Bab 50

5K 114 1
                                    

Sedar tak sedar sudah tujuh bulan usia perkahwinan Izz dan Esyana. Mereka kini sibuk dengan tugas masing-masing. Perkahwinan yang sudah berusia tujuh bulan namun impaknya masih sama. Langsung tak berubah.

Tepat jam empat pagi itu Esyana terjaga daripada tidur. Angin pagi yang menerobos masuk ke dalam bilik melalui tingkap yang tidsk ditutup menyegarkan lagi matanya. Sejuknya meresap sehingga ke tulang!

Esyana mengerling ke sisi, mencari seraut wajah yang dicintai. Memang sudah menjadi kebiasaannya menatap wajah Izz setiap pagi. Mungkin untuk mencari sedikit semangat?

Dahi Esyana berkerut apabila Izz tidak berada di dapur mahupun ruang tamu, mahupun ruang bacaan Izz. Kosong!

"Dah bangun k?" Soal Esyana sendiri. Biasanya dia yang terjaga awal.

Esyana melangkah mencari kelibat Izz. Dia jadi hairan sendiri. Izz jarang terjaga seawal pagi. Dari ruang tamu, dia menjengah ke kolam renang yang sederhana besar apabila terperasankan lampu bagi ruangan kolam itu masih terpasang.

Kepalanya digeleng berkali-kali apabila terperasankan Izz yang duduk di tepi kolam renang sambil merenung.

"Kat sini rupanya" Gumam Esyana.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Esyana hairan. Keningnya sudah terjongket tinggi.

Badan Izz bergerak sedikit apabila dikejut Esyana.

"Kenapa awak termenung je?" Soal Esyana lagi.

"Aku masuk dulu" Izz membalas ringkas. Langkahnya agak tidak teratur.

Esyana hanya memandang langkah Izz. Dia mengoyak senyuman terpaksa.

Tiba di depan pintu kamar Izz, langkah Izz terhenti. Dia mendengus kasar. Dalam keadaan terpaksa diatur juga langkah menuju ke katil. Rambutnya diramas kasar sebelum dia merebahkan kepala di atas bantal.

Terdengar bunyi ketukan lembut pada permukaan pintu biliknya. Kepala Izz di akui sedang serabut tika ini. Dengan pantas dia membuka pintu tersebut. "Nak apa?"

Dengan tenang Esyana tersenyum memandang seraut wajah itu. Pantasnya masa berlalu, sudah tujuh bulan usia perkahwinan mereka.

Dalam tempoh tujuh bulan ini macam-macam yang telah berlaku. Namun dia sendiri tak dapat terfikir sampai bila perkahwinan ini akan bertahan.

"Awak.." Balas Esyana perlahan.

"Cakap je terus" Izz membalas ringkas.

"Alang-alang awak dah bangun ni, jom kite solat tahajjud sama-sama?" Perlahan suara Esyana bertanya.

"Aku nak tidur, aku bangun balik pukul 7 pagi" Izz memutuskan. Matanya semakin memberat kerana kekurangan tidur.

"Ok." Esyana sedikit kecewa. Tujuh bulan usia perkahwinan tapi tak pernah sesekali pun Izz menjadi Imam dan Esyana menjadi Makmum ketika solat.

Dengan langkah longlai, dia atur langkahnya ke bilik tidurnya dan mengambil telekung yang elok tersidai. Dia mula memakai telekung berwarna putih itu. Laju kakinya melangkah ke arah meja solek.

"Beginilah wajahku ketika dikafankan, bezanya sekarang aku mampu tersenyum" muhasabah hati Esyana sendiri.

Diambilnya pula sejadah dan dihamparkan menghadap kiblat.
Jam 7:30 pagi dah sampai. Langkah Esyana yang baharu ingin ke dapur terhenti setelah melihat kelibat Izz yang terburu-buru ingin pergi ke pejabat.

"Awak tak makan dulu k? Minum k?" Sempat Esyana menyoal Izz.

"Tak" Jawab Izz ringkas.

Memang disedari kebelakangan ni Izz jarang lagi bersuara, jarang lagi menengking dirinya seperti kebiasaannya. Tapi entah kenapa hatinya semakin hampa dan sunyi bila Izz hanya membalasnya sepatah dua sahaja, dia lebih rela di tengking daripada di singkirkan.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now