Reza membuka matanya. Dia bingkas bangun dan melihat ke kiri dan ke kanan. "Miera. Mana Miera?" soalnya cemas. Dia teringat kejadian tadi dimana dia dipukul dan Miera dilarikan. Segala ingatannya semua kembali normal.
"Sabar, Reza. Papa dah laporkan pada polis tentang penculikan Miera. Reza baring dulu. Reza tak sihat lagi ni." kata Tan Sri Rayhan. Dia juga turut cemas dengan apa yang terjadi.
Reza memegang kepalanya yang berbalut. "Reza dah ingat semua sekali. Reza pernah culik Miera. Sebab tu Miera pergi Swiss. Reza dah ingat, pa!ma!"
"Alhamdulillah, Reza. Mama lega dengarnya." kata Puan sri Natalie tersenyum tipis.
"Reza nak selamatkan Miera. Reza taknak pape jadi pada Miera. Reza taknak kehilangan Miera lagi sekali." Reza bingkas bangun dari katil dan menuju ke pintu.
"Tapi Reza tak ok lagi...mama risau. Biarlah polis yang cari Miera." pujuk Puan sri Natalie.
"No, mama. Reza tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang akan berlaku."
"Reza." sapa satu suara yang amat dikenali nya. Reza menoleh sekilas.
"Firdaus, kenapa kau datang sini?"
"Aku ada benda nak bagitahu kau. Ikut aku sekarang atau nyawa Miera dalam bahaya." kata Firdaus menyentakkan hati Reza.
"Baik, aku ikut kau."
"Hati - hati, Reza." pesan mamanya cemas dan risau. Tapi dia terpaksa membenarkan. Tan Sri Rayhan memegang tangan isterinya lembut.
Reza mengangguk.*****
"Hai, Miera. Apa khabar? Suka kau ye nak kahwin dengan Reza." Melisa muncul dengan berpakaian mini dress ketat berwarna hitam. Miera terkejut bukan kepalang melihat kawannya sendiri dalang penculikan dia.
"Terkejut ye. Hahaha. Sebab kau, aku kehilangan Reza. Kalau tak kerana kau, aku dan Reza akan berkahwin dah. Perempuan tak guna. Shit!" tengking Melisa. Dia menarik pita pelekat dari mulut Miera. Miera mengaduh kesakitan.
"Sampai hati kau, Mel. Kau sanggup buat aku macam ni. Aku tak rampas Reza dari kau. Reza memang cintakan aku bukan kau. Redha lah, Mel." sayu suara Miera diikuti juraian air mata.
"No. Kau yang salah. Kalau kau tak sibuk tanya pasal Reza, aku dengan dia still rapat lagi lah."
"Lepaskan aku, Mel. Aku risau pasal Reza. Please, Mel." rayu Miera. Dia cuba merungkaikan ikatan tangannya tapi terlampau ketat.
"Kalau aku tak dapat Reza, kau pun takkan dapat dia. Hahaha." gelak Melisa seperti orang kerasukan.
"Kau nak buat apa pada aku, Mel? Jangan, Mel. Ingat tuhan. Ingat papa mama kau."
"Aku akan bunuh kau. And Reza pasti akan jadi milik aku." jerkah Melisa angkuh.
"Melisa!" jerit Reza kuat.
Melisa terngadah melihat Reza dari pintu luar bersama Firdaus. Mesti Firdaus yang bawa Reza datang sini. Hanya Firdaus je yang tahu rancangannya untuk bunuh Miera.
"Sayang. I ada surprise for you. Tadaa." Melisa bersuara manja sambil menunjuk pada Miera yang diikat pada kerusi.
"Lepaskan Miera, Mel. Dia tak bersalah." pujuk Reza.
"No. Kalau I lepaskan dia nanti you pilih dia. Bukan I." bidas Melisa masam mencuka.
"You nak I kan. So please lepaskan Miera, Mel."
YOU ARE READING
Stalker ✔
Teen FictionSTORY ini dikarang berdasarkan PENGALAMAN seBENAR dan IMAGINASI penulis. Walaupun tak seHEBAT novel lain dan banyak sangat DRAMA dalam cerita ni, PENULIS harap READERS enjoy baca ye. Percubaan pertama penulis mengarang cerita dalam WATTPAD. Kalau...