Bab 10

5.8K 143 2
                                    

"Esyanaaa..kau belum bagitahu aku lagi apa yang membuat kau terkejut semacam? Kau jangan risau, aku selalu sokong kau. Tapi aku hairan jugak, kenape eh korang jumpe balik? Jangan-jangan dia tu hah jodoh kau?" Persoalan Camellia tidak berhenti dari saat mereka memulakan perbualan tentang Izz Azwan. Banyak pertanyaan, tapi jawapan itu yang susah nak di cari. "Mak aku nak satukan aku ngan dia" jawap Esyana dengan ringkas.

"Maksud kau, mak engkau suruh kau kahwin dengan Izz? Biar betul? Tapi macam mana tu boleh terjadi? Tak, maksud aku, macam mana mak kau kenal dengan Izz? Dan macam mana mak dan ayah kau berkenan dengan Izz?"

"Kau boleh tak jangan banyak tanye. Kepala aku ni dah macam berpusing 360°C dengan soalan-soalan engkau, soalan-soalan mak aku. Pening tau. Asyik aku je yang kena lontarkan pelbagai soalan" keluhan Esyana terdengar jelas, penat dengan soalan-soalan yang sama setiap hari. Dia dah semak dengan semua tu.

"Ok. Aku mintak maaf. Tapi kau pun tahu, semua ni sebab aku sayangkan kau. Sebab aku anggap kau kawan aku dunia akhirat. Sebab aku risau kat kau"

"Takpe lah. Aku je yang duk emosi sangat. Tapi tu lah, aku betul-betul bengang sekarang ni. Kau tengok eh, mak aku teringin sangat menantukan lelaki tu. Lepastu, Izz suruh aku buat sesuatu agar mak dia dan mak aku berubah fikiran. Kenape kena aku sorang je yang kena lakukan? Dan kehendak siapa yang aku harus turuti?" hari semakin hari berdebar hati Esyana, dia tak tahu apa nak buat. Macam takde jalan keluar. Otak dan fikiran Esyana bagaikan keseorangan di dalam penjara yang buruk, yang hanya di temani dengan tekanan dan air mata.

"Tak, aku yang kena mintak maaf. Aku faham keadaan kau. Memang susah nak terima semua tu kn? Yelah, setelah berape tahun korang tak jumpe, takde khabar berite tentang dia, tetiba je korang tersempak lepastu kena suruh kahwin"  keluh Camellia dan pada yang sama dia jugak berasa simpati dengan Esyana. Dia takut kalau Esyana sedih macam dulu. Dia takut kalau Esyana tersakiti seperti dulu. Tapi dia yakin Esyana kuat.

"Kau fikirlah masak-masak eh, jawapan ada di tangan kau. Aku bagi nasihat je. Tapi, kau masih sukakan Izz?" di antara banyak-banyak soalan, sememangnya soalan tu yang menjadi persoalan terbesar buat Camellia dan menjadi tanda tanya yang terbesar buat Esyana.

Esyana diam seketika. Hati dia terasa sebak, rasa nak nangis, dan pada masa yang sama, dia rasa nak memberontak. Entah kenapa. Dah lama dia cuba untuk hilangkan perasaan tu demi menjaga hati Izz. Tapi hatinya tetap pada seorang lelaki. Ingin dia cuba untuk melupakan Izz, tapi setiap kali dia cuba untuk melupakan, semakin Izz hadir walau hanya di dalam mimpi. Ingin dia cuba untuk membenci biar remuk perasaan itu, tapi dia tak mampu untuk melakukannya. Ingin dia kikis nama Izz Azwan di dalam hatinya, tapi semakin dia kikis semakin dia terasa sakit. Ingin dia ukir nama lelaki lain di dalam hatinya agar terus lenyap Izz dalam hidupnya, namun Izz Azwan tetap terukir dengan sendirinya. Dah macam-macam cara dia cuba untuk hilangkan perasaan tu sehingga pada suatu hari, Esyana searched dekat google 'cara-cara untuk melupakan orang yang kite sayang' kira-kira ada sampai 30 cara. Tapi satu pun tak berkesan.

"Aku tak boleh nak jawap semua tu" jawap Esyana dengan ringkas.

"Kalau kau masih cintakan dia, kenape kau kena fikir panjang nak kahwin dengan dia?" tanya Camellia. "Tak semudah tu mel. Aku kena fikir jugak perasaan Izz. Dia tu bukan suka kat aku. Dia dah ada gf  dan aku tak nak di sebabkan aku, hubungan mereka hancur" jelas Esyana.

"Habis tu, hati kau macam mana? Kau nak biarkan Izz sakitkan hati kau? Kau jangan asyik nak ikut apa kehendak dia je"

"Aku tak ikut ape yang dia nak. Cuma, aku sekarang ni jadi orang tengah. Entah lah, malas aku nak fikir" lantas Camellia memegang erat tangan sahabatnya. "Kau kena kuat syana. Esyana yang aku kenal tak mudah putus asa. Esyana yang aku kenal adalah Esyana yang kuat dan mempunyai hati yang cekal. Aku harap sangat kau takkan berubah, aku akan sentiasa doakan kau. Kau doa banyak-banyak agar di permudahkan segala urusan. Aku percaya kau kuat syana" air mata yang jatuh terus di kesat. Esyana takut camellia akan terasa terbeban dengan masalahnya. Walaupun Camellia itu sahabatnya, tapi beban itu tak patut di kongsi. Namun dia bangga dan bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sangat memahami dirinya.

