Bab 9

6.2K 148 1
                                    

Esyana aira mengeluh perlahan. Kalaulah dia dapat meluahkan apa yang sedang didalam hatinya itu. Apakah reaksi ibu bapanya? Siapakah yang akan mereka sokong? Izz kah? Atau dia? Apa lah yang membuat mereka berkenan dengan izz tu. Nak sangat mereka bermenantukan lelaki itu. Baik dia diamkan perkara yang sebenar. Hanya Allah je yang tahu apa yang sedang menggangu fikiran dan jiwa seorang gadis itu.

"Amboi-amboi, jauhnya mengelamun? Takde kerja k?"

Terlepas pensel yang dipegang. Jatuh meleret ke kaki peguam yang menyoalnya tadi. Tegur hanna, seorang perempuan yang bekerja dengan esyana. Kawan sekerja.

"Takde lah" jawap esyana selamba sambil menggelengkan kepala.

Dan, wajah itu muncul lagi. Ye, wajah tampan yang mempunyai kirai yang kemas, mata yang boleh dikatakan sepet, dan berkulit cerah. Wajah tampan itu sedang bermain di minda esyana. "Ish, apa yang aku fikirkan ni. Astaghfirullah..." Esyana mengeluh entah untuk kali yang ke berapa. Rimas kerana wajah itu yang menjelma pula. Rimas kerana antara banyak-banyak lelaki, Izz seolah-olah ada terselit di ruang fikirannya. Ada Izz dalam suatu ruang di sudut hatinya. Kenapa susah sangat untuk buang je perasaan tu.

Jam dinding sudah menunjukkan jam untuk balik kerja. Tak de semangat nak kerja sebenarnya, tapi nak buat macam mana. Otak serabut. Hati rapuh. Tiada siapa yang tahu. Kereta di pandu didalam kesesakan lalu lintas. Teringat dengan permintaan yang baginya melampau itu. Permintaan dari Izz, untuk dia je yang lakukan sesuatu supaya mereka tidak jadi disatukan. Sakit kepala nak fikir. Nak fikir pun buat apa. Tapi macam mana. "Ya Allah, kenapalah ni terjadi pada hambaMu ini. Kau bantulah aku" bisik esyana di dalam hati.

Malam itu, sewaktu makan, ayah dan ibunya tidak banyak bercakap seperti selalu. Mereka asyik mendiamkan diri. Sesekali renungan mata mereka hinggap pada wajah Esyana. Esyana menjadi gelisah. Dia risau melihag isyarat mata antara ayah dan ibunya.

Esyana memberanikan diri untuk mengeluarkan suara, "Mak, ayah, kenapa asyik diam je? Mak dengan ayah tak nak kongsi apa-apa cerita dengan syana k?" 

Seperti yang diduga, ayah dan ibunya hanya menggelengkan kepala. Gelengan itu semakin menggusirkan Esyana. "Mak dan ayah marah k dengan syana? Macam takde mood je?" esyana tersipu-sipu. Bukan apa, sebab mak dan ayah dia ni tak boleh nak duduk diam. Kena jugak ada cerita yang hendak di kongsi, tapi malam ni entah kenapa duk senyap je.

"Umur kamu tu dah berape?" lah, takkan umur anak sendiri pun lupa? "25. Apasal mak tanya syana ni?"

"Lepastu, bila kamu nak kahwin? Sedar tak umur ni semakin hari semakin meningkat, ni kamu ni macam nak membujang je seumur hidup. Bukan mak ni nak paksa kamu, cuma kamu tu macam tak ambil peduli pasal kahwin ni" ketika makan jugak lah ada serangan percuma dari mak. "Mak, syana memang nak kahwin tapi buat masani syana belum ada someone" .  Jawapan Esyana tetap sama, bukannya takde, tapi balasan cinta tu belum ada. Atau takkan ada?

"Hah, kalau macam tu, kamu kahwin je lah dengan anak si Rashidah tu" ingin tercekak leher esyana mendengar semua tu. "Izz? Mak taknak lah. Syana tak suka tau kena satu-satukan macam ni. Tak yah risau, Syana boleh cari sendiri. Yang lebih elok dari pilihan mak tu" dia juga pandai rimas dengan soalan yang sama setiap hari. Dia faham apa kehendak masing-masing, tapi kehendak dirinya itu siapa yang harus faham?

"Syana, kamu kahwin lah dengan Izz tu. Elok sangat mak tengok dia tu. Emm, kalau tak, kamu kenal-kenal ngan dia lah dulu. Kalau berkenan, bagitahu mak" Wajah kedua-dua orang tuanya dipandang silih berganti. Anggukan bapanya menyebabkan esyana terpaksa mengikut kehendak mereka. Namun terlintas satu lagi perkara. Apa pula dengan kehendak Izz? Kehendak siapa yang harus esyana turuti? Bukan dia tak pasti dengan kehendak hatinya sendiri, tapi dia pun tak faham apa yang dia sendiri nak, hati sendiri ni pun susah nak faham. Apa lagi hati orang?

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now