Bab 41

4.4K 104 3
                                    

Terlalu sedih dengan apa yang berlaku, sampai Sherry tak mampu nak menyembunyikan sedikit air matanya bila sampai di rumah. Perkara yang paling dia takut adalah kehilangan Izz. Tapi perkara itulah yang mungkin akan berlaku.

"Lambatnya balik. Dah jumpa buah hati Sherry k tu?" Soal Fina yang mendengar bunyi orang memasuki rumah.

Dengan cepat dia menghampiri Sherry. "Kenape ni? Kak Fina ada salah cakap k?" Tegur Fina yang terkejut melihat Sherry menekup mulutnya sambil menangis di atas sofa.

"Kenape ni?" Tanya Safwan yang baharu saja turun dari anak tangga.

Isterinya hanya menjongketkan bahunya tanda dia tidak tahu kenapa adik kepada suaminya tiba-tiba menangis.

"Sherry..cuba cakap dengan abang, kenape Sherry menangis ni? Ada masalah? Kalau ada masalah, kongsilah dengan Abang dan Fina, mungkin kitorang boleh tolong" Pujuk Safwan.

Tangan yang terasa menggeletar di genggam kuat. Sherry yang tunduk memandang lantai itu perlahan-lahan kepala di angkat dan memandang ke arah Safwan dan Fina. Dia cuba bersuara tapi lidahnya kelu. Air mata yang cuba di kawal tidak mampu untuk dibendung.

"Sherry tadi pergi cari Izz kan? Lepastu dah jumpa dia k tak?" Soal Fina. Mungkin sebab tak dapat jumpa Izz kut dia menangis. Tapi takkanlah sampai macam tu sekali.

Sherry menarik nafas dalam-dalam. Air mata yang mengalir diseka laju. "Dah! Dengan isterinya sekali" Tegas Sherry. Dia harus kuat!

Fina melarikan air matanya tepat ke arah suaminya. Safwan yang berdiri gugup. Dia keliru. Safwan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan adiknya.

"Ape maksud Sherry?" Safwan cuba meyoal. Bukan dia tak dengar atau tak faham tapi dia keliru.

"Sherry cakap, Sherry dah jumpa Izz dengan isteri dia sekali. Tak faham k?" Sherry mengeluh lemah.

Safwan memandang wajah adiknya yang duduk sebelahnya. "Boleh tak kalau Sherry jelaskan dari awal?" Soal Safwan.

Sherry menggeleng lemah.

Fina mendakap erat tubuh Sherry. "Takpe. Kite ada untuk Sherry"

Air mata di sekat sebelum meluahkan kepada Safwan dan Fina. "Izz dah kahwin. Izz dah ada isteri. Dah 3 bulan Izz kahwin. Sherry tak tahu apa salah dan disa Sherry sampai Izz buat macam ni" Dia terhenti di situ.

"Mana Sherry tahu dia dah kahwin?"

Sherry menceritakan apa yang berlaku di hospital petang tadi. Dia meluahkan segala-galanya. Di bahu Fina, dia meluahkan segala tangisan. Sakit usah dikata, hanya yang faham yang akan tahu apa itu sakit hati.

"Kak Fina tak fahamlah. Sherry tadi cerita yang Izz tak cintakan perempuan tu kan? Apa ni?" Tanya Fina yang masih keliru.

"Ye. Itu yang Sherry dengar dari perbualan mereka, cara Izz layan Syana pun agak kasar. Syana sendiri mengaku yang Izz tak cintakan dia tapi Sherry" Jawab Sherry dengan jelas.

Dahi Safwan dan isterinya berkerut seribu. Kalau tak cinta, kenapa kahwin?

"Oh. Jadi nama dia Syana?"

Sherry mengangguk. "Esyana, tapi orang panggil dia Syana. Pada mulanya, Sherry memang nak kecam dia sebab ambil Izz dari Sherry tapi semua tu berubah secara tiba-tiba apabila Sherry tengok dia, lepastu tutur katanya tu penuh dengan keikhlasan dan kejujuran. Hati Sherry terus jadi lembut. Sherry jugak dapat merasakan dia seorang perempuan yang kuat serta tabah berbanding dengan Sherry yang asyik merungut. Macam mana eh dia boleh tahan hidup satu bumbung dengan lelaki yang langsung tak cintakan dia? Kalau Sherry di tempat dia, dah lama Sherry lari, tapi kenape dia tak?"

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now