Sudah dua hari Esyana tidak pergi kerja. Setiap kali dia bangun dan selepas solat subuh, dia melihat keluar. Suasana yang cukup tenang dan benar-benar mempesonakan jiwanya.

"Akak buat apatu?" tanya gadis yang bernama sheefa itu sambil menggosok rambutnya yang basah dengan tuala.

"Saje nak tengok pemandangan luar" jawap Esyana. "Akak, nanti petang mak cik Rashidah mai sini" kata Sheefa sambil tersenyum lebar. Esyana pulak, rasa ingin rebah jatuh ke lantai. Apa pulak kali ni? Kenape Mak Cik Rashidah mai sini. Kalau semata-mata nak jumpa mak, itu tak jadi masalah. Tapi kalau...

Walau dia masih mengingati lelaki tersebut namun dia tahu kisah cintanya hanya singgah sebentar lagi bagi menghancurkan hidupnya. Separuh jiwa Esyana Aira ingin menjerit sekuat hati, dia terkumpal-kumpal mencari kesilapan sendiri.

Dia akan memberi lelaki itu masa untuk berfikir, itu pun kalau lelaki tu nak. Dia akan memberi lelaki itu masa untuk menenangkan perasaannya walau dia tahu, kedua hati takkan tenang selagi masalah ni belum selesai. Esyana Aira bukanlah seorang gadis yang terlalu memikirkan diri sendiri. Dia juga bukan seorang gadis yang suka memaksa. Dia akan memberi Izz Azwan peluang dan ruang. Biar Izz itu berfikir sedalam-dalamnya tentang hasrat mak dan ayah mereka.

Esyana Aira cuba berselindung namun hatinya merasa tercalar. Sudah berapa bulan dia memikirkan mana jalan yang sesuai untuk mereka, tapi seperti tidak ada jawapan mahupun jalan keluar.

Memang di akui cinta di hati Esyana Aira masih ada untuk Izz Azwan. Cintanya tak pernah lumpuh. Seperti kata orang, cinta itu buta dan bagi Esyana cinta tidak kenal sesiapa. Kalau seseorang itu sudah jatuh cinta, sukar rasanya untuk berpaling semula. Bukan sekadar cinta biasa,atau cinta monyet tapi cinta yang benar-benar cinta. Ya, memang sukar untuk berpaling tapi berpaling itu mungkin jalan yang terbaik.

"Ya Allah, mungkin sudah saatnya aku memberi jawapan. Tapi hambaMu ini ada dua jawapan, yang mana satu harus ku berikan?"  bisik hati Esyana.

"Esyana..." tangan Mak Cik Rashidah memegang bahu Esyana Aira. Terhenti semua lamunan. Kejap. Mak Cik Rashidah? Aik, ni dah petang k?

"Mak Cik Rashidah, bila sampai?" denyutan jantung jelas di dengar. "Baru je. Jom lah turun bawah, dah siap semua hidangan tu" aduii, lamanya Esyana melamun sampai orang mai pun tak sedar. Sampai hidangan dah siap pun masih tak sedar. "Oh mintak maaf aunty syana tak sedar tadi, rasa besalah pulak tak tolong aunty dan mak kat dapur"

"Hahaha takpe lah. Tak payah lah panggil 'aunty' panggil je mama" gelak Mak Cik Rashidah.

"Mama?" Esyana mengetap bibir. "Kamu tak tahu lagi k? Esyana, aunty tak paksa kamu atau Izz untuk kahwin. Tak pernah pun. Mak kamu pun tak paksa. Walaupun mak kamu tu asyik nak tanye soalan yang sama, tapi percayalah, dia takde niat nak paksa kamu kahwin dengan Izz. Aunty akan beri kamu masa untuk berfikir, masuk hari ni dah yang ke 2 bulan kami beri masa, semua keputusan ada di tangan kamu berdua. Tapi...kalau kamu tak nak, takpe lah. Kami tak paksa, okay syana?" jelas Mak Cik Rashidah.

Di atas meja makan, Mak Cik Rashidah berborak mesra dengan Mak Cik Ramlah. Pak Cik Taufik dengan Pak Cik Johari pulak berkongsi cerita. Sheefa Arisha dengan nenek pun asyik bergurau senda. Tapi Izz Azwan dan Esyana Aira hanya mendiamkan diri, kedua-duanya merasa kekok.

"Jemputlah makan. Kite-kite ni asyik nak bercerita je, makanan dah nak sejuk ni" jemput Mak Cik Ramlah.

Ketika menikmati hidangan di ruang makan, Mak Cik Rashidah asyik nak pandang Esyana dan Izz. Terasa sesuatu di hati Esyana kerana asyik di pandang. Kenape eh?

"Emm, Izz. Izz tak nak berborak ngan Syana k? Borak lah sikit. Boleh lah korang kenal hati budi masing-masing. Betul tak Ramlah?" gelak Rashidah. Ramlah pun setuju dengan pendapat Rashidah.

"Kite kan tengah makan. Mana boleh asyik nak bercerita je" jawap Izz Azwan. Tapi nampak sangat dia cuba nak elakkan diri dari bercakap dengan Esyana Aira.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now