Bab 69

3.1K 107 11
                                    

Salam and hi semua readers, thank you so much sbb support 'Hati Yang Terbelah Dua'. Setelah sekian lama tak bukak wattpad sebab terlalu sibuk dengan kerjaya sekarang, bila bukak Kak Z terima lebih 300 notifications from you guys. Starting dari voted, comments, dan jugak DM. For those yang voted, thank you, dan sorry sgt2 sebab ada sesetengah comments dn jugak DM yg Kak Z tak balas, bukan sebab apa tapi Kak Z kdg2 balas dengan senyuman je. I admit, Kak Z memang selalu sibuk dengan kerjaya tapi you guys still support 'Hati Yang Sudah Terbelah Dua'. Kak Z langsung tak sempat lagi nak bukak wattpad sebab terlalu sibuk dan terlebih focus dengan kerjaya masa kini tapi dalam masa yang sama, Kak Z tak nak memberhentikan 'Hati Yang Sudah Terbelah Dua' ini, ianya kerana you guys. Memang ada yang DM Kak Z, tanya bila Kak Z akan update for the next Bab dan ada jugak yg tanya adakah Kak Z akan stop cerita ni. Ok, semua persoalan dah Kak Z jawab, mintak maaf sbb tak reply DM. Tak terkata lagi, last Kak Z bukak wattpad ni beberapa minggu yg lalu, Kak Z nampak readers dalam 9K. Dan baru je Kak Z bukak wattpad, readers mencecah sampao 21.2K. 21 ribu lebih. Apa lagi yang Kak Z katakan kat sini eh selain daripada terima kasih? Kak Z lambat nak update tapi bila bukak je wattpad, readers mencecah 21.2K, speechless. Tapi apa pun, terima kasih:) Rasa nak buat 'Bab penghargaan' untuk you guys semua sebab you guys cerita ni masih on dan sebab you guys jugak Kak Z tak cepat mengalah.
Jadi inilah sambungannya..

_________________________________








Girang hati Razif apabila Esyana bersetuju keluar bersamanya. Bukan mudah hendak keluar dengan Esyana Aira itu. Dia selalu menunggu panggilan, dan jugak pesanan text dari Esyana dah dia dah seperti sudah menjadi kewajipan untuk menghantar pesanan text kepada Esyana walaupun jarang sekali menerima balasan.

Setelah 15 minit menunggu. Razif terus sahaja memesan makanan dan minuman buat mereka berdua.

"Order?" Tanya pelayan restaurant itu.

"Bagi roti nan dua dan jus epal dua"

Razif pun sendiri tak tahu apa kesukaan Esyana, tapi yang penting Esyana datang hari ini.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam. Duduklah, saye dah order makanan untuk awak tu. Kalau awak nak tukar, boleh jugak. Yelah, saye tak tahu apa yang awak suka, saye order je makanan yang sama." Kata Razif panjang lebar. Memang terpancar dari mukanya tanda kebahagiaan.

"Razif, saye ada something nak bagitahu awak. Tolong dengar eh" Tiba-tiba Esyana mencelah Razif.

Razif mengangguk perlahan-lahan. "Apa dia? Cakaplah"

"Saye tak dapat nak tunaikan permintaan awak. Saye mintak maaf.."

"Apa awak cakap ni? Masih ada beberapa bulan kut. "

"Memang saye ada bagi masa 9 bulan kat awak, tapi hari ini saye nak tarik balik kata-kata saye tu. Maafkan saye.."

"Awak nak mengalah? Sepatutnya saye yang mengalah, bukan awak! Saye penat nak ambik perhatian awak, awak senang-senang je nak tarik balik. Awak langsung tak ambik peduli pasal perasaan saye, awak main-mainkan saye Esyana. Awak langsung tak layan saye. Sekarang ni awak cakap awak nak tarik balik tempoh 9 bulan tu? Dengan sekelip mata awak tarik?" Razif meninggikan sedikit suaranya tanpa menghiraukan orang sekeliling.

