Bab 72

3.6K 99 7
                                    

6 bulan kemudian...

Bulan ini, dah masuk bulan September. Apa lagi yang akan terjadi dibulan September ini?

Bermacam-macam terjadi, terima kasih pada yang hadir dalam hidup ini. Izz Azwan, kau tetap dihati walaupun kau dah setahun 6 bulan pergi meninggalkan Esyana Aira. Camellia, kau akan capai kebahagiaan yang kau impikan selama ni, kau akan hidup bahagia bersama Danny dan Afeef. Sheefa Arisha, tak lama lagi kau akan duduk peperiksaan SPM.
Dan Esyana...
Razif...
Dan lain-lain...

Telefon bimbit yang bergetar di atas meja membuatkan Camellia kembali ke alam realiti setelah beberapa ketika fikirannya melayang jauh.

Kad perkawinan yang berwarna peach diusap perlahan bersama senyuman yang sukar ditafsirkan maksudnya. Keunikan kad tersebut begitu menarik perhatiannya yang sedang duduk di kerusi. Bait-bait yang tersusun indah di muka kedua-dua kad itu menyentuh perasaan kesemua wanita.

Hanya setelah mendengar derap langkah yang semakin hampir barulah dia mengangkat wajah. Belum sempat dia membuka mulut, tubuh yang melangkah masuk tadi sudah duduk di hadapannya.

"Buat apa ni?" Tegur Esyana.

Giliran Esyana pula mengukirkan senyuman. "Tak sabar nak jadi isteri orang k? Sabarlah, seminggu je lagi. Tak yah nak tenung kad kahwin korang tu lama-lama"

"Dah mulalah tu" Selayanya lantas menggelengkan kepala. Kad yang sedari tadi berada di genggaman diletakkan di atas meja dan kemudiannya diletakkan di rak sebelab meja.

"Mula apanya?" Soal Esyana pura-pura tidak faham.

"Kau happy tak aku nak kahwin ni?"

"Mestilah happy."

"Kau? Sampai bila kau nak solo?"

"Jodoh belum sampai lagilah Mel"

"Razif? Kau tak boleh terima dia k? Aku tengok korang semakin rapat je"

"Rapat sebagai kawan, tak lebih dari tu" Ujar Esyana.

"Syana, siapapun pilihan kau lepas ni, aku terima. Aku tahu kau takkan salah pilih orang, sesiapapun yang dapat memiliki hati kau, aku rasa orang tu beruntung. Sangat-sangat beruntung" Kata Camellia.

"Mel, kau tak yah risaukan aku eh. Aku ok, lagipun aku tak sedia nak kahwin lagi. Aku doakan kau bahagia, minggu depan kau akan jadi isteri orang, kau jaga Danny, jaga Afeef dan jaga diri kau sendiri. Aku tahu Danny sayangkan kau, Danny takkan sakitkan kau, kau akan hidup bahagia nanti. Trust me.." Kata Esyana meyakinkan Camellia.

"In Syaa Allah. Janji dengan aku, kau pun akan bahagia nanti. Ok?"

Esyana sekadar mengukirkan senyuman.

Nasi goreng cili padi yang dimasak oleh Esyana membuka selera Sheefa yang seharian tidak menjamah nasi.

"Lunch tadi tak makan k?" Soal Esyana hairan melihat Sheefa begitu berselera menjamah nasi.

Sheefa menggeleng. "Sebab akak takde. Selalunya akak yang ingatkan Sheefa tentang makan ni. Kedua, mak dan ketiga baru ayah yang ingatkan"

"Habis tu, kalau akak takde nanti macam mana?"

"Kurus keringlah Sheefa nanti" Balas Sheefa.

Selepas 5 minit, Sheefa sudah beralih ke singki membawa pinggan yang digunakan untuk dibasuh. "Kenyang!"

"Akak, tak lama lagi kut Sheefa SPM. Rasanya baru kelmarin Sheefa masuk sekolah" Kata Sheefa sambil membancuh teh panas.

"Dah sedia k belum?"

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now