Bab 92

8.6K 207 67
                                    

"Esyana..." panggil Ramlah seraya mencari kelibat anaknya itu didalam bilik. Namun yang dicari tak kelihatan juga. Dari bilik tidur sehinggalah ke bilik air.

"Mana perginya Esyana ni?" Dia berkata sendiri. Baru sekejap tadi dia meninggalkan Esyana untuk membersihkan diri, tup tap Esyana hilang tanpa memberitahunya apa-apa.

Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja, dicapai. Kelihatan ada beberapa mesej yang dititipkan kepadanya. Apabila ternampak nama Esyana, cepat-cepat mesej itu dibuka.

"Assalamualaikum mak. Syana pergi keluar sekejap, nak tenangkan fikiran. Semenjak keluar dari hospital, Syana tak pernah lagi keluar rumah. Maaf tak minta izin dari awal, Syana tak lama pun, Syana balik sebelum lewat petang ye"  -Esyana Aira.

Lega rasanya bila dapat mesej dari Esyana. Takdelah risau mana.

"Akak pergi mana mak?" Tanya Sheefa.

"Akak kamu keluar sekejap, nak tenangkan fikiran katanya. Tapi mak ni risau jugak, akak kamu tu belum betul-betul sembuh" Kata Ramlah.

"Abang Izz nak bawa akak eh? Mak izinkan k? Akak nak tak?" Tanya Sheefa lagi.

"Entahlah Sheefa. Mak pun tak tahu nak kata macam mana, tapi Izz tu masih suami dia. Izz kata, malam ni dia nak bawa Esyana balik"

"Malam ni? Akak tahu tak?" Tanya Sheefa. Terkejut.

Ramlah menggeleng.

Lembut. Seperti bayu yang sedang berpuput sekarang ini. Esyana Aira pejamkan mata rapat. Menikmati elusan angin yang lembut menampar wajahnya.

Damai. Disini adalah salah satu tempat yang mendamaikan jiwa.

Yakinkan hati hambaMu ini Ya Allah, yakinkanlah..

Lama Esyana termenung di bucu katil.

"Syana.."

Esyana sekadar menoleh.

"Syana tahu kan Izz nak bawa Esyana balik? Syana dah kemas semua pakaian?" Tanya Ramlah lembut.

"Dah." Jawab Esyana sepatah.

"Mak.."

"Ye?"

"Boleh tak kalau Syana tak payah balik?"

"Jangan cakap macam tu, Izz tu suami Syana. Walau apa pun, Syana tetap kena ikut suami"

"Dia nak apa lagi dari Syana mak? Tak cukup lagi k dia buat Syana menderita? Dia nak Syana mati baru dia puas hati? Kalau setakat suami tapi tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami, untuk apa Syana balik? Nak sakitkan hati Syana lah kan? Tu je lah yang ada dalam kepala otak dia" Berat keluhan yang terlepas dari bibir Esyana Aira. Dia dah penat dengan semua ini, dia sedar mencintai Izz Azwan bukanlah semudah ABC. Dia tak tahu kenapa dia di uji seberat itu, salahkah dia mencintai? Kenapa Izz Azwan terlalu melukai hatinya sehingga hampir-hampir meragut nyawa Esyana Aira?

"Astaghfirullahalazim..." Ucap Ramlah panjang.

"Mak, perkahwinan ni dah takde makna buat Syana, apalagi buat dia" Kata Esyana separuh sebak.

Ramlah mengusap tangan anaknya lembut. "Tapi buat masa sekarang ni Syana kena balik, ikut suami. Syana jangan buat keputusan tanpa bawa bincang dengan Izz"

Esyana akhirnya akur walaupun terpaksa.

Izz Azwan melemparkan senyuman sebaik saja terpandang Ramlah dan Esyana Aira. Dia segera keluar dari kereta.

"Assalamualaikum mak" Ucap Izz sambil bersalam dengan Ramlah.

"Waalaikumussalam. Izz, tolong jaga Esyana baik-baik ye. Esyana belum lagi sembuh sepenuhnya, semua ubat mak dah simpan dalam beg kecil tu" Kata Ramlah lembut.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now