Bab 81

4.1K 116 15
                                    

Berbeza sungguh perasaan yang melanda ketika ini. Tidak seperti sebelumnya. Esyana menarik nafas dalam-dalam, cuba melegakan gelora yang menghempas ke pantai hati.

Sekejap saja, muncul semula layangan wajah Izz Azwan di ruangan minda. Sebuah keluhan dan air mata terhembus keluar.

Ya Allah, kenapa mesti ada manusia sekejam Izz Azwan di dalam dunia ini? Esyana meraung-raung didalam bilik, air matanya meluruh lebat.

Tangisan itu di dengari oleh mereka semua yang berada di rumah. Tapi Mak Siah cuba menghalang mereka untuk masuk ke bilik Esyana. Mak Siah bagaikan faham dan mengerti apa yang di lalui oleh cucunya.

"Kenape dengan anak kite tu? Balik dari Penang terus masuk bilik, lepastu nangis, meraung. Risau saye" Kata Ramlah.

"Besok kite tanya, hari dah malam, biar dia berehat dulu" Ucap Johari.

Pagi itu, Esyana terjaga daripada lenanya. Terpisat-pisat dia membuka mata. Terasa cahaya terlalu terang untuk matanya yang baru menjamah dunia pagi itu. Seluruh tubuhnya bagaikan lemah selemahnya. Perlahan-lahan dia cuba bangkit.

"Cucu nenek dah bangun? Syukurlah.." Mak Siah yang baru masuk ke dalam bilik membawa semangkuk air suam dan sehelai tuala kecil, menerpa ke arah cucunya. Berderai air mata seorang nenek jatuh ke pipi.

"Kenape nenek nangis?" Soal Esyana.

"Kenape cucu nenek menangis semalam? Ada masalah?" Soal Mak Siah kembali.

"Tipulah kalau Syana kata takde masalah. Syana tertekan, Syana kecewa dan Syana sedih dengan semua ni" Esyana kesebakan. Berat dadanya menahan pedih dengan apa yang baru berlaku. Sangat-sangat menghempit sekeping hati.

"Syana, Syana ok k?" Mak Siah menyeka air mata cucunya.

Esyana terdiam sejenak. "Hati Esyana sakit. Syana ada dua kaki, dua tangan, dua mata, dua telinga, tapi Syana cuma ada sekeping hati. Kenape diorang pilih hati Syana untuk di pukul. Kenape diorang tak pukul tangan, atau kaki Syana saja. Kenape kena sakitkan hati Syana?" Mengalir semula air mata Esyana.

"Syana cakap pasal apa ni?"

"Izz"

"Dan jugak Razif"

"Izz masih hidup"

Terkejut Mak Siah mendengar. Tapi apa yang membuat cucunya menangis meraung semalam?

"Bukan setakat tu je. Izz bayar Razif sebanyak $30,000 untuk goda Syana dan kahwin dengan Syana. Izz..." Dia tidak sanggup meneruskan kata-kata. Sebak sudah menguasai diri. Semuanya salah siapa? Siapa yang harus di persalahkan?

Tergeleng-geleng Esyana. Sukar menerima hakikat. Pelik dia memikirkan hal itu. Segala-galanya berubah dengan sekelip mata.

"Astaghfirullah.." Bisik Mak Siah. Mak Siah memandang cucunya yang mula menunduk. Dipaut lembut dagu cucunya itu. Dia susah hati melihat Esyana berdiam diri.

"Nenek, nanti petang Izz datang rumah. Semalam Syana dah whatsapp mama dan papa Izz untuk datang rumah." Air mata luruh tanpa dapat ditahan.

"Syana tuntut cerai. Dan biar Izz jatuhkan talak depan kami semua" Kata Esyana dalam geramnya tapi sebenarnya dia sedang menahan kesedihan. Hiba hatinya.

Mata Mak Siah berkaca-kaca lalu memeluk Esyana perlahan. Seketika dia meleraikan pelukan.

Air mata Esyana semakin luruh. Dia teresak-esak akhirnya. Dadanya bagaikan hendak pecah kerana terlalu sebak.

"Esyana jangan buat keputusan bila marah ye, nanti menyesal" Mak Siah cuba mengingatkan cucunya.

"Esyana dah cukup bersabar, Izz toreh hati Esyana sedalam-dalamnya. Air mata ni dah nak kering sebab menangis untuk Izz. Nanti, biar dia je yang terangkan semuanya." Rintih Esyana dalam tangisan. Dia terpaksa menerima hakikat ini.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now