Bab 73

3.4K 105 4
                                    

Assalam. Sebelum Kak Z teruskan, Kak Z nak buat pembetulan dekat cerita ni. Kak Z tk pasti samada korang sedar ataupun tidak, tapi ada satu reader ni DM Kak Z kata dia confuse siapa Mak Siah dan Mak Jah, ataupun ada dua character. Ok, sebenarnya nama 'Mak Jah' tertukar jadi 'Mak Siah'. Kalau korang masih ingat, 'Mak Siah' tu adalah nenek kepada Esyana ngan Sheefa. Manakala 'Mak Jah' adalah pembantu rumah kepada Danny.  Terima kasih sbb tegur dan sedarkan Kak Z pasal nama tu, walaupun sekadar nama tapi ditakuti ada orang confuse. Mula dari bab 68, nama 'Mak Jah' tertukar menjadi 'Mak Siah'. Tersilap nama sebenarnya. Apapun, Kak Z harap perkara ni takkan berlaku lagi☺

_________________________________


Hari ini, genap satu hari Camellia menjadi isteri kepada Danny dan ibu kepada Afeef.

'Danny, terima kasih sebab terima saye. Memang betul kata orang, jodoh tak ke mana'

'Afeef, mama akan jaga Afeef macam nyawa mama sendiri. Walaupun Afeef bukan anak kandung mama, tapi kasih sayang mama dah seperti kasih sayang terhadap anak kandung sendiri. Walaupun ada kekurangan dari segi penglihatan dan menghidap jantung berlubang, senyuman dan tawamu tetap memberi sinar kebahagiaan di keluarga ini.'

Hidangan nasi yang ada di atas meja dipandang. Danny duduk di atas kerusi, tak sabar hendak merasa masakan pertama Camellia. Begitu juga dengan Mak Jah.

Danny yang baru balik dari kerja perlu isi perut yang memerlukan hak. Sudu dipegang. Dia ukir senyum. Dibaca doa dan dia muka suapkan pertama. Memang sedap.

Tak boleh tak puji sebab memang sedap. Dia teruskan lagi suapan. Lagi dan lagi.

Lena Esyana terganggu. Entah bila dia tertidur, tak tahu dan tak pasti. Apa yang pasti, dia kini masih berada di bilik pejabatnya dan yang pasti wajah Hanna muncul dihadapannya. Cemas. Mengejutkan dia daripada mimpi.

Rasa tak nak bangkit daripada tidur apabila mimpi itu menghiasi lena. Tapi mimpi itu belum tentu menjadi kenyataan. Kerana itu dia paksa dirinya buka mata menghadapi hakikat yang terbentang.

"Hanna?" Wajah Esyana pucat.

"Kau ok k?" Soal Hanna.

"Kenapa aku ada kat Penang dalam mimpi tu." Bisik Esyana dalam hati.

"Tak. Itu semua mainan tidur." Sambung Esyana sambil menggelengkan kepalanya.

"Esyana. Kau ok k ni? Muka kau pucat sangat tu" Tegur Hanna.

"Aku ok." Jawap Esyana ringkas.

Didalam dada, dia menyebut nama Allah tak henti-henti. Apa yang didalam mimpinya memang benar-benar mengejutnya. Entah kenapa mimpi sebegitu hadir didalm lenanya. Walaupun kata orang, mimpi hanya mainan tidur tapi apa yang didalam mimpi itu bukanlah suatu permainan.

Dengan lantas, dia mengambil telefon bimbitnya. Jarinya lincah menari diatas skrin.

"Awak buat apa sekarang dekat Penang?"  -Esyana.

"Tak buat apa pun, cuma baru lepas dinner. Kenapa text tiba-tiba ni? Tak pernah pun text saye sebelum ni" -Razif.

"Oh. Takde apa-apa. Saye cuma tanya je, Assalamualaikum.."  -Esyana.

"Waalaikumussalam. Jaga diri baik-baik." -Razif.

"Aku tak tahu lah samada kau boleh terima aku atau tak Syana." Kata Razif sayu sambil memandang ke arah skrin telefon.

"Memang banyak sangat rahsia yang kau belum tahu lagi, tapi perasaan aku degil. Aku sayang kau, terlalu sayang sampai aku lupa rahsia yang aku simpan selama ni" Sambungnya lagi.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now