeriksa keadaan Miera.

"Alhamdulillah, dia okay. Cuma masih terkejut saja. Puan jangan bimbang." ramah Dr. Hani menerangkan setelah memeriksa Miera.

"Thanks, Hani." ucap Mierul tersenyum manis pada doktor yang jelita itu.

"Your welcome, Mierul." Dr. Hani berlalu keluar.

"Assalamualaikum." salam Firdaus memasuki bilik wad tersebut.

"Waalaikumsalam." jawab yang lain.

"Masuk, Daus. Terima kasih kerana selamatkan anak auntie. Kalau takda Daus tak tahu lah apa jadi pada Miera." kata Pn Raihana berterima kasih kerana menyelamatkan anaknya.

"Sama - sama, auntie. Dah jadi tanggungjawab saya. Saya lakukan apa yang betul je."

"Uncle pun nak ucapkan terima kasih pada kamu. Nasib baik ada kamu."
Ucap Tn Mikhail pula berjabat tangan dan memeluk Firdaus erat.

"Abang pun sama, Daus." celah Mierul.

"Ye, uncle dan abang Mierul." Firdaus tersenyum penuh makna di depan keluarga Miera. Dia kemudian mendekati Miera. "Miera, awak da okay?"

Miera termenung jauh memandang ke arah tingkap. Dia masih seperti tadi. Mendiamkan dirinya saja. Dia masih keliru dengan apa yang berlaku.

*****

Di dalam bilik soal siasat, Reza masih disoal oleh Inspektor Azman dan seorang lagi anak buahnya.

"Kenapa awak culik Miera, anak Tn Mikhail?" tanya Insp. Azman duduk berhadapan dengan Reza.

"Saya sayangkan dia. Saya mahu dia jadi isteri saya." jawab Reza jujur sambil duduk tenang di kerusi.

"Awak tahu tindakan awak ni serius dan boleh dikenakan tindakan berat?"

"Saya tahu dan saya bersedia."

Tuk..tuk..

"Masuk."

"Tuan, peguam Reza dah datang bersama seorang lagi lelaki." kata anak buah Inspektor Azman sebaik masuk ke bilik tersebut.

"Baik, bawa mereka masuk."

"Baik, Tuan."

Selang lima minit kemudian, seorang lelaki muda berpakaian kot hitam putih dan seorang lelaki berpakaian korporat yang agak tua masuk ke bilik Reza disoal.

"Saya adalah Tuah Iskandar, peguam En. Reza El Harriz Tan Sri Rayhan El Harith dan ini adalah bapa saudara En. Reza, Dato' Rayman sebagai penjaganya di Malaysia. Tan Sri Rayhan dan keluarganya sudah berhijrah ke City Of London. Jadi saya mewakili peguam keluarga, ingin ikat jamin En. Reza harini." terang lelaki yang dikenali sebagai Tuah Iskandar.

Stalker ✔Where stories live. Discover now