Bab 82

4.3K 118 10
                                    

Lelaki yang sudah 2 tahun meninggalkan dunia ini muncul secara tiba-tiba. Dihadapan keluarganya.

Terus terang mereka yang ada di sana begitu terperanjat melihat Izz Azwan yang kini berdiri di hadapan mereka semua. Pelik, hairan dan aneh, semua itu terpancar pada air muka mereka. Tidak seperti Esyana yang serius dan suram wajahnya.

"Ya Allah, Izz.." Itu sahaja yang mampu tersuara oleh Rashidah.

Lelaki itu tenang di sisi Razif. Gelagat Razif pula tidak ubah seperti pesalah yang sedang menunggu hukuman.

"Ye ma, ini Izz" Jawab Izz.

"Ada benda yang kita kena bincangkan." Ujar Esyana. Mereka semua hairan kenapa Esyana tidak memberi respond apa-apa atas kedatangan mengejut suaminya.

"Syana dah tahu k?" Soal Rashidah.

"Dah. Baru kelmarin Syana tahu"

"Hal apa yang Syana nak bincangkan ni?" Ramlah terus bertanya kepada anaknya.

Esyana memandang Izz memberi isyarat supaya lelaki itu memulakan bicara.

"Sejak bila pula Izz Azwan tak pandai bersuara?" Sinis Esyana bertanya.

"Kau jangan nak mengada kat sana tu. Kau ingat aku takut k?" Soal Izz.

"Aku tak cakap pun yang kau takut. Kalau betul kau tak takut, kenape tak cakap? Bisu?" Balas Esyana.

"Apa ni? Apa sebenarnya yang terjadi? Izz? Syana?" Soal Rashidah.

"Cuba bawa bertenang. Kita bincang elok-elok." Johari mula bersuara.

"Takde apa yang nak di bincangkan dengan tenang. Syana dah buat keputusan, Syana nak Izz lepaskan Syana. Sekarang!"

"Yang kau emo sangat ni kenapa?" Balas Izz.

"Apa sebenarnya yang terjadi dengan korang berdua ni?" Soal Rashidah.

"Izz jual Esyana dekat lelaki tu. Lelaki yang kononnya nak jadi suami Syana. Mereka sepakat. Penipu!!" Kata Esyana bertambah serius.

"Astaghfirullah.." Bisik Rashidah.

"Bukan macam tu. Izz tak jual awak Syana, Izz cuma nak bantu saye.." Kata Razif yang cuba membela.

"Takde cara lain k nak bantu orang ni? Kau sakit buah pinggang atau sakit otak? Sampai tak tahu nak bezakan mana baik mana buruk" Membuak-buak rasa marah di hati Esyana.

"Apa semua ni Izz? Tolong jangan kusutkan kepala kami" Kata Rashidah.

"Esyana, dengar dulu, mana tahu Izz ada benda nak jelaskan. Tak elok marah-marah macam ni" Pujuk Johari cuba menenangkan keadaan yang mula tidak terkawal.

"Nak dengar apanya? Syana dah dengar lah semua. Apa yang ayah, mak, papa dan mama fikirkan selama ni tu cuma penipuan semata-mata. Kalau orang fikir hubungan perkahwinan kami berjalan dengan baik, kami bahagia sebagai suami isteri, semua tu tak betul. Sedangkan, Syana dan Izz tidur berasingan. Dari awal perkahwinan sampai sekarang Izz layan Syana macam sampah!" Esyana masih marah lagi. Tidak pernah mereka dengar suara Esyana setegas itu.

"Kau memang sampah pun! Kau yang pilih jalan tu. Kau degil! Sebelum kita kahwin lagi aku dah kata aku tak sukakan kau, aku benci kat kau tapi kau yang degil. Kau jangan nak salahkan aku pulak" Balas Izz.

"Kalau kau benci sangat kat aku ni, lepaskan aku sekarang!" Balas Esyana.  Air mata Esyana yang sekadar menari di birai kelopak, menitis juga akhirnya.

"Esyana, bawa bertenang ye sayang. Kita bincang elok-elok" Ramlah cuba memujuk anaknya.

"Lepaskan aku!" Keras di tekan ayat akhirnya. Luka pada hatinya terasa pedih yang teramat.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now