Bab 33

3.7K 108 5
                                    

Dari jauh Safwan nampak Sherry yang sedang khusyuk menulis sesuatu di dalam bukunya.

Perlahan-lahan langkah kaki diatur ke arah gadis itu yang langsung tidak menyedari kehadirannya. Tubuh tegapnya berdiri di belakang Sherry. Membaca satu per satu tulisan Sherry. "Rantai itu akan ku pakai semasa kami berkahwin nanti?"

Terkejut dengan sergahan di belakangnya, Sherry pantas menoleh sementara tangannya cepat-cepat menutup buku sederhana tebal berkulit merah jambu. "'Apa ni? Tak malu k baca buku orang."

Safwan tergelak sedikit apabila melihat wajah Sherry yang masam mencuka. "Abang terbaca ajelah"

"Apa yang abang nampak?"

Safwan senyum meleret. "Banyak. Semua yang Sherry tulis tu abang baca"

Wajah Sherry berubah kelat. "Ish abang ni"

"Tak nak share dengan abang k?" Safwan menjongketkan keningnya.

"Ye, Sherry nak kongsi lah ni. Tapi abang jangan gelak eh?"

Safwan mengangguk.

"Kan Sherry ambik jurusan Bahasa Melayu dan linguistik"

"Ye. Habis tu, apa kena mengena jurusan yang Sherry ambik dengan coretan yang ada kat dalam buku tu?" Soal Safwan.

"Sherry rasa nak buat karya lah abang" Dia mula memberitahu rasa impiannya sejak bangku sekolah lagi.

"Karya?"

"Yelah. Novel sendiri."

"Sherry nak buat novel sendiri?" Safwan tergelak di hujung perbualan.

"Ish abang ni. Bukan nak sokong, kena kutuk ada lah" Sherry berpeluk tubuh. Membuat karya sendiri adalah cita-cita yang di impikan sejak dahulu lagi. Sebab tu dia mengambil jurusan Bahasa Melayu dan linguistik.

"Abang bukan nak kutuk, cuma abang tak tahu pulak tu cita-cita Sherry. Jadi apa kena mengena coretan dalam buku tu dengan cita-cita Sherry?"

"Coretan tu dah nak hampir siap, Sherry nak buat satu novel tapi macam mana eh? Sherry nak novel tu terlaris, ye lah, macam author yang lain tu. Mesti best kan?"

"Sherry. Abang ni lelaki, abang mana lah tahu benda-benda macam ni"

"Yelah. Nanti abang cuba tanyakan Kak Fina" Sambung safwan tatkala melihat adiknya merungut.

"Betul k ni? Terima kasih abang." Senyuman manis di hadiahkan kepada abangnya.

Stress! Stress! Stress! Inilah perkataan yang asyik di ulang oleh Sherry.

Wajah Fina terjojol keluar dari muka pintu rumah. Dia menghampiri Sherry yang sedang berdiri di tepi pagar rumahnya. "Kenape ni? Belum kahwin dah pandai nak stress?" Fina mencebik.

"Kak Fina tak faham. Sherry cuba nak cari ilham macam mana nak sambung cerita kat karya Sherry tu" Sherry menggaru kepala yang tidak gatal. Runsing.

"Oh pasal tu k? Ye tadi ada abang kamu khabar kat Kak Fina pasal tu. Tapi betul k Sherry nak buat karya sendiri ni? Dah sedia?"

"Dah" Jawab Sherry sepatah.

"Betul ni?" Soalnya lagi.

"Betul lah. Adui, berape kali Sherry nak bagitahu dengan Kak Fina ni?" Sherry berpeluk tubuh, muka masam mencuka.

"Nah, buka ni" Fina menghulurkan sekeping sapu surat kepada Sherry.

"Apa ni kak?"

"Bukak je lah"

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now