Bab 28

3.3K 91 3
                                    

"Siapa Esyana?" Tanpa ketukan di pintu, Sherry terus sahaja meluru masuk ke dalam pejabatnya sebelum pintu dihempas kuat.

"Esyana? Siapa tu? Entah I tak kenal" Izz berpura-pura tidak tahu. Dia kembali menulis tanpa mempedulikan Sherry yang sedang berjalan menghampirinya. Dia dapat melihat dari ekor matanya, Sherry berhenti betul-betul di hadapan mejanya.

"I tanya you sekali lagi. Siapa Esyana?! Jangan berpura-pura tak tahu boleh tak?" Suara Sherry sudah tinggi.

"I tak kenal" Dalih Izz lagi. Dia meletakkan pen sebelum bangun dari kerusi dan menghampiri Sherry.

"Jangan tipu I boleh tak? Tolong jawab dengan jujur, siapa Esyana?" Suara yang lantang tadi sudah berubah menjadi sayu. Air mata gadis itu sudah mula bergenang.

"I dah cakapkan tadi, I tak kenal dia" Izz masih mahu menipu.

"You jangan tipu boleh tak?" Meja Izz dihentak kuat bagi melepaskan marah yang terbuku di hati.

Izz terdiam. Dia sama sekali tidak menyangka Sherry akan bertindak seperti itu. "Sayang, kenape ni?" Dia merapati gadis yang masih tunduk memandang meja.

"Tolonglah jangan tipu I lagi. Esyana tu tunang you kan? Dan you akan bernikah dalam masa 3 hari lagi, betul tak?" Air mata yang ditahan dari tadi gugur membasahi pipi Sherry.

Izz terkedu. "Sayang, I.."

"Diam!" Jerit Sherry seraya menekup kedua-dua belah telinganya dengan tangan. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan daripada Izz lagi. Dadanya turun naik menahan marah.

"Sherry, I mintak maaf. I tak bermaksud nak buat you macam ni. You tolong dengar dulu" Pujuk Izz.

"Diam! I tak nak dengar apa-apa pun daripada you. I kecewa, I benci you! Mungkin sebab tu you susah sangat nak ungkapkan janji kan?!" Tubuh Izz ditumbuk berkali-kali bagi menzahirkan marah di hati.

"Sherry, sabar dulu boleh tak. Dengar dulu penjelasan I" Izz cuba memujuk Sherry yang seakan-akan mengamuk.

"You..dengar sini. I cintakan you sorang je. I langsung tak cintakan Esyana" Jelas Izz.

"Ape yang you nak lagi Izz? I mintak you tunggu I dalam beberapa bulan je, tapi ini balasan you?" Sherry bersuara lirih, hatinya kian pedih. Air matanya laju membasahi pipi.

"I langsung tak cintakan Esyana. Langsung! I cinta you sorang je. I ada sebab nak lakukan semua ni. Pompuan tu yang paksa I, lepastu I tak boleh nak buat apa-apa. You jangan risau, I dah susun plan I cantik-cantik. Kite kahwin selepas aje I ceraikan dia. Tolong percayakan I?" 

Sherry tersenyum sinis sebelum bersuara."Cinta? I rasa you tak pernah kenal erti cinta Izz. You memang tak pernah ikhlas cintakan I"

"Apa ni? I ikhlas cintakan you Sherry. I buat semua ni untuk kite. Kalau pompuan tu tak lenyap dari hidup I, dia akan selalu ganggu I, ganggu hubungan kite" Jelas Izz lagi. Yang penting, semua kesalahan itu di lemparkan ke arah Esyana sorang.

"Kenape you kejam sangat ni? You tak boleh nak salah dia sorang je. Semua ni berpunca dari you, ego you, dan you sombong menilai cinta! I rasa dia tak pernah ganggu hubungan kite. Tak payah nak berdalih Izz, I dah nak muntah mendengar alasan you" Bentak Sherry.

"Kenape you nak sangat bela pompuan separuh siap tu? You sepatutnya bela I. Yelah, buat masa ni memang dia tak ganggu hubungan kite tapi I dapat rasa suatu hari nanti, dia akan ganggu kite" Izz masih membela diri sendiri.

Sherry ketawa mengejek sebelum membalas, "I lebih salute  pompuan separuh siap daripada akal separuh siap macam you!"

Izz mendengus kasar. "I takde niat nak tipu you. Tolonglah percayakan I"

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now