"Lebih baik saye bagitahu sekarang daripada saye langsung tak bagitahu awak pasal ni. Saye cuma tak nak sakitkan hati sesiapa. Jujur saye katakan, sampai hari ini, saye langsung takde simpan perasaan apa-apa dekat awak" Luah Esyana. Dia akui memang dia salah dalam hal ni, mungkin dia dah meletakkan harapan kedalam diri Razif.

"Kenapa awak tak bagitahu dari dulu? Kenapa baru sekarang? Awak tak nak sakitkan hati sesiapa? Tapi kenyataannya awak memang menyakitkan hati saye Esyana!" Helaan nafas Razif sudah cukup membayangkan betapa dia berasa tertekan dengan keputusan Esyana.

"Ikut suka hati awaklah, yang penting saye dah bagitahu apa yang patut. Kalau awak tak boleh nak terima, itu terpulanglah. Saye tak boleh paksa" Kata Esyana.

"Bagi saye sebab kenapa awak buat keputusan drastik macam ni" Soalnya sambil merenung tajam akan Esyana.

"Percayalah kalau saye bukan jodoh awak dan awak bukan jodoh saye."

"Jodoh apanya? Jadi awak nak cakap jodoh sebenar awak adalah husband awak yang dah takde tu?"

"Saye mintak diri dulu" Esyana lantas bangun dari tempat duduknya. Memang Izz dah takde, memang suaminya dah takde tapi kenapa Razif berkata seperti itu?

"Esyana, sekejap!" Panggil Razif namum Esyana masih mengatur langkahnya.

Didalam kereta, air mata Esyana mengalir dan terus mengalir. Hatinya bagaikan ditikam-tikam. "Ya Allah, kenapa aku lemah sangat ni? Aku perlukan Izz, aku rindu dia Ya Allah.."

"Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Aku redha atas ujianMu, kerana aku tahu akan ada hikmah disebalik ujian ini. Jaga Izz Azwan untukku, sesungguhnya aku rindu dia.." Hati Esyana merintih hebat.

Sampai di rumah, Esyana terus sahaja masuk kebiliknya sebelum sesiapa menghidu perasaan yang dipendamnya selama ini. Perasaan sedih, sakit, parah.

Esyana bersandar diatas sofa biliknya. Tidak lama selepas itu, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.

"Assalamualaikum Esyana. Maaf sebab menghilang terlalu lama. Ini Sherry, masih ingat?"
-Sherry.

Sherry? Kenapa Sherry?

"Waalaikumussalam. Ye mestilah ingat, ada apa Sherry? Awak apa khabar? Dah setahun lebih kita tak contact" Laju tangan Esyana menaip.

"Tolong pergi ke alamat ni.."

"Penang? Ada apa kat Penang?" Soal Esyana pada diri sendiri. Alamat yang dihantar oleh Sherry adalah alamat Penang. Tapi ada apa dekat Penang? Dia pindah sana k? Takkan dah nak kahwin?

"Ada apa dekat Penang?"

"Tolong ikut je apa yang saye suruh. Tolong Esyana.."

"Tapi saye kena tahu apa ada dekat Penang. Dan bila saye akan pergi sana?" Esyana masih keliru.

"Bila-bila masa. Asalkan awak datang ke alamat yang saye bagi tu."

"Awak temankan saye pergi Penang nanti?" 

"Tak. Saye dah pergi, awak pergilah sorang-sorang."

"Apa ni Sherry? Apa sebenarnya ada dekat Penang? Tolonglah bagitahu saye, sekurang-kurangnya saye tak tertanya-tanya"  Esyana masih keliru dengan Sherry. Dah setahun lebih tak jumpa dan tak contact tapi hari ini suruh Esyana pergi Penang.

"Semua pertanyaan awak akan terjawab kat Penang"

"Jawapan apa?" Soal Esyana pada diri sendiri. Tanpa disedari, hatinya berdegup dengan rancak. Apakah ini?

"Maaf Sherry, saye rasa saye tak dapat pergi Penang. "

"Tolonglah saye Esyana. Saye merayu dekat awak."

Telefon bimbit itu pantas Esyana matikan sebaik sahaja menerima pesanan terakhir Sherry. Hatinya berdegup kuat.

Esyana berpeluk tubuh dengan dahi yang sedikit berkerut. "Ada apa dekat Penang?"

